Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 06:27:05 MYT oleh SongkokPutih Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta agar tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ di dalam membuat pendedahan terhadap kes dan pendakwaan yang masih dalam siasatan. Ini kerana sebarang pendedahan yang dibuat sekalipun masih di peringkat pendakwaan akan menjatuhkan maruah pihak yang didakwa, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Muhammad Hanif Wan Ahmad.
Oleh muhammadhanif
"
“Kita menyokong tindakan BPR untuk tidak mendedahkan nama ADUN yang ditahan tersebut berasaskan prinsip bahawa seseorang itu tidak diangap bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Namun, kita mempersoalkan tindakan BPR yang mendedahkan nama dua ahli Exco Kerajaan negeri Perak yang ditahan dua minggu lepas juga di atas tuduhan rasuah sedangkan mereka juga masih belum dibuktikan bersalah,” ujarnya.
“Pendedahan tersebut ternyata menjadi berita utama media yang akhirnya boleh menjatuhkan maruah mereka sedangkan kesalahan mereka masih belum dibuktikan. Bahkan, ia menjadi bahan kempen Barisan Nasional ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lepas.” katanya lagi.
“Tindakan BPR yang kelihatan ‘double standard’ seperti inilah yang akhirnya akan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan untuk memerangi rasuah. Sekiranya BPR dilihat sebagai cenderung untuk mempertahankan ketuanan Barisan Nasional, ia tentu sekali merupakan perkara yang amat dikesalkan”.
Bagaimanapun, ADUN Negeri Sembilan yang ditahan itu disahkan di dalam beberapa laman web ialah merupakan salah seroang ADUN dari Barisan Nasional.
http://dppkpm.wordpress.com
Rabu, 3 September 2008
BPR Diminta Agar Tidak ‘Double Standard’
Rabu, September 03, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan akhbar hari ini yang memuatkan berita penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan kerana disyaki terlibat dengan sogokan berjumlah RM2,000. Pihak BPR semasa dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mendedahkan nama yang terlibat dengan alasan kes itu masih di dalam siasatan.
0 komentar:
Catat Ulasan