Isnin, 21 Julai 2008

Unit amal bantu 'summer camp' di Dun Tanjong Dawai

Izwan Abdul Halim
Mon | Jul 21, 08 | 11:20:59 am MYT

PANGKALAN HULU, 21 Julai (Hrkh) � Usaha membina sahsiah unggul di kalangan remaja perlu didokong oleh semua pihak dan bukan hanya disandarkan kepada institusi pendidikan dan ibu bapa sahaja.

ImageSehubungan itu, baru-baru ini satu program ala 'summer-camp' diadakan di sini melibatkan penyertaan 80 orang pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjong Dawai, Kedah.

Menurut Koordinator Program, Ustaz Mahizan Mat Lazim, program dua hari satu malam itu telah mendedahkan pembinaan motivasi dan jati diri muslim di kalangan remaja dalam persediaan menghadapi cabaran akademik dan kehidupan.

Ujarnya, pihak beliau turut mendapat kerjasama daripada Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM) yang banyak membantu aktiviti 'outdoor' sepanjang program seperti menjelajahi Gua Gendang, riadah pagi dan slot setiakawan.

Jelas Ustaz Mahizan, kerjasama daripada DPPKM amat bermakna lebih-lebih lagi mereka telah memiliki pengalaman mengendalikan remaja untuk pembinaan jati diri melalui pengendalian Kelab Anak Soleh (KaSeH) sebelum ini.

Antara yang diadakan sepanjang program adalah slot ta'aruf, tazkirah, muhasabah diri dan sebagainya. - mks._

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons