Isnin, 21 Julai 2008

TAHNIAH KERAJAAN KEDAH-Titah KDYMM Tuanku Sultan

Baginda melafazkan titah tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam titah ucapan pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini.


TAHNIAH KERAJAAN KEDAH
-Titah KDYMM Tuanku Sultan


Oleh: Izwan Abdul Halim


ALOR STAR, 16 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah melafazkan titah tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, kerana menerajui pentadbiran dengan baik dan lancar tanpa sebarang peristiwa tidak diingini kepada kestabilan politik negeri.

Baginda bertitah demikian dalam titah ucapan pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini.

Dalam titahnya, KDYMM Tuanku Sultan turut menyentuh pelaksanaan keadilan dan hak rakyat.

“Beta mengucapkan tahniah kepada Memanda Menteri Besar dan barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana menerajui pentadbiran negeri dengan baik dan lancar.

“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini,” titah Baginda serta melahirkan harapan agar Kerajaan Negeri dapat membawa Kedah ke tahap yang lebih maju dan jaya.

Tuanku Sultan pada titahnya itu turut menyampaikan seruan kepada Menteri Besar untuk memastikan keadilan terus dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan setiap rakyat hendaklah diberi hak masing-masing tanpa mengira perbezaan anutan agama, bangsa dan fahaman politik.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan,” titah Baginda melafazkan maksud firman Allah dari ayat lapan surah al-Ma‘idah.

Pada istiadat tersebut, Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Haji Azizan Azizan Abdul Razak turut menyampaikan ucapan menyembah tahniah KDYMM Tuanku Sultan sempena 50 tahun pemerintahan Baginda.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons