Sabtu, 3 Januari 2009

Pemuda PAS, PR dan NGO Berdemonstrasi Bantah Keganasan Israel








Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

SUNGAI PETANI, 2 Januari (Hrkh) - "Sesungguhnya isu Palestin tidak akan selesai dengan diplomasi tetapi tetapi selesai dengan senapang dan jihad umat Islam," demikian kata-kata As-Syahid Dr Abdullah Azzam yang dipetik Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) semasa membakar semangat para demonstrator pada demonstrasi membantah kezaliman Zionis Israel berhampiran Menara Jam Besar, di sini selepas solat Jumaat tadi.

Dengan kalimah syahid dan jihad menjadi laungan peserta demonstrasi, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Perak, Ustaz Sidik Noor yang turut menyertai demonstrasi itu juga bersama membangunkan semangat peserta dengan pidatonya.

Beliau menyeru pemuda agar melakukan kesiap-siagaan sekiranya dipanggil untuk melaksanakan jihad di bumi Palestin. Katanya, pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yassin telah menyediakan pemuda-pemuda untuk berjihad di bumi Palestin, maka pemuda PAS juga perlu bersiap untuk berjihad dan syahid pada bila-bila masa.

"Buktikan bahawa kita pemuda Islam adalah pemuda yang berani mati di jalan Allah!" katanya disambut laungan takbir para peserta.

Menurutnya juga, ulama-ulama Iran telah memberi galakan kepada pemuda mereka untuk berjihad di Palestin, oleh itu beliau mahu mimbar-mimbar diseluruh negara mengakui bahawa mereka yang berjihad di Palestin adalah mati syahid.

Demonstrasi anjuran DPPNK itu disertai lebih 1,000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Turut serta Ahli Dewan Negara, Senator Ir Zamri Yusof, Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Abdullah Jusoh dan Tan Wei Shu,Ahli Parlimen jJerai Ust Mohd Firdaus Jaafar, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, Adun Bukit Lada, Ustaz Ahmad I'zzat Mohamed Shauki, Kekas Ketua Pemuda PAS Kedah Hj Adnan Saad dan aktivis sosial, Kalai Vanar dan semua pimpinan pemuda PAS Seluruh kedah

Pada demonstrasi yang berlangsung hampir dua jam itu, Ketua DPPNK, Ustaz Musoddak Ahmad telah membacakan deklarasi Pemuda PAS Kedah. Demonstrasi itu turut menyaksikan lima bendera negara Israel dibakar dan demonstrasi diakhiri bacaan doa oleh Exco DPPNK, Ustaz Md Lotfi Ariffin.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons