Isnin, 29 Disember 2008

DEWAN PEMUDA PAS KEDAH KUTUK PEMBUNUHAN KE ATAS UMAT ISLAM DI PALESTIN

Alor StarDewan Pemuda PAS negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan dan kezaliman ke atas umat Islam di Paslestin. Kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionis Isreal telah mendapat perkenan dari Amerika yang bersikap double standard dengan menghalalkan tindakan tidak bertamadun zionis. Kami menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas ke atas Israel. Kami juga menyeru kepada seluruh negara Islam supaya memainkan peranan yang serius bagi menghentikan pembunuhan ini. Marilah kita tunjukkan kesatuan kita kepada saudara kita di Palestian dan semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk menentang zionis laknatullah.Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah strongly condemn the brutality act of zionis regime toward innoncent Palestianian people. We urge the international community...

PEMUDA PAS KEDAH SEWA BAS KE PELANCARAN JOM SERTAI PAS DI SHAH ALAM

Shah Alam Seramai 34 orang peserta dari kedah menghadiri majlis Taklimat dan Pelancaran Kempen Jom Sertai PAS yang diadakan di Shah Alam Sabtu lepas. Rombongan terdiri daripada ketua pemuda kawasan, setiausaha dan penolong Setiausaha Pemuda kawasan seluruh Kedah bersama Ketua Pemuda negeri Ust. Musoddak dan Setiausaha Pemuda negeri Ust Rosli telah menyewa sebuah bas ke majlis tersebut.Turut hadir wakil-wakil daripada Dewan Pemuda Negeri-Negeri seluurh Malaysia.Taklimat telah telah diberikan oleh Setiausaha DPP Pusat, sdr Ahmad Sabki Yusuf dan beberapa pembentang dari sekretariat DPP Pusat.Pada sebelah petang pula diadakan majlis pelancaran kempen Jom Sertai PAS di dataran Shah Alam yang disempurnakan perasmian oleh YB Dato' Seri Presiden PAS, Tuan Guru HJ Abd Hadi Awa...

Selasa, 23 Disember 2008

PELANCARAN KEMPEN JOM SERTAI PAS

...

NOSTALGIA FORUM PERDANA EHWAL ISLAM-SEMPENA TAHUN BARU 2009

...

Ahad, 21 Disember 2008

Betulkah Mat Sabu kalah kerana faktor 'orang luar'?

Mat Zain Mat IsaBahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan, cakap-cakap mengenai siapa yang bakal dipilih mewakili parti-parti dalam pilihan raya itu telah bermula sebaik penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal, akhir November.Teka-teki itu terjawab di sebelah pihak petang semalam (Sabtu). Barisan Nasional telah mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk dipilih pengundi pada 17 Januari nanti.Di pihak lawannya, sudah ada kesepakatan di kalangan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan kerusi itu kepada PAS. Nama calonnya bagaimana pun masih belum diputuskan.Cuma yang hampir pasti, laluan untuk Mohamad Sabu (Mat Sabu), bekas calon pada...

Khamis, 18 Disember 2008

BALAK OH BALAK

PETIKAN DARI : http://hempedu08.blogspot.com/BALAKYANG PRIHATIN PATUT TERKEJUTYANG MENYELEWENG PATUT MALUYANG KAYA BERSUBAHAT PATUT BERTAUBATRAKYAT KINI PATUT BERSYUKUR Oleh: Tokak PembarisSIRI 1: "ANDA PATUT TERKEJUT!!Pengumuman YAB MB Kedah tentang balak baru-baru ini amat mengejutkan. Masakan tidak! Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai pertan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. YAB MB mendedahkan dengan keluasan yang sama, kerajaan lama hanya mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik yang dikenakan di pusat-pusat 'checking'.(Sejak pengumuman pertama ini dibuat di Batu 9, dalam satu ceramah umum, saya terpanggil untuk menyelongkar sedikit maklumat tentang balak di Kedah untuk perbandingan ketelusan...

Rabu, 17 Disember 2008

PEMUDA PAS BALING ANJUR BOLASEPAK PIALA YB CIKGU JOHARI

...

Sukarelawan menangani gejala sosial diperlukan

Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR, 16 Disember: Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah menjemput muslimin dan muslimat di negeri ini untuk menjadi sukarelawan aktivis dakwah lapangan.Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim berkata, mereka (muslimin dan muslimat) akan diberi latihan kemahiran secara teori dan praktikal serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan belia dan remaja bermasalah."Tujuan utama urusetia ini diwujudkan adalah untuk melahirkan golongan aktivis di kawasan tempatan sosiobudaya yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial di kawasan mereka," jelasnya.Menurutnya, Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah menjadi...

PROGRAM MAHLIGAI SEJAHTERA UNTUK PENGANTIN BARU

Oleh: AMELIA HASHIMALOR SETAR, 15 Disember: Kerajaan Negeri Kedah menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga akan menganjurkan Program Mahligai Sejahtera pada 20 Disember ini di kediaman rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon. Program ini merupakan majlis perkahwinan beramai-ramai yang bertujuan membantu pasangan yang kurang kemampuan untuk mengadakan majlis kahwin.Menurut Pengerusi Jawatankuasa ini YB Ustazah Ashah Ghazali, kewangan adalah masalah penting yang menangguhkan pernikahan pasangan yang bercadanmg untuk mendirikan rumahtangga. Pada hal pernikahan yang dianjurkan oleh agama mampu menyelesaikan banyak masalah sosial yang melanda remaja hari ini.Justru itu program ini diharap dapat membantu pasangan pengantin yang tidak mampu mengadakan majlis kenduri kahwin. Ini kerana...

CERAMAH MB PERAK DI KEDAH

RAMAI...Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyampaikan ceramah dihadapan kira-kira 10,000 hadirin yang memenuhi perkarangan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 14 Disember lalu. SUMBANGAN...Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad turut menyumbangkan tenaga membantu mengutip derma pada majlis ceramah anjuran Dewan Ulama PAS Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 14 Disember la...

Ahad, 14 Disember 2008

BLOGGER UMNO – MAMPUKAH BERSAING DENGAN KEBENARAN?

PETIKAN DARI : http://hempedu08.blogspot.com/Sehingga bulan Disember 2008, tulisan dan liputan di blog puak-puak UMNO di Kedah hanya memberi focus kepada 3 perkara: Pertama menyebar fitnah bahawa Menteri Besar tidak sihat, kedua mempertikaikan kredibiliti Che Had dan Yusrin yang menguruskan GLC, dan ketiga mengadu domba Menteri Besar dengan tiga orang EXCO (YB Dato Phahrolrazi, YB Ir Hj Amiruddin dan YB Dato' Taulan). Maka mudahlah dibaca apakah concern dan behavior UMNO Kedah. Pertama menyebarkan fitnah untuk melemahkan keyakinan rakyat (kerana mereka sering membomohkan ketua mereka supaya sakit), kedua membalas dendam akibat kehilangan lubuk rasuah (akibat kegilaan yang terlampau kepada wang), ketiga cubaan melaga-lagakan pimpinan PAS (kerana tidak pernah melihat pemimpin BN yang tidak...

Jumaat, 12 Disember 2008

700 MAHASISWA HADIRI HIMPUNAN MAHASISWA KEDAH

Alor StarSeramai 700 orang mahasiswa Kedah dari IPT seluruh negara telah menghadiri Himpunan Mahasiswa Kedah yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Himpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah berjaya menarik kehadiran mahasiswa yang begitu ramai,walaupun pada peringkat awal pihak penganjur hanya menjangkakan 500 orang akan hadir.YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Kedah telah turut sama hadir ke himpunan dan menyempurnakan majlis perasmian dan pelancaran Parsatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA). PERSADA merupakan sebuah NGO pelajar yang ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan mahasiswa anak Kedah dengan Kerajaan Negeri Kedah disamping membantu masyarakat.Menteri...

AL FATIHAH- SDR MD NOR OTHMAN ANGGOTA UNIT AMAL KEDAH MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

11 Disember 2008AL-FATIHAHKUALA KEDAH - 10/12/08 - Pulangnya ke rahmatullah seorang yang amat disenangi dikalangan anggota unit amal kedah, allahyarham Md Noor Osman.Beliau yang dalam perjalanan bagi menghadiri satu program korban telah dilanggar sebuah kereta dalam satu kemalangan ngeri di kuala kedah.Beliau juga merupakan anggota unit amal yang lebih 10 tahun berkhidmat dalam unit amal telah meninggal seorang balu dan 3 orang anak.Semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau... AMINDicatat oleh unitamalkedah@yahoo.com di 16:18:00 0 ula...

Isnin, 8 Disember 2008

FOTO HARI PENUTUP KBS 2008

...

Basikal Kempen Jerit dibakar,dirosakkan

HarakahdailyKUALA LUMPUR, 8 Dis (Hrkh) -Peserta kempen mengayuh untuk perubahan anjuran Jerit berdepan dengan masalah lagi - kali ini basikal mereka dibakar di Penanti, Pulau Pinang awal pagi semalam.Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya lapan basikal rosak, tiga daripadanya rosak teruk, apabila dibakar pada kira-kira jam 3 pagi semalam di bangunan Yayasan Aman.Kumpulan berbasikal Jerit itu berhenti bermalam di bangunan tersebut selepas mengayuh sejauh hampir 100km dari kedah dan di Pulau Pinang.Nasib baik penyelaras Jerit, Liew Shin Siong, 40, yang tidur di tingkat bawah bangunan tersebut, sempat memadamnya sebelum api merosakkan ke semua basikal.Beliau dikejutkan oleh bunyi letupan, yang dipercayai dari tayar yang terbakar.Ketika sedang...

Kerjasama erat,tiada masalah dalam Pakatan Rakyat

Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.myALOR STAR, 8 Dis (Hrkh) - Tiada masalah dalam kerjasama Pakatan Rakyat dan perkara-perkara yang dilakukan sememangnya memerlukan kajian dan pertimbangan memandangkan Pakatan Rakyat baru lapan bulan memerintah.Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian ketika diminta wartawan mengulas dakwaan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bahawa sukar mentadbir Selangor bersama KeADILan dan DAP."Kita Pakatan Rakyat memang bekerjasama, kalau tidak bekerjasama tak bolehlah 'pukul' Barisan Nasional baru ini dan kita kerjasama nak lawan Barisan Nasional. Di Kedah ini kita atur nak 'pukul' bagi tak bangun dah. Kita akan 'pukul' lepas ini!"Dia tak payah kerjalah macam mana pun, bagi...

Ahad, 7 Disember 2008

Hari Penutup KBS

...

Dermawan sumbang RM5 juta bina rumah rakyat miskin

Sunday, December 7, 2008Oleh IZWAN ABDUL HALIMYAN: Kerajaan Negeri memperuntukan kawasan seluas 15.09 ekar di Dulang, di sini untuk pembinaan penempatan bagi rakyat miskin di daerah ini hasil sumbangan seorang dermawan melalui Tabung Tunku Mahmud.Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Yan, di sini 3 Disember lalu berkata, dermawan itu memberi sumbangan sebanyak RM 5 juta untuk dibina 100 unit rumah. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama individu berkenaan. Maklum beliau, tapak pembinaan itu asalnya akan dibangunkan penempatan bagi penduduk yang mengalami hakisan pantai di sekitar Pantai Kuala Sungai Sala hingga ke Sungai Yan. Selain daripada mereka yang berkenaan,...

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR, 6 Disember: Kes-kes jenayah juvana, pembuangan bayi, penagihan dadah dan alkohol, serta pukul guru semakin menjadi-jadi di kalangan anak muda pada hari ini.Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, perkara yang berlaku itu menjadi kebimbangan ibu bapa dan juga masyarakat kerana ia boleh merosakkan kehidupan anak-anak remaja dan belia."Adalah tidak adil jika kita hanya mampu menuding jari kepada pihak lain mengenai punca permasalahan yang berlaku ini," jelasnya.Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Universiti Insaniah, di sini. Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat tercari-cari ke mana mereka hendak hantar anak-anak mereka terutama di musim cuti persekolahan untuk diberi 'ilmu tambahan' semata-mata...

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

<!-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Arial Unicode MS"; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:""; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:none; mso-hyphenate:none; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-font-family:"Arial Unicode MS"; mso-font-kerning:.5pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:56.7pt 56.7pt 56.7pt 56.7pt; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;...

Rabu, 3 Disember 2008

Orang Melayu miskin kerana siapa?

http://gemasuara.blogspot.com/BRITISH tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka.Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah.Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000. Jika satu keluarga mempunyai purata...

HIMPUNAN BULANAN WISMA DARUL AMAN BULAN DIS 2008

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myALOR STAR: Hubungan antara sektor awam dan swasta menjadi pemangkin keberdayaan pembangunan negeri Kedah.Berucap pada Himpunan Bulanan Warga Wisma Darul Aman, di sini 2 Disember lalu, Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak merujuk perkara tersebut sebagai kerjasama antara pentadbiran awam negeri dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).Katanya, Kerajaan Negeri mahu terus memberi keyakinan kepada dunia bahawa negeri ini kekal stabil dalam menjalin hubungan dengan semua pihak.“Bila orang yakin kestabilan politik, ekonomi, sosial dan pentadbirannya, maka orang akan datang tempat kita. Maka sebab itu hasil dari kerjasama kita semua, ramai orang datang ke tempat kita sekarang...

Isnin, 1 Disember 2008

ISU BABI DI KEDAH: KONSPIRASI TERBARU UMNO/BN DAN TV3.

Oleh: Ibnu BakrinBabi atau khinzir dua perkataan yang mempunyai maksud yang sama merujuk kepada sejenis spesis binatang.Tetapi bagi orang Islam/Melayu dan bukan Islam ianya membawa maksud yang cukup jauh perbezaannya.Bagi orang Islam/Melayu babi merupakan binatang yang haram lagi menjijikkan namun kepada bukan Islam ianya binatang yang cukup bermakna. Selain sebagai makanan yang enak ianya juga merupakan produk perniagaan yang menguntungkan kerana tabiat pembiakannya yang berproduktiviti tinggi, dikatakan mengikut jumlah turutan bulanan serta mendapat permintaan yang tinggi.Dalam kontek politik, khususnya di Malaysia yang bermasyarakat majmuk, apa saja yang berkaitan dengan babi merupakan bahan politik yang cukup sensasi dan berkesan terutama dalam kaedah politik berpandukan ‘devide and rule’...

5 Aktivis Unit Amal akan dibicarakan esok

BALING 28 Nov - Seramai lima orang aktivis Dewan Pemuda PAS Baling yang ditahan dalam Himpunan Bersih pada bulan November 2007 lalu akan meneruskan proses perbicaraan mereka pada 2 Disember 2008 (Selasa) ini di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.Mereka adalah antara puluhan petugas PAS dari kalangan Unit Amal yang ditangkap secara rambang oleh pihak polis ketika meleraikan himpunan bersejarah tersebut. Gelaran 'tentera merah' diberi kepada anggota Unit Amal dalam peristiwa tersebut kerana pengorbanan dan ketabahan mereka mengawal keselamatan pimpinan PAS dan orang ramai walaupun terpaksa berdepan dengan FRU & bermandikan water can...

Ahad, 30 November 2008

Apabila babi ' masuk ' politik

ArtikelOleh : kelulut@telokbakong.comTidak sudah - sudah isu babi .Dahulu media massa bersopan santun sebutan Arab jadi pilihan. Apabila PR memerintah perkataan yang paling dibenci oleh orang melayu itu jaja siang dan malam .Jika sebelum ini orang melayu jarang dapat melihat babi tapi kini TV3 suka ulang tayang .Untuk membuktikan kepada orang melayu bahawa babi semakin berkembang biak dimalaysia semenjak PR memerintah beberapa buah negeri.Al kisah ratusan ribu si babi diselangor mahu dipindahkan ke ladang lebih moden .Melayu Umno melompat - lompat marah kononnya Melayu PR ikut cakap Cina .Mereka buat - buat lupa walhal projek itu berasal dari pemikiran otak Melayu Umno juga.Umno tahu orang melayu jijik, alergik dengan babi.Mereka maklum bahwa orang melayu sensitif . Sebab itulah mereka...

Sabtu, 29 November 2008

Malapetaka Berganda BN: Sudah Jatuh ditimpa Tangga?

Analisis Isu Oleh AjeemNampaknya hari ini (28 november 2008) rakyat Malaysia khususnya negeri Terengganu benar-benar mendapat kejutan apabila Pilihan Raya Kecil bakal dijalankan di negeri tersebut.Barisan Nasional khusunya UMNO benar-benar menjadi mabuk tidak tentu arah dan seperti cacing kepanasan. Mungkinkah nasib BN diambang akhir dan sudah jatuh ditimpa tangga?. Saat pemimpin UMNO sedang bergelut antara satu sama lain untuk merebut jawatan dan 'memperkayakan' diri masing-masing atau dalam erti kata lain sedang berhempas pulas mengumpul harta dunia kini mereka bakal diuji lagi apabila kawasan Parlimen 36,Kuala Terengganu bakal diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).Selepas ini akhbar perdana pasti akan menyiarkan berita berkenaan PRK dan mengurangkan berita berkaitan rasuah UMNO dan perebutan...

Salahuddin Ayub utus ucapan takziah dari Mekah

29 Nov 2008 10:36AMOleh Salahuddin AyubBAGI pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Y.B. Dato' Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada hari semalam. Kembalinya kerahmatullah Allahyarham adalah kehilangan besar dalam sistem pembangunan pendidikan negara. Allahyarham banyak memberikan perkembangan positif dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara untuk generasi yang akan datang. Kami berharap dan mendoakan agar Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah di atas ujian yang telah melanda. Kami juga mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang...

Rabu, 26 November 2008

Kerana TV3 babi jadi glamour

Kisah babi dan cerita 'pendekar babi' Zhū Wùnéng Oleh Faizal RiduanDI DALAM Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan maki hamun, caci cerca, herdik hina dan gelaran babi kepada seseorang adalah satu gelaran terburuk (peringatan kepada orang yang mengelarkannya jauh lebih buruk!).Malah dalam sejarah Perang Larut Ketiga, Lee Ah Khun pemimpin kumpulan Ghee Hin dan pasangan mukahnya isteri orang dari kumpulan Han San dihukum dengan disumbat dalam raga bekas isi babi dan dihumban ke dalam lombong tinggal – begitulah sinonimnya babi bagi menunjukan penghinaan yang teramat sangat.Sedari kecil ibu saya (kacukan Malayu dan Cina) melarang menyebut gelar ‘babi’ kerana akan dianggap bermulut lancap, celupar dan carut – hukuman mandatori mulut akan dikuti atau diciliapikan.Paling...

Kisah MP pakatan yang suka menyampuk dan Speaker yang senget sebelah

Oleh Mohd Sayuti Omar ADA waktu-waktu sikap ahli Parlimen pembangkang begitu keras dan menjolok mata. Banyak yang saya kurang setuju dengan telatah dan penampilan sesetengah ahli Parlimen pembangkang, terutamanya yang suka menyampuk percakapan ahli lain. Perangai suka menyampuk ini tidak mudah untuk dibuangkan mungkin perangai ini diwarisi sejak dari mereka kecil lagi. Perangai asal penyakiti keturunan!Pantang orang bercakap dia menyampuk, lepas itu dia ketawa. Macam main-main saja, tidak serius dan menggambarkan seorang ahli profesionali! Disebabkan perbuatan yang kurang manis inilah kadang-kadang isu yang penting terbiar begitu saja dan isu lain yang remeh temeh pula diperdebatakan bagaikan nak rak. Berlakunya perbalahan sehingga menjadikan Parlimen macam pasar ikan gara-gara perbuatan suka...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons