KULIM, 1 Jan 2012 – Lebih lima ribu penduduk sekitar Kulim membanjiri dataran Dewan Sri Putra, bagi sama-sama meraikan Majlis Sambutan Ambang Sejahtera 2012. Pengunjung yang terdiri dari setiap lapisan umur dan berbagai bangsa mula memenuhi dataran dewan berkenaan seawal jam 8 malam lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Sambutan dalam ucapan aluannya berkata, program sambutan berkenaan merupakan satu agenda perpaduan dan melaluinya kebudayaan setiap kaum ditampilkan untuk persembahan umum.
“Kerajaan negeri tidak anti hiburan. Walau bagaimana pun kita tetap memastikan hiburan yang kita persembahkan bersesuaian dengan budaya timur serta tidak bercanggah dengan Islam,” katanya lagi.
Sementara menanti detik 12 malam ketibaan tahun 2012, para pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan dari artis terkenal seperti Iwan Syahman, Ammar serta kumpulan nasyid Dzil Afnan. Sementara itu pertunjukkan tarian singa dari kaum Cina dan tarian merak dari kaum India turut mencuit hati penonton.
Pancaragam dari Sekolah Menengah Sultan Badlishah juga menghiburkan pengunjung dengan persembahan yang menarik. Selain itu, persembahan unik yang mengabungkan seni kebudayaan Melayu, Cina dan India berjaya memukau para hadirin.
Menjelang detik 12 malam 2012, para artis jemputan beramai-ramai berselawat sejurus sebelum pengunjung dikejutkan dengan tembakan bunga api.
Sempena Majlis Sambutan Ambang Sejahtera 2012, tayangan multimedia “ Pencapaian Kedah 2011” dipancarkan untuk tontonan umum.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Amiruddin Hamzah sebagai wakil kepada Menteri Besar. Sebelum itu, selepas solat Maghrib para jemaah beramai-ramai membaca Yaasin mendoakan kesejahteraan Negeri Kedah.
Selasa, 3 Januari 2012
SEKITAR AMBANG SEJAHTERA 2012
Selasa, Januari 03, 2012
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan