Selasa, 3 Januari 2012

Peminat bolasepak Kedah serbu Stadium Mini Keladi

KULIM, 1 Jan 2012 – Kira-kira lima ribu penonton membanjiri Stadium Mini Keladi menyaksikan pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan Kedah pilihan dan pasukan pilihan Kulim.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan pilihan Kedah telah berjaya mengalahkan pasukan pilihan Kulim dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kedua-dua gol kemenangan itu telah dijaringkan dalam separuh masa kedua perlawanan.
Penonton dari setiap lapisan umur  berpusu-pusu tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan berkenaan, lebih-lebih lagi ianya dihadiri oleh pemain bola sepak Kedah terkenal, Saudara Baddrol Bakhtiar. Sementara itu suasana diceriakan lagi dengan kehadiran Penolong Juru Latih Pasukan Bola Sepak Kedah, Radhi Md Din.
Hadiah-hadiah serta cenderamata disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar (Penerangan), Ustaz Musoddaq Ahmad.
Pertandingan bola sepak persahabatan itu diadakan sempena Program Ambang Sejahtera, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Kulim.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons