Bagaikan harimau lapar pihak Polis dan SB sedang mengganas memburu peserta himpunan Mansuh ISA. Lebih seratus orang telah di tahan
3.00 PM - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.
Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.
Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.
2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".
2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.
2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.
2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.
2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.
2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.
2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.
2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.
2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.
2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.
2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.
2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.
2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.
1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.
1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.
Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.
1.38 pm - seramai 230 orang ditahan disekitar lokasi tumpuan di ibukota.
Sogo-DS Anwar Ibrahim dalam perjalanan ke sini.
Masjid Negara-Kira-kira seramai 1000 jemaah bersembahyang dan mula berkumpul di perkarangan masjid.
Padang Merbok-Penyokong Pro ISA bertempiaran melarikan diri setelah diserang dengan bom asap oleh FRU lewat tengahari tadi.Waktu ini Padang Merbok dikhabarkan lengang.
1.38 -Sogo-DS Nizar Jamaluddin arrived and arrested.
12.30 - Yusrin Zakri Adnan Bendahari DPPNK bersama ayah serta adiknya telah ditahan di SOGO, sekarang sedang berada dalam Black maria di Sogo bersama 17 orang yang lain.
- 5 orang Pemuda Kuala Kedah telah ditahan di Masjid Negara dan 2 lagi di Sogo.
12.15 - Ust Khairi Talib bersama beberapa pemuda Langkawi telah ditahan di Pasar Seni
12.00 - Sebuah bas terdiri dari muslimat PAS kawasan Baling termasuk Ust Lotfi Ariffin dan Ust Zelani Nik Chik telah ditahanh dibalai polis Cheras, Kuala Lumpur
4.00 pagi - Dua orang anggota Unit Amal Pulau Pinang berada dalam kritikal dan enam lagi cedera ringgan di Hospital Sungai Buluh apabila bas ekspres Konsotium terbabas dan terbalik berdekatan Bukit Beruntung pukul 4.00 pagi tadi.
Sabtu, 1 Ogos 2009
PERKEMBANGAN DEMO MANSUH ISA
Sabtu, Ogos 01, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan