Ahad, 26 Julai 2009

DEWAN PEMUDA PAS KEDAH SUMBANG BEG SEKOLAH KEPADA PELAJAR SAIF YANG TERLIBAT KEBAKARAN

Sekolah Integrasi Faizin, Guar Chempedak

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan berbentuk beg sekolah, alat tulis dan buku teks baru kepada 65 orang murid sekolah Integrasi Faizin yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Julai lepas. Sumbangan telah disampaikan oleh Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah pagi tadi diperkarangan Sekolah. Dewan Pemuda PAS Kedah juga turut memberi sumbangan wang tunai kepada 32 orang guru dan kakitangan sekolah yang turut kehilangan barangan peribadi mereka dalam kebakaran tersebut.



Majlis dimulai dengan ucapan aluan Ust Musoddak Hj Ahmad selaku pengerusi SAIF kemudian di ikuti ucapan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad Yahya.

Turut hadir , Ust. Mohd Rosli Azmi, Setausaha DPPNK, Pengerusi Jamaah Waris Guru (JGW) .Majlis turut disaksikan oleh guru-guru dan waris-waris murid-murid.

Selepas kebakaran pada 17 Julai lepas semua murid telah diberi cuti selama seminggu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih dan menyiapkan bilik darjah serta pejabat sementara sekoilah. mereka mula belajar semula bermula hari ini.









SURAU YANG DIUBAH SUAI JADI BILIK GURU DAN BILIK DARJAH


KHEMAH YANG DIJADIKAN SURAU SEMENTARA

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons