Rabu, 12 Ogos 2009

LAWATAN DEWAN PEMUDA PAS KE SARAWAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di ketuai oleh Ust Ahmad bin Yahya telah mengadakan lawatan ke Sarawak bermula 6 Ogos hingga 8 Ogos lepas. Turut bersama rombongan ialah Ust MOhd Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, YB Nasir Zakaria, ketua Penerangan DPPNK/ Exco DPP Pusat, Fadzil baharum, Exco DPPNK, Ust Musoddak Hj Ahmad, Bekas Ketua Pemuda DPPNK, Sdr. Hj Sofffian Ghazali, Bendahari Pemuda PAS Padang Terap dan Ust Nazri Din, Exco DPP Pusat. Rombongan berlepas dengan penerbangan tambang murah Air ASIA dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Sarawak. Semasa di Lapangan Terbang LCCT rombongan DPPNK bertemu dengan YB Ust Latif Abd Rahman ,, Ketua Pemuda Kelantan yang dalam perjalanan ke Singapura untuk menziarahi Al Sulyan Kelantan.



Rombongan DPPNK telah mengadakan beberapa lawatan dan pertemuan dengan DPPN Sarawak dan juga berkunjung kerumah Hj Ahid Adam, YDP PAS Saadong Jaya yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak. Dalam kesempatan tersebut kedua-dua belah pihak telah bertukar pendapat dan berkongsi maklumat serta menerima taklimat tentang perkembangan terkini PAS di Sarawak.



Pada sebelah petang Sabtu lapan Ogos berlangsung pula perjumpaan dengan Dewan Pemuda PAS Sarawak di Pejabat PAS Negeri Sarawak yang baru dibuka bersebelahan dengan Pejabat Parti Keadilan Rakyat PKR Sarawak. Dalam sesi pertemuan untuk kedua belah pihak telah bertaaruf dan sama bertukar maklumat . DPPNK juga menghulurkan sumbangan untuk Dana PASTI Sarawak dan Yb Nasir zakaria juga turut menghulurkan sumbangan atas nama Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat.







Rombongan DPPNK juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke beberapa tempat tumpuan orang ramai termasuk ke Pekan Serikin yang bersempadan dengan Indonesia.

DPPNK juga sempat bertemu dan beramah mesra dengan Dato' Chua Jui Meng, bekas Timbalan Presiden MCA yang kebetulan berada di Sarawak atas misi menggempur Sarawak bersama dato' Seri Anwar Ibrahim, yang mana satu majlis ceramah besar-besaran diadakan berdekatan Pejabat PKR Sarawak.




Antara tempat yang dilawati di Sarawak ialah Rumah Panjang Sungai Buluh yang terletak dalam kawasan Sadong Jaya dan dapat melihgat sendiri kehidupan orang Iban di rumah panjang.

Perjumaan dengan anak-anak Kedah di Sarawak juga diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan memaklumkan beberapa perkembangan terkini kerajaan Kedah kepada mereka yang memang dahagakan maklumat yang tepat.

Sempena dengan lawatan itu beberapa siri kuliah di masjid dan surau telah disusun oleh pihak tuan rumah dan kuliah disampaikan oleh anggota rombongan .

Rombongan DPPNK juga dibawa untuk menikmati hidangan ayam penyet yang terkenal di Sarawak.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons