Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Ahmad Sabky Yusuf melawat Kedah hari ini. Beliau diiringi oleh Sdr. Adram Musa, Bendahari Dewan Pemuda Pusat yang baru dilantik.
Dalam lawatan tersebut mereka telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pemuda Kedah, ust Ahmad Yahya bagi membincangkan situasi politik semasa dan juga perkembangan Dewan Pemuda PAS di kedah.
Mereka juga mengadakan kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Kedah dan mengadakan perbincangan tentang perkembangan Kerajaan negeri Kedah
dengan Sdr Sanusi Md Nor, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah


Selasa, Jun 16, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
Posted in:

0 komentar:
Catat Ulasan