Petang tadi Ketua Pemuda PAS Negeri, Ust Ahmad Yahya sempat turun padang meninjau persiapan pasukan bolasepak PASTI Kedah berlatih untuk persiapan Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di UNISEL Selangor pada 19&20 Jun ini .
Latihan tersebut diadakan di Mini Stadium Peremba, Tambak Bunga, Alor Setar. Turut bersama beliau , Ust Mohd Rosli , Setiausaha DPPNK dan Ust Mohamad Ismail, Exco DPPNK. Turut turun bagi sokongan ialah ibu bapa pelajar terbabit dan beberapa orang guru PASTI. Pasukan ini dilatih oleh jurulatih berpengalaman. Semoga dengan latihan yang mantap dan gigih ini pasukan bolasepak PASTI Kedah akan menjadi juara insya Allah.
Selasa, 16 Jun 2009
Ketua Pemuda Negeri Kedah Turun Padang Lihat Latihan Bolasepak Pelajar PASTI Kedah
Selasa, Jun 16, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan