IPOH,
JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.
Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.
Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN. Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-undang.
Tradisi PAS bila berhadapan dengan isu yang genting ini biasanya akan menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk mengadu kepada Allah swt. PAS dan para penyokongnya ditarbiyyah begitu rupa untuk tidak lupa kepada Allah swt. PAS dan penyokongnya yakin bahawa perjuangannya adalah benar. Masjid satu-satunya tempat yang cukup baik digunakan untuk tujuan tersebut.
UMNO dan BN sendiri juga boleh guna pendekatan yang sama digunakan oleh PAS sekiranya ia yakin perjuangan betulnya. Masjid di bandararaya Ipoh cukup banyak. Gunakan mana-mana masjid untuk tujuan tersebut. Solat Hajat tidak menimbulkan kekacauan dan juga tidak menganggu ketenteraman awam.
JAIP tidak perlu tutup masjid, benarkan sahaja kedua-dua pihak gunakan masjid, Solat Hajat adalah ibadah yang baik. Itulah cara yang terbaik untuk Allah swt memberi pertolongan, serahkan kepada Allah untuk memakbulkan mana-mana hajat mengikut nawaitu masing-masing. Itu baru demokrasi namanya.
Khamis, 7 Mei 2009
MASJID ITTIHADIYYAH DIHALANG SOLAT HAJAT OLEH KERAJAAN BN MELALUI JAIP
Khamis, Mei 07, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan