Sabtu, 28 Februari 2009

MB siasat Exco

MB siasat Exco

LANGGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terkejut dengan dakwaan Setiausaha Pemuda UMNO negeri, Haris Che Mat yang mengadakan sidang media petang Rabu lalu menyatakan wujud dalam kalangan Exco dari Pakatan Rakyat (PR) yang menderhakai sultan.

Azizan berkata, beliau akan mengarahkan seluruh Exco berjumpa dengannya dan akan menyiasat perkara tersebut.

:“Jika perkara ini benar-benar terjadi, saya pastikan jawatan Exco yang dipegang akan dilucutkan serta merta.

“Tetapi setelah siasatan dijalankan dan dakwaan tersebut adalah fitnah dan tidak berlaku, saya akan pastikan pemuda UMNO serta TV3 yang menjadi medium penyebaran fitnah tersebut akan disaman,” katanya.

Azizan berkata demikian dalam ceramah perdana yang dihadiri hampir 10,000 orang, dianjurkan sempena Ekspo Pertanian dan Produk Halal bermula 25 hingga 28 Februari.

Azizan turut mendakwa UMNO sekarang diibaratkan sebagai ‘gila talak’ kerana rakyat sudah muak dengan janji-janji manis yang dilafazkan namun tidak dilaksanakan semenjak 50 tahun memerintah.:

“Dulu depa (UMNO) bolehlah dok buat macam-macam pada ‘isteri’ (rakyat Kedah), namun setelah pilihan raya lalu rakyat dah celik (buka mata) dan UMNO diceraikan, sekarang rakyat dah kahwin dengan suami baru (Pas), bukan calang-calang suami, dah hampir setahun menikah, mengandung pula dah lapan bulan, tunggu masa nak beranak saja.

“Suami yang ada sekarang ni jaga bini, pantang orang cuit (sentuh) sikit, tunggu la akibat dia,” kata beliau.

Selain itu, beliau memberi amaran kepada UMNO yang pernah memerintah Kedah dahulu bahawa segala dokumen-dokumen penyelewengan yang berlaku sewaktu pemerintahan UMNO ada pada beliau, dan sekarang merupakan tempoh untuk mengumpul bukti-bukti kukuh untuk mengheret ke muka pengadilan, katanya.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons