JITRA
Kemarahan umat Islam kepada Israel terus meningkat dan menular keseluruh negara. Petang tadi seramai 500 orang telah menyertai tunjuk perasaan anti Israel di Hadapan Bangunan Chin Hin , Pekan Jitra 2 jam 5.00 petang. Tunjuk perasaan yang digerakkan oleh PAS kawasan Kubang Pasu itu turut disertai oleh Pimpinan PAS dari kawasan Jerlun dan penduduk Kubang Pasu. Slogan anti Israel bergema di Pekan Jitra. Antara yang hadir ialah pimpinan PAS Kubang Pasu, Jerlun dan Wakil Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak Negeri Kedah dan beberapa wakil NGO. Tunjuk persaan diakhir dengan bacaan doa' yang panjang oleh Ust Mat Rejab, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Jerlun dan upacara pembakaran bendera Israel. Kelihatan beberapa orang anggota polis berkawal termasuk dari cawangan khas.
Sabtu, 10 Januari 2009
500 ORANG SERTAI TUNJUK PERASAAN BANTAH KEGANASAN ISRAEL DI JITRA
Sabtu, Januari 10, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan