Isnin, 13 Oktober 2008

Empat golongan membangunkan negeri

Sumber Warta Darulaman Daily

Oleh Izwan Abdul Halim

ALOR STAR: Sebuah negara akan terbina tamadun dan madiyyahnya apabila
berlaku hubungan mesra atau disebut a'laqah wuddiyyah antara empat
golongan iaitu umara' (pemerintah), ulama' (ilmuan), aghniya'
(hartawan) dan fuqara' (orang miskin) di mana keempat-empat golongan
ini bertindak bantu membantu dan menguatkan antara satu sama lain.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains
dan Inovasi, Bioteknologi Dan Pembangunan Usahawan Negeri, YB Tuan
Haji Ir Amiruddin Hamzah ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan
Amal Persatuan Ulama' Kedah (PUK) Bersama Menteri Besar Kedah di Dewan
Seri Mentaloon di sini, 10 Oktober lalu.

Katanya, hal itu sebagaimana yang pernah disabdakan Baginda Rasulullah
SAW bahawa dunia ini hanya akan membangun dengan keadilan para umara',
ilmu para ulama', dermawan atau sakhawah para aghniya' dan doa para
fuqaha'.

Jelas beliau, misi pemerintah (umara') negeri ini adalah memberi hak
kepada mereka yang berhak supaya kemakmuran dalam negeri ini diagihkan
kepada golongan sepatutnya.

"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang kaya sahaja di
antara kamu," ujarnya memetik potongan ayat 7 surah al-Hasyr dan
menegaskan perlunya kekayaan yang dijana oleh negeri atau negara ini
diaturkan kepada golongan berkenaan.

Beliau yang hadir mewakili YAB Menteri Besar turut melahirkan harapan
agar ulama' berperanan dan dikembalikan peranannya hingga menjadi
cerminan kepada negara yang disebut baldatan thaiyibatan wa rabbun
ghafur.

Menyoroti sejarah, beliau menegaskan bahawa usaha menuntut kemerdekaan
sebenarnya bermula dari ulama'.

"Sejarah telah 'dijulingkan' hingga langsung tidak disebutkan peranan
ulama' hinggalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr
Nazrin Shah menyebut dalam satu ucapannya tahun lalu agar peranan
ulama' ini diperlihatkan semula kepada rakyat bahawa merekalah yang
utama dan pertama bangun menentang penjajah.

"Slogan 'Merdeka!' itu tidak bermula dari mereka yang kemudiannya
dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan sebagainya, slogan mereka adalah
'Hidup Melayu!'.

"Ungkapan 'Merdeka!' tidak pernah ada dalam slogan mereka dan sebarang
dokumen mereka. Sebenarnya ulama' yang memulakan slogan 'Merdeka!',
tetapi golongan ulama' menghadapi propaganda penjajah; bukan sahaja
dengan memperburuk-burukkan imej ulama' tetapi juga memenjarakan
mereka," ujarnya melontarkan hujah.

Kerana itu katanya, timbul propaganda seperti 'Bahaya Dari Gunung' dan
sebagainya. Malah hal yang sama juga menurut YB Amiruddin, berlaku di
Kedah apabila kebangkitan ulama' menentang penjajah membawa kepada
tertubuhnya PUK di Maktab Makmud, Alor Star pada tahun 1946, iaitu
sebaik sahaja selesai perarakan menentang Malayan Union.

Melanjutkan ucapan, ulama' katanya, sebagaimana menurut al-Qur'an
berperanan menyampaikan ayat-ayat Allah (perintah agama) kepada
manusia agar menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Juga menurutnya, berperanan mentazkirah rakyat dan umat agar hati dan
jiwa menjadi bersih hingga semua urusan hanya semata-mata untuk Allah
disamping mengajarkan kitab al-Qur'an yakni sunnah Nabi SAW.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons