Khamis, 11 September 2008

LAPORAN POLIS DAN BPR UNTUK GLC MENYELEWENG

OLEH: AMELIA HASHIM  http://wartadarulaman.blogspot.com

 

ALOR STAR, 10 September - Kerajaan Negeri akan mengarahkan pihak pengurusan Government Link Company (GLC) yang dapat mengesan penyalahgunaan kuasa dan wang dalam pentadbiran terdahulu supaya membuat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Menteri Besar Kedah berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini.

 

"Kita telah setuju dengan keputusan dalam mesyuarat tadi supaya penyelewengan puluhan juta ini dilapor kepada polis dan BPR. Esok kita akan arahkan pihak pengurusan GLC berkenaan supaya membuat laporan segera kepada pihak polis dan BPR," katanya

 

Ini ekoran Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti syarikat-syarikat yang telah menyalah guna kuasa dan wang di zaman pemerintahan kerajaan terdahulu. Setelah enam bulan pemerintahan kerajaan baru, penyelewengan ini berjaya dikesan. Ini berikutan beberapa langkah kerajaan dengan meletakkan pegawai baru di beberapa syarikat bagi memantau aliran kewangan syarikat-syarikat berkenaan..

 

"Kita ada bukti pengurusan GLC pada era pemerintahan  kerajaan sebelum ini yang melakukan penyelewengan wang berdasarkan siasatan mendapati wang syarikat disalurkan kepada tempat-tempat yang tidak munasabah," katanya.

 

Kerajaan Negeri mempunyai lebih 130 syarikat pengurusan perniagaan kerajaan yang beroperasi dalam pelbagai bidang. Semenjak pertukaran pentadbiran kebanyakan pegawai-pegawai atasan yang dilantik oleh kerajaan terdahulu telah meletak jawatan. Pelantikan beberapa orang pegawai baru bertujuan menyusun semula pentadbiran telah berjaya mengesan penyelewengan ini.

 

"Kita akan serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan seterusnya," katanya.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons