Harakahdaily
Tue | Sep 09, 08 | 12:38:30 pm MYT
PULAU PINANG, 9 Sept (Hrkh) - Pemuda Gerakan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Dato' Ahmad Ismail yang didakwa mempunyai unsur hasutan dan berbau perkauman.
Bernama melaorkan, laporan itu dibuat Pengerusi Pemuda Gerakan Bahagian Tanjong H'ng Khoon Leng di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 12.30 pagi.
"Saya harap kes ini akan disiasat dengan adil dan secepat mungkin, kita yakin dengan kecekapan polis," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Kenyataan Ahmad yang dilihat lebih bersifat 'serangan peribadi' itu didakwa telah menyentuh sensitiviti masyarakat Cina di negara ini.
Semalam Ahmad mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan pendiriannya yang tetap tidak mahu memohon maaf kepada masyarakat Cina terhadap kenyataan yang di buat semasa ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Ketua Polis Negeri Dato' Ayub Yaakob ketika ditemui pemberita mengesahkan ada menerima laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Gerakan berhubung kenyataan Ahmad dan polis akan membuka fail siasatan mengenainya. - mks._
Selasa, 9 September 2008
Dakwa kenyataan berunsur hasutan, Gerakan buat laporan polis
Selasa, September 09, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan