Selasa, 22 April 2008

PAS sokong usaha memperkasa BPR


PAS menyokong usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan agensi pencegahan rasuah negara, BPR dengan menstrukturnya semula menjadi sebuah suruhanjaya bebas.
Bagi PAS keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar.
PAS merasakan apa yang telah dibentuk dan diasaskan oleh Islam lebih 1400 tahun dahulu merupakan contoh terbaik dalam usaha memerangi dan membenteras rasuah, dan model Islam ini jauh lebih dahulu dari model-model semasa termasuklah apa yang terdapat di Hong Kong pada hari ini.
Islam telah menanam asas memelihara masyarakat dan pemimpin dari rasuah bukan hanya dengan memperkenalkan peraturan dan undang-undang tetapi dimulakan dengan menanam kepercayaan kepada Tuhan yang melihat dan mengetahui segala-galanya.
Islam membentuk masyarakat dan pemimpin sehingga menyedari bahawa perlakuan dan jenayah rasuah tidak hanya akan berakhir di dunia semata-mata tetapi pesalahnya akan turut dihukum di Hari Akhirat kelak.
Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah yang bersih. Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam erti kata yang sebenar.
PAS telah berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih dari rasuah di Kelantan, sejak 1990 hingga kini, dan di Terengganu antara tahun 1999-2004.
Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah.
22 April, 2008 DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Kedah akan kenalpasti kelemahan pilihan raya lalu


Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Kedah akan mengadakan post-mortem pilihan raya umum yang lalu bagi mengenalpasti sebarang kelemahan yang masih wujud semasa pilihan raya umum (PRU) yang lalu kata Pengarahnya, Ir Phahrolrazi Zawawi. -->-->
Menurutnya, walaupun PAS berjaya menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama-sama Parti KeADILan, beliau melihat masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki yang memerlukan satu perancangan strategi politik untuk masa depan.
"Walaupun kita mencapai kemenangan besar tapi kita lihat masih ada benda yang perlu diperkemaskan khusunya untuk menghadapi PRU ke-13 akan datang. Perkembangan yang ada sekarang ini amat positif untuk kita dan dengan ada kelebihan kita menjadi kerajaan sekarang ni sebenarnya kita mempunyai satu medan yang lebih luas.
"Kalau dulu mungkin terhad sekarang adalah masa untuk kita menunujukkan sistem pemerintahan yang lebih baik yang selari dengan ajaran Islam. Jadi kita boleh tunjuk kepada masyarakat Islam dan bukan Islam bahawa dengan berpegang dengan Islam kita boleh tadbir kerajaan dengan baik," jelasnya.
Justeru katanya, bagi persediaan awal menghadapi PRU akan datang, JPN Kedah akan mengadakan satu sesi percambahan fikiran (brainstorming) untuk menyusun gerakerja agar lebih mantap dan tersusun.
"Sama ada pada tahun 2012 atau 2013, kita perlu bersedia dari sekarang. Jentera pilihanraya di Kedah masih terus bergerak seperti biasa. Tiada sebarang perubaha buat masa ini. Saya sendiri masih diamanhkan sebagai pengarah," kata beliau yang juga merupakan Adun Pengkalan Kundor.
Menyentuh tentang prestasi di beberapa Dun tumpuan yang gagal ditawan pada PRU yang lalu, Phahrolrazi melihat sokongan kepada PAS atau KeADILan masih kurang khususnya dari kalangan kaum Siam.
"Umpamanya kita jangka akan menang di Dun Kota Siputeh dan Pedu, tapi kalah kerana gagal mendapat undi kaum Siam. Orang Cina dah berubah tapi orang Siam masih kurang menyokong kita. "Begitu juga di Dun Sungai Tiang, sokongan orang Siam masih berkurangan. Jadi kita akan memberikan tumpuan yang lebih kepada kaum siam untuk mendekati mereka. Sekarang lebih mudah apabila kita sudah membentuk sebuah kerajaan dan medan untuk kita bergerak lebih luas," jelasnya

Isnin, 21 April 2008

Jamgan Tinggalkan Bukit Yang Strategik Ini

Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;
1) mereka melihat tentera Islam telah menang dan musuh lari bertempiaran menyelamatkan diri.
2) mereka melihat tentera Islam telah tewas dan mayat2 mereka dicincang lumat oleh tentera kafir Quraisy.
3) mereka melihat mayat tentera Islam telah dimakan ulat atau burung2.

Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w mengatur strategi menyaksikan tentera musuh tewas teruk dengan serangan mereka dapat dipatahkan dari segenap penjuru, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hujanan anak panah dari atas bukit Uhud setiap kali kemaraan mereka.
Malangnya setelah kemenangan seakan pasti, sebahagian besar pemanah ini turun dari bukit Uhud untuk meraikan kemenangan mereka bersama-sama pasukan tempur barisan hadapan. Ketika mereka dilalaikan dengan harta rampasan perang yang bertimbun-timbun, tentera kafir telah berpatah balik dan membunuh pemanah-pemanah ini sehingga hanya tinggal 10 orang sahaja yang selamat.

Mereka ini patuh pada arahan Rasulullah s.a.w dan tidak terpedaya dengan kilauan harta rampasan perang di bawah bukit itu. Sejarah menyaksikan tentera Islam membayar harga yang cukup tinggi untuk ketidakpatuhan ini. Kisah selanjutnya bolehlah dirujuk dalam kitab-kitab yang muktabar.

Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa perang Uhud untuk menghadapi situasi selepas PRU12 ini. Kemenangan yang tidak diduga mungkin sedang menyibukkan kita. Adakah kita telah lupa kepada mereka yang telah merintis perjuangan ini, kemudiannya gugur sebelum dapat melihat hasilnya? Adakah kita sudah melupakan gerak kerja parti? Adakah kita telah meninggalkan markas parti terbiar dipenuhi sawang dan tahi cicak? Adakah kita masih lagi menghadiri usrah, tazkirah dan ceramah? Adakah kita masih lagi Subuh berjemaah.

Sesungguhnya musuh sedang memerhatikan kita. Jika tersilap langkah kita mungkin akan membayar harga yang cukup mahal pada PRU13 nanti. Jika memerlukan petunjuk dan nasihat, rujuklah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mereka maju memerintah, dalam masa yang sama gerak kerja parti dilipatgandakan. Parti utuh dan kerajaan kukuh.

Sabtu, 19 April 2008

BN tidak lagi releven untuk terus mentadbir Malaysia

Rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara di masa depan kerana parti itu bermasalah dan adakala masalahnya tidak berkesudahan sekali gus boleh menjejaskan kelancaran kuasa mentadbir negara jika rakyat terus memberu mandat kuasa kepada parti itu.
Masalah komponen teras Umno tidak berkesudahan sejak 1987 apabila Umno mula diharamkan dan kini berlarutan dengan krisis kepimpinan tidak berwibawa bila ia dihalalkan semula oleh undang-undang.
Masalah kesepaduan parti itu sekarang tergugat kerana gabungan Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain tidak seutuh dahulu apabila keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu memberi reaksi memeranjatkan apabila majoriti dua pertiga BN di parlimen berjaya dinafikan Pakatan Rakyat.
Ia disifatkan keputusan pilihan raya umum terburuk sejak BN memerintah negara (mulai tahun 1969).
Parti-parti yang terhimpun dalam BN adalah parti-parti perkauman yang disatukan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang mencetuskan pergaduhan kaum. Tetapi ada yang berpendapat ia adalah pergaduhan politik, sebagaimana laporan dalam ensiklopedia bebas, Wikipedia.
BN ditubuhkan selepas Perikatan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman menang dengan majoriti dua pertiga.
Penubuhan BN ini antara lain meredakan pergaduhan kaum pada ketika itu. Bagaimanapun penyelesaian yang dibuat melalui pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya untuk mengatasi masalah jurang ekonomi antara kaum khususnya kaum bimputera ketika itu gagal membentras jurang berkenaan sehingga hari ini.
Ini terbukti apabila DEB digunakan untuk menompokkan kekayaan di kalangan mereka yang berada di sekililing pemerintah sahaja bukan mengatasi masalah ekonomi rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.
Rasa tidak puas hati rakyat khususnya mengenai ketidakdilan BN melayani kehendak rakyat dicetuskan dalam bentuk yang lebih efektif dengan mengadakan perhimpunan aman termasuk perhimpunan Bersih dan Hindraf di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rakyat lebih rasional, tidak menjadikan sentimen kaum sebagai asas penyelesaian apabila mereka membaca sejarah bahawa 13 Mei 1969 sebenarnya pencetus krisis perkauman yang terburuk di Malaysia.
Justeru kesan dari sejarah itu orang Melayu, India, Cina dan kaum lain khususnya di semenanjung telah mencetuskan rasa tidak senang hati mereka terhadap BN khususnya Umno yang sudah lari dari asas pembentukan Malaysia selepas peristiwa tersebut.
Pembangunan yang tidak seimbang antara spritual dan material, antara kepentingan individu dan rakyat mencetuskan keputusan pilihan raya umum ke-12 itu.
Dalam 50 tahun BN diberi mandat memerintah negara, isu-isu berkaitan keadilan pembahagian kekayaan antara kaum, kemiskinan, rasuah di kalangan pemimpin kerajaan dan penyelahgunaan kuasa masih menjadi asas perhitungan politik rakyat untuk membuat perubahan di masa akan datang.
Pakatan Rakyat adalah cetusan baru kesedaran rakyat untuk membuat perubahan. Parti-parti yang berpakat dalam Pakatan Rakyat adalah parti-parti berfikiran terbuka melihat masa depan rakyat dan negara akan terus malap sekiranya Malaysia terus diperintah oleh BN.
Umno yang menjadi teras kekuatan BN, seringkali menyinggung rakan-rakannya dengan isu-isu perkauman dalam banyak perjumpaan dan 'public speaking', apa lagi dengan slot menghunus keris Panca Warisan setiap kali perhimpunan agungnya mencetuskan rasa tidak senang hati di kalangan rakan komponen parti berkenaan.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dlaporkan turut menyuarakan pandangan ini dan mungkin beliau mempunyai agenda tertentu di sebalik kenyataannya itu, perlu dibicarakan kemudian.
Apabila pilihan raya umum ke-12 banyak memukul keutuhan rakan-rakan Umno dalam BN kerana ramai dari calon mereka kecundang dalam pilihan raya itu, kepimpinan parti terbabit menuding jari kepada Umno dan tindak tanduk pemimpinnya telah mencetus kekalahan tersebut.
Demonstrasi Hindraf umpamanya, menyerang hebat Umno sebagai dalang kepada permasalahan terpinggirnya kaum India di negara ini.
Ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Ngeh Koo Ham dalam perhimpunan rakyat di Stadium Perak baru-baru ini memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan kaum mempunyai hak untuk mengecapi keadilan politik, kekayaan dan kemudahan hidup lebih baik di negara ini.
Selepas ini parti-parti perkauman perlu menilai semula segala visi dan misi mereka agar ia tidak menyentuh sensitiviti kaum lain dalam tindak tanduk politik mereka kerana perkauman bukan lagi agenda rakyat. Ia hanya menjadi agenda parti-parti komponen BN.
Justeru BN tidak lagi menjadi relevan pada bila-bila masa dengan prinsip perjuangannya selama ini. Rakyat mahu melihat Malaysia baru yang mengekalkan nilai-nilai murni antara kaum dan menyanggah penyelewengan kuasa, rasuah dan ketidakdilan pembahagian kekayaan di kalangan rakyat. Pakatan Rakyat perlu dilihat suatu agenda politik semua kaum dan mempunyai masa depan cerah dan akan menentukan agenda Malaysia untuk semua rakyat berjalan dengan lancar.

Umno sedang cari isu alih perhatian masalah dalaman parti, kata Nasharuddin


Umno sedang tercari-cari isu besar bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah dalaman parti itu selepas pasca pilihan raya umum 8 March lalu, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasruddin Mat Isa.
Dalam pilihan raya umum lalu, Umno kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor, manakala Gerakan kehilangan negeri Pulau Pinang di samping gagal merampas Kelantan yang terus dikuasai PAS.
Menurut Ustaz Nasruddin, itulah sebabnya media arus perdana sama ada media cetak mahu eletronik (TV) menumpukan serangan terhadap negeri-negeri yang dikuasa Pakatan Rakyat seperti Selangor, Perak dan Kedah.
Katanya media?media terbabit akan terus mencipta isu bagi memberi gambaran buruk negeri-negeri berkenaan contohnya dalam isu babi di Selangor yang dimain media dengan sebegitu rupa.
PAS, katanya perlu mempunyai kekuatan sendiri dengan mimiliki organisasi yang kuat, menambah bilangan ahli, meningkatkan jentera penerangan dan tarbiah bagi menghadapi cabaran semasa.
PAS tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh tetapi mesti mempunyai kekuatan sendiri.
"Mengurus kemenangan jauh lebih sukar daripada mendapatkan kemenangan, harapan rakyat kepada PAS sangat tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong cawangan dalam kawasan parlimen Temerloh.
Dalam majlis dialog selepas itu Ustaz Nasruddin ditanya mengapa PAS hanya meletakkan hanya 62 orang calon dalam pilihan raya lalu seolah-olah PAS tidak mahu memerintah.
Ustaz Nasruddin menjawab secara berkias, katanya PAS adalah parti yang tahu mengukur 'baju di badan sendiri' dan keputusan bertandding 62 kerusi itu dibuat PAS selepas mengambil kira semua aspek kekuatan dan kelemahan PAS pada waktu itu. Katanya, bagaimanapun PAS mempunyai pengaruh dan kekuatan tersendiri di seluruh negara yang diketahui kawan dan lawan hatta di Sabah sekalipun, PAS mempunyai jentera parti kuat di negeri itu khususnya di Tawau.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons