Rabu, 3 Ogos 2011

IJTIMAK PENGKULIAH-PENGKULIAH UMUMI


Negeri Kedah terkenal dengan gelaran ‘Negeri Jelapang Padi’ disebabkan peratusan tanaman padinya amat tinggi. Disebalik itu juga,kedah juga diantara negeri  yang tersebar luas ilmu islamnya. Sejarah mengatakan Kedah merupakan negeri yang terawal masuknya agama islam. Oleh itu,bagi mendokong  kesucian islam yang ada ini, maka ulamak-ulamak kita terdahulu telah memulakan langkah perjuangan dengan pelbagai cara dan method. Diantaranya dengan  mendirikan madrasah-madrasah atau institusi-institusi pondok diseluruh negeri Kedah. Namun begitu,kita memahami bahawa tidak keseluruhan masyarakat kita menjadi pelajar yang sepenuh masa di institusi pondok itu ataupun mungkin tidak pernah menjejakan kaki ke tempat itu.
                Maka satu lagi mekanisma  lain untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat iaitu dengan turun keserata tempat yang menjadi pusat berkumpul orang ramai dan didatangkan pengkuliah-pengkuliah umumi  kesitu, seperti surau,masjid,dewan orang ramai dan sebagainya. Dengan kaedah ini,maka banyak ilmu islam dan agama islam itu  sendiri dapat disebarkan.
                Setelah menyedari betapa pentingnya peranan pengkuliah-pengkuliah umumi ini,maka lajnah Tarbiah Dan Kepimpinan PAS Negeri Kedah dengan kerjasama Urusetia Penerangan Negeri Kedah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan besar-besaran dengan mereka.

2.0          OBJEKTIF PROGRAM
2.1          - Merapatkan hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan pengkuliah- 
  pengkuliah umumi.
2.2          - Menyampaikan Hasrat murni kerajaan untuk membentuk sebuah negeri yang
sejahtera dan mendapat keredaan Allah melalui penyampaian kefahaman islam keseluruh masyrakat  melalui lisan  pengkuliah-pengkuliah umumi.
2.3          -Menjadi langkah pertama agar suatu masa nanti akan tertubuhnya satu   
 pertubuhan rasmi yang menggabungkan suara-suara pengkuliah-pengkuliah 
 umumi diseluruh kedah ini agar  menjadi lebih  kuat dan bersatu didalam 
 menyampaikan mesej islam kepada masyarakat


3.0          SASARAN PESERTA
3.1          - Seluruh guru-guru ta’mir yang secara rasminya mempunyai tauliah daripada 
               Majlis Agama  Islam Negeri Kedah.
3.2          - Pengkuliah-pengkuliah umumi diseluruh kedah yang terdiri daripada :
3.2.1 - Ahli-Ahli Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
3.2.2 - Tuan-Tuan Guru Pondok
3.2.3 - Tenaga-Tanaga  Pengajar Pondok
3.2.4 - Tenaga-Tenaga Pengajar Sekolah-Sekolah Dibawah HESA
3.2.5 - Tenaga-Tenaga Pengajar Sekolah-Sekolah Dibawah MAIK.
3.2.6 - Tenaga-Tenaga Pengajar Sekolah-Sekolah Dibawah SABK.
3.2.7 – Selain Dari Yang Diatas.

5.0          BUTIRAN PROGRAM
5.1          Tarikh                   : 6 Ramadhan  1423/6 Ogos  2011
5.2          Hari                       : Sabtu
5.3          Masa                     : 3.45 Petang – 8.00 Malam
5.4          Tempat                  : Dewan Seri Mentalon

Semoga Cita-Cita Murni Yang Diimpikan Ini Akan Berjaya Dilaksanakan Dengan Mendapat Sokongan Dan Dorongan Daripada Semua Pihak.

Semua pengkuliah umumi adalah dijemput. Untuk makluman lanjut atau memaklumkan kehadiran anda sila SMS/ hubungi Ust. Ismail bin Hashim (019 5515985).

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons