Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini. 11.12 am: Kg Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru. 11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat. 11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen. 11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen. 11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini. 11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam. 10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara. 10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang. 10.50 am: KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren. 10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai. 10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab. 10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA. 10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan. 10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak. 10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi. 10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka. 9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM. 9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini. 9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini. 9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini. 9.15 am: MAju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka. 8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara. 8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai 8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium. 8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap. 8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup. |
0 komentar:
Catat Ulasan