Selasa, 9 Februari 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK SELESAI KEMELUT PERAK

Nazri Abdullah   
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu. Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.
Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.
“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang kepada media selepas keputusan itu diumumkan.
Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.
Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.
“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.
Ketika berucap di hadapan ratusan penyokong PR selepas itu, beliau mencabar Dr Zambry supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di mahkamah rakyat.
Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons