Khamis, 2 Disember 2010

Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fityan

معهد  الفتيان لتحفيظ  القرآن
MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN
F 743, JALAN LUBUK GAJAH, KAMPUNG SETAR, 06900  YAN, KEDAH DARUL AMAN
 TEL : 013-4481030 (Ust. Aizat)    019-5173082 (Ust Aswad)     04 – 4471484 (Pejabat)
EMAIL : tahfizalfityan@gmail.com
PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2011
MUQADDIMAH
Maahad Tahfiz Al-Fityan ( FITYAN ), kg setar, yan, kedah merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ( DPPNK ) melalui jabatan pendidikan DPPNK.
Sempena tahun pertama pembukaan FITYAN,pihak pentadbiran FITYAN sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak yang sayang dan cintakan Al-Quran untuk  bersama-sama menjayakan Maahad tahfiz Al-Fityan ini.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang yang telah member sumbangan sehingga tertubuhnya FITYAN pada bulan Oktober 2010.
Semoga dengan segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, FITYAN akan terus bekembang maju dan memainkan peranannya dalam melahirkan para Huffaz yang mendokong perjuangan Islam dan berkhidmat demi masyarakat.

Keistimewaan al-fityan :
Terletak DI KAKI GUNUNG JERAI DAN 20 minit daripada Pekan Guar Chempedak
Suasana pembelajaran yang tenang dan mendamaikan berhampiran Sungai & dikelilingi Dusun Buah-buahan.
Yuran Pengajian dan penginapan yang berpatutan,
Sistem Hafazan yang efektif  dan Sistematik  10 juzuk setahun)
Berjaya menjadi Al Hafiz dalam tempoh 3 tahun.
Mempunyai kerjasama persefahaman dengan  MAAHAD QIRAAT AMAL AIMY DZALIFAH untuk melanjutkan pengajian  ke peringkat DIPLOMA dan seterusnya ke peringkat Sarjana Muda di AL AZHAR, Mesir.

SYARAT :
Pelajar lelaki berusia antara 13 – 20 tahun.
Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
Minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran
Lulus Ujian Kemasukan.

MANHAJ
Sistem pengajian yang dijalankan bukan sahaja menekankan kepada Hafazan Al Quran semata-mata tetapi turut menerapkan beberapa cabang ilmu yang   bersangkutan bagi melahirkan seorang Huffaz yang dapat mendokong perjuangan Islam dan berkhidmat demi masyarakat.
1. Teras Al Quran dan Ilmu Berkaitan
Tasmiq Al Quran   Ulum Al Quran
Tajwid                                 Tarikh Mashaf
Qiraat Ilmi                            Rasmul Quran
Qiraat Amali                         Dhobtul Quran
Tarikh Al Qurra’                    Al Fawasil

2. Fardhu Ain
Tauhid                                 Hadis
Feqah                                  Tasawuf
Tafsir

3. Bahasa Arab

4. Harakah Islamiyah



SUMBANGAN IKHLAS ANDA BOLEHLAH DISALURKAN MELALUI:

TABUNG PENDIDIKAN ISLAM
BIMB (02011010058929)

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons