Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melahirkan rasa kesal dengan laporan akhbar Kosmo hari yang menuduh Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terlibat dalam Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 lalu terlibat dengan ajaran sesat. Berita Kosmo hari ini yang ditulis oleh wartawan Zulkifli Manzor jelas membuat satu fitnah ke atas penduduk Memali.
Laporan ini telah membangkitkan kemarahan banyak pihak terutama telah menyentuh perasaan penduduk Memali yang terlibat.Sehingga kini belum terbukti oleh mana-mana pihak yang Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya terlibat ajaran sesat. Pihak DPPNK meminta supaya pihak Kosmo memohon maaf kepada penduduk Memali di atas siaran tersebut dan perlu mempunyai fakta yang tepat jangan sekadar mengaitkan beberapa kejadian yang berlaku dibeberapa tempat di malaysia satu ketika dahulu dan dikaitkan dengan Peristiwa Memali.
Perlu diingatkan bahawa tahun ini adalah tahun yang ke 24 berlakunya peristiwa tersebut. Ini bermakna tahun depan genap 25 tahun kejadian itu yang sepatutnya akan disambut Jubli Perak 25 Tahun Memali.
Masyarakat malaysia umumnya , terutama mereka yang mengetahui kisah sebenar tentang perstiwa Memali tentunya tidak akan setuju dengan berita Kosmo itu.
DPPNK juga dimaklumkan bahawa satu laporan Polis akan di buat oleh Penduduk Memali pukul 3.00 petang ini di Balai Polis IPD Baling.
Diharapkan kepada orang ramai supaya tidak bermain api dalam isu peristiwa Memali kerana ia sangat sensitif kepada mereka yang terlibat.
Isnin, 26 Oktober 2009
DPPNK Kesal Tuduhan Kosmo terhadap Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya terlibat ajaran sesat
Isnin, Oktober 26, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan