Hari ini Dato' Najib telah umumkan calon BN di dua Bukit. Tengahari di Bukit Gantang dan petang di Bukit Selambau.Apa yang pasti calon BN adalah calon yang kalah pemilihan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang. Kalau orang UMNO di Bahagian sendiri tak mau kat dia macam mana pengundi Bukit Gantang akan pilih dia.
Tanda awal awal BN akan kalah di dua Bukit ini, apabila Najib dah tak bersemangat untuk buat projek pembangunan segera di sana walaupun memang sudah jadi amalan wajib BN setiap kali pilihanraya kecil sebelum akan hujani bumi yang bertuah berlaku pilihanraya kecil itu dengan jutaan ringgit projek dan juga timbunan bukit janji-janji kosong kepada rakyat.
Masa PRK Kuala Terengganu semua jalan dalam bandar kuala Terengganu siap di tar baru walaupun jalan masih terlalu elok untuk ditar semula, bagaikan permaidani hitam menyambut ketibaan petugas pilihanraya. Najib ingat rakyat mesti lembik tengkuk bila di gula-gulakan dengan pembangunan. Setiap pelusok dan setiap cabang simpang empat terpapang billboard gergasi mempamerkan kehebatan pembangunan yang dilaksanakan oleh BN . Macam-macam ada , Pakatan pembangkang kalau nak ukur dengan harta benda dan wang ringgit yang BN ada sangat jauh . Apa yang pasti BN tetap kalah di Kuala Terengganu dengan majoriti yang lebih besar sehingga merah menyala muka najib disamping bibirnya yang sedia merah menahan malu.
Mungkin untuk PRK 2 bukit ini najib dah tahu Bn tak akan menang, jadi buat apa dah habiskan duit. Kepada pengundi 2 bukit ini buatlah keputusan dari hari ini bahawa anda semua akan undi Pakatan Rakyat. Masa anda untuk ajar BN sudah tiba, gunakan kuasa anda sebagai pengundi...
Ahad, 15 Mac 2009
TIADA LAGI PROJEK MEE SEGERA- NAJIB SUDAH SERIK
Ahad, Mac 15, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan