YB Nasir Zakaria , Ketua Penerangan DPPNK |
Saya mendapat respon bertalu-talu daripada pelbagai pihak apabila posting saya bertajuk 'Tindakan Terhadap Mahasiswa: Alahai Um' berlegar. Malah kami beberapa ahli parlimen daripada pembangkang baik daripada kerajaan ditanya pelbagai pihak apa yang berlaku di UM dan apa yang akan terus berlaku kepada universiti yang berprestij itu. Saya menyatakan kekesalan dan merasa pelik dengan situasi terkini yang berlaku selepas AUKU dipinda dan dibahaskan secara panjang lebar di dalam parlimen bagi sesi yang lepas. Kebimbangan bahawa AUKU yang dipinda adalah lebih mencengkam dan akan lebih memandulkan kreativiti mahasiswa seperti terdapat dalam perbahasan panjang saya nampaknya mula menjadi kenyataan. Jaminan menteri bahawa akta yang dipinda akan lebih memberi ruang hanyalah retorik politik murahan. UM hanya akan membakulsampahkan retorik menteri itu sekiranya hukuman dijalankan. UM hanya memutar jarum jam kebelakang dalam keadaan dunia yang penuh maklumat. UM yang menghimpunkan the best brains di dalam negara kita hanya akan tinggal sejarah dalam suasana persaingan yang ada di dlam negara kita. sudah lebih daripada 20 IPTA yang wujud dalam negara kita dewasa ini seiring dengan puluhan IPTS dan kolej swasta yang cukup progresif. Saya masih ingat antara sebab saya memilih UM ialah kerana kehebatan aktivisme yang saya sifatkan begitu grassrooting. Nama-nama besar seumpama Dr Mahathir, Prof Diraja Ungku Aziz, Anwar Ibrahim dan deretan tokoh yang lahir dan dilahirkan oleh UM sangat menarik perhatian saya. Sedang pada masa yang sama saya mendapat tawaran menyambung ke Australia, UIA, KUSZA, serta berpeluang ke Jordan dan Mesir. Pensyarah-pensyarah seumpama Osman Bakar, Muhammad Abu Bakar, Khoo Khay Kim, Mahmood Zuhdi, Salleh Hj Ahmad dan ramai lagi adalah idola tanpa sedar saya. Benar saya sudah melalui semua itu dengan pantas. Saya pernah menjadi Presiden mahasiswa Islam dan bersama para sahabat melalui zaman-zaman terbaik saya di UM. Kini saya bersama dengan mereka baik di barisan kerajaan mahupun pembangkang sedang berusaha membina dan mempertahankan negara ini di dalam parlimen. Saya difahamkan semuanya bermula hanya kerana pimpinan mahasiswa mengundang seorang bekas pimpinan mahasiswa yang sekarang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor menjadi perasmi di dalam mesyuarat agung. Manakala mahasiswa Tiong Hua dari PBCUM yang menjemput pimpinan DAP dan MCA berdebat (suatu yang begitu lama menjadi trademark sesebuah universiti yang maju dan diamalkan di negara yang maju) isu nasional. Manakala pemimpin yang hanya itu bukannya mengahasut mahasiswa supaya merompak, merogol, mencuri ataupun memberontak kepada universiti (kalau ada dakwa mereka di bawah akta hasutan). Mereka paling maksimumpun hanya memberikan pandangan kedua kepada kerajaan. Saya difahamkan bahawa antara pertuduhannya ialah mahasiswa itu melanggar statut UM (1979). Saya tidak minat untuk perincikan. Apa yang saya faham ialah seolah-olah statut ini hanya terpakai kepada pemimpin pembangkang sejak dulu. Sekiranya pemimpin kerajaan maka ia tidak menjadi masalah. Saya ingin ingatkan bahawa kerajaan tidak kekal. Sistem negara kita memungkinkan sesiapa yang menang piliharaya akan membentuk kerajaan. Pihak universiti yang bersikap double standard hanya akan membenihkan dendam. bersikap rasional dan professionallah kepada semua. Janganlah tunjukkan sangat sikap partisan. Pengurusan universiti manapun adalah diterajuai oleh manusia yang menjadi aset terbaik negara dari sudut keilmuan terutamanya. Mereka menjadi rujukan dan pandangan professional meraka sentiasa ditagih. Biarlah selaras keilmuan dengan tindakan professioanal yang menggambarkan kehadapannya dan majunya menara gading kita. Saya difahamkan antara tindakan yang dicadangkan ialah digantung pengajian dan dipecat daripada UM. Adakah memanggil seorang pemimpin yang berlainan pandanganpun satu jenyah. Saya ulangi mereka bukan penyamun, bukan perogol, bukan pencuri harta universiti. Pimpinan mahasiswa zaman saya dulu adalah pelajar-pelajar first class atau 2nd class upper. Mereka sekarang cukup berjaya dalam bidang masing-masing. Apapun saya menyeru semua pihak agar rasional. Puluhan pemimpin kerajaan masuk kampus tanpa gangguanpun. walaupun ada maklumat bahawa pada hari mereka dipanggil kali kedua (20 oktober) mengadap pihak universiti Datuk Mukhriz Mahathir pun masuk. Malah 18 oktober saya difahamkan dan mendapat maklumat dari Kementerian Wanita bahawa Dato Seri Shahrizat masuk ke UM sampai berkempen UMNO lagi! Apa penjelasan UM. Apapun saya ada peluang dalam perbahasan parlimen. Bersama kita beberapa ahli parlimen dari kerajaan mahupun pembangkang yang pernah memimpin mahasiswa UM akan terus bangkitkan perkara ini. Deretan peguam dari ahli parlimen juga sedia. UM sepatutnya berbangga dengan mahasiswanya sesuai dengan 3 ekor harimau yang mengaum di logonya. Ahli Parlimen Padang Terap Presiden PMIUM Sesi 98-99 | |
|
0 komentar:
Catat Ulasan