Oleh IZWAN ABDUL HALIM
ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan sebagai memperlekehkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK) berhubung keputusan badan itu terhadap status kerusi Dun Kota Siputeh
Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, SPR sengaja mengenengahkan istilah yang tidak terdapat pada UUTKNK bagi mengelirukan orang ramai.
Tegas beliau, alasan digunapakai badan itu cuba memperbodohkan umum seolah-olah tidak tahu mengenai perundangan.
"Misalnya dalam UUTKNK yang dimaksudkan itu langsung tidak terdapat istilah penggal yang digunakan SPR. Jadi nampaknya SPR sudah terkeluar dari peranannya selaku pengendali pilihan raya, mereka kini nak mentafsir undang-undang pula.
"Jikapun SPR hendak menjadi hakim, jadilah hakim yang adil. Tetapi kita juga difahamkan, SPR tidak memanggil Speaker untuk memberi pandangan dan keterangan, mereka hanya menjemput Abu Hassan (Adun Kota Siputeh) sahaja.
"Paling kita kesal, walaupun ketika ini bulan Ramadan, SPR terus menunjukkan sikap mereka menjadi barua kepada Barisan Nasional. Jangan sampai nanti rakyat pula akan kata SPR adalah syitan dalam bulan Ramadan," ujarnya 2 Ogos lalu.
Tambah Ahmad, alasan badan itu hanya mengesahkan lagi persepsi umum yang mendakwa SPR tidak bebas.
Isnin, 7 September 2009
SPR MAIN ISTILAH ISU KEKOSONGAN KERUSI DUN KOTA SIPUTEH
Isnin, September 07, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan