Khamis, 11 Jun 2009

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Jun 10, 09 | 10:09:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM,
KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA. - mks._

1 komentar:

tok_gajah berkata...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons