http://misabah.blogspot.com/
oleh :Misbahul Munir Masduki
IPOH : Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.
Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong. Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008.
Tajol juga mendakwa kononya segala harta benda dalam dewan turut dipunggah oleh JKKK baru juga bohong. Yang berlaku, masih banyak dewan orang ramai dan balai raya tidak diserahkan oleh JKKK lama kepada JKKK yang baru, sekalipun penghulu dan DO campurtangan, namun penyerahan kunci dewan orang ramai masih belum berlaku, kerajaan dan JKKK yang baru masih tetap bersabar. Ada juga yang telah menyerahkan kunci kepada JKKK yang baru, tetapi segala harta benda seperti kerusi, meja, canopy dan lain-lain tidak ada di dalam dewan.
Penyata Kewangan juga tidak diserahkan kepada JKKK yang baru. Malahan ada di kalangan mereka masih mahu lagi menjalankan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dijalankan oleh mereka seperti memungut bayaran pasar malam, kerja-kerja menebas parit dan sebagainya.
Dalam sidang DUN yang lepas, Tajol juga pernah berbohong di dewan. Beliau mendakwa sudah menanda tangani penyerahan tugas kepada Menteri Besar yang baru. Dalam sesi penggulungan Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah menunjukkan buku penyerahan tugas, dan ternyata dokumen tersebut tidak ditanda tangani oleh beliau.
Inilah dia perangai pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, bongkak dan tidak tahu malu. Kalau kita ikuti ucapan Tajol di dalam dewan, kita dapati ucapan beliau tidak sedikitpun memperlihatkan bahawa beliau ini pernah menjadi Menteri Besar Perak, ucapannya umpama orang bodoh yang tidak tahu apa-apa. Beliau mengkritik kerajaan dengan cara memperbodohkan kerajaan, pada hal dialah yang paling bodoh. Benar firman Allah di dalam al Quran, surah Baqarah ayat 13 yang bermaksud :
"Apabila dikatakan kepada mereka ;Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman; Mereka menjawab, Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu"
Sabtu, 22 November 2008
TAJOL ROSLI BERBOHONG
Sabtu, November 22, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan