Memaparkan catatan dengan label sumbangan duit raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sumbangan duit raya. Papar semua catatan

Ahad, 28 September 2008

SUMBANGAN 'DUIT RAYA' GURU PASTI KEDAH

SUMBANGAN 'DUIT RAYA' GURU PASTI KEDAH

Kuala Kedah. 25 September-Jabatan PASTI Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Kedah yang sudi menyalurkan sumbangan duit raya kepada seluruh guru-guru PASTI Kedah seramai 485 orang.
Satu majlis ringkas telah diadakan sempena penyerahan sumbangan tersebut di Surau Al Hasaniah ,Tambak Bunga,Kuala Kedah . Bagi Zon Utara melibatkan PASTI kawasan Kuala Kedah, Alor Setar, Langkawi, Jerlon, Kubang Pasu, Padang Terap, Jerai, Pendang & Pokok Sena. Sumbangan disampaikan YB. Dr. Abd. Isa Bin Ismail Speaker Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah.

Bagi Zon Selatan pula melibaatkan kawasan Padang Serai, Kulim Bandar Bharu, Baling, Sik, Sungai Petani dan Merbok, majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan di PASTI As-salam Taman Mutiara, Padang Serai pada Jumaat 26 September 2008. Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah Ustaz Musoddak Hj. Ahmad mewakili Perhubungan PAS Kedah sudi hadir menyerahkan sumbangan tersebut. Mewakili seluruh guru-guu PASTI lafaz Jazakallah Khairan Kathira diungkapkan bagi seluruh kepimpinan Kedah yang memahami keperluan guru sempena aidilfitri yang semakin hampir.

Rabu, 24 September 2008

Kakitangan Pejabat PAS Kedah Diraikan Sempena Kedatangan Aidilfitri

Kompleks PAS Kedah- Alor Star

Seramai 18 orang kakitangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah termasuk kakitangan Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat PAS Kedah telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa di Kompleks PAS Kedah semalam. Majlis tersebut merupakan acara tahunan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah setiap kali menjelma hari raya Aidilfitri. Mereka juga turut menerima sumbangan duit raya dan kain sumbangan Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah yang disampaikan oleh YB Dr. Mohd Hayati bin Othman yang merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Pendang. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada semua kakitangan pejabat PAS Kedah.

Dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang sumbangan yang dihulurkan kepada PAS Kedah oleh ramai yang terus datang walaupun setelah PAS menang memerintah Kedah, kerana masih ramai lagi orang yang mahu berbuat kebajikan dibulan Ramadhan ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang saban tahun memberi sumbangan kepada PAS Kedah.

Turut hadir dalam majlis tersebut YB Senator Muhamad Yusuf Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. Beliau juga mengharapkan agar semua kakitangan PAS Kedah akan berkerja dengan penuh dedikasi dan efisien untuk memantapkan lagi pentadbiran PAS Kedah di era PAS menguasai kerajaan di Kedah.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons