Ahad, 21 September 2008

DPPNK TERUSKAN PROGRAM KEBAJIKAN DI BULAN RAMADHAN

ALOR STAR- 21 SEP 2008

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) telah meneruskan program kebajikan seperti yang dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Beberapa program berbentuk sumbangan dan mendekati golongan kurang bernasib baik telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Antara program yang dijalankan ialah :-




1. 14 Sep 2008 - Edaran bubur lambuk kepada orang ramai di Pekan Rabu Alor Star. Sebanyak 1500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai. Program yang bermula pukul 6.00 petang itu berakhir pada jam 7.00 petang dengan semua bubur lambuk yang disediakan telah habis diagihkan. Turut serta turun mengagihkan bubur lambuk tersebut ialah Ketua Pemuda DPPNK ust Musoddak Hj Ahmad, Setiausaha DPPNK Ust. Mohd Rosli Azmi, Ketua Penerangan YB Ust Firdaus Jaafar, YB Ust Izzat Shauki, Sdr. Helmi Khalid dan Sdr. Fadzil Baharum. Mereka turut dibantu oleh pemuda PAS Kuala Kedah. Bubur lambuk telah disediakan oleh Unit Amal Kedah.Sambutan orang ramai sangat menggalakkan kerana orang ramai sudah biasa dengan bub fakir bubur lambuk yang disediakan oleh DPPNK tahun lepas.


2. 15 Sep 2008- Program Sumbangan dan Berbuka Puasa dengan fakir miskin di Baling.
Ketua Pemuda DPPNK dan beberapa orang Exco DPPNK dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah turun padang untuk menziarahi beberapa keluarga fakir miskin untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dan wang kepada keluarga terlibat. Rombongan DPPNK juga telah berbuka puasa dirumah salah seorang fakir miskin tersebut dengan membawa makanan serta juadah berbuka puasa dan berbuka pausa bersamma-sama. Menurut Ketua Pemuda DPPNK , program ini bertujuan untuk merasai kesusahan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik.

3. 19 Sep 2008- Sumbangan Fakir Miskin dan Berbuka Puasa di Kuala Kedah.
Dewan Pemuda PAS negeri Kedah dengan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah telah turun menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang fakir miskin di sekitar perkampungan nelayan di Kuala Kedah. Antaranya Kg. Tok Pasai, Tmn Sri Putra. sebanyak 10 buah keluarga telah diziarahi dan sumbangan berbentuk barangan keperluan dan makanan telah dihulurkan. Exco DPPNK terdiri daripada Setiausaha DPPNK Ust Mohd Rosli Azmi, dan beberapa orang Exco DPPNK antaranya Yb Ust Izzat Shauki, Ust Yusuf Awang, Ust Zelani Nik Chik, Sdr. Helmi Khalid, Fadzil Baharum, Yusrin Zakri dan beberapa orang AJK DPP Kuala Kedah telah turut serta dalam ziarah tersebut. Rombongan DPPNK juga mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama fakir miskin dibeberapa buah rumah yang dipecah kepada beberapa kumpulan.

Sementara menanti baki hari dalam bulan Ramadhan DPPNK masih ada beberapa program lagi yang akan diadakan.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons