Rabu, 28 Mei 2008

Lawatan Ke Pejabat Operasi TVPAS.com

27 May – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang menyertai rombongan ADUN Kedah ke lembah Kelang selama dua hari bermula 26 May telah mengambil kesempatan melawat Pejabat operasi TVPAS.Com. Antara lain lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar tentang operasi web TV yang dikendalikan serta permasalahannya. Lawatan ini juga menumpukan tentang kaedah operasi dan peralatan yang digunakan serta kos-kos kewangan yang berkaitan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Musodaq Bin Hj Ahmad berserta beberapa orang ahli jawatankuasa dan ADUN Kedah serta Kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri disambut mesra oleh kakitangan TVPAS.com yang diketuai oleh Sdr. Zulkifli Sulong.

Sessi lawatan dimulai dengan sessi pengenalan diri oleh Kakitangan TVPAS.Com dan diikuti oleh rombongan dari Negeri kedah kemudiannya disusuli oleh taklimat operasi oleh Sdr. Zulkifli Sulong. Sessi lawatan diakhiri dengan lawatan ke bilik operasi serta bilik suntingan video yang kebetulan sedang mengadakan suntingan untuk video yang akan di muat naik ke webtv.

Didalam lawatan singkat ini Pemuda PAS Negeri Kedah ini turut mendapat taklimat tentang permasalahan yang sedang dihadapi oleh TVPAS.com iaitu hit atau bilangan orang yang melayari web TVPAS.com yang kian bertambah. Permasalah tersebut melibatkan kapasiti server dan kasasiti tenaga bagi menghasilkan liputan yang lebih luas peristiwa peristiwa dan isu didalam Negara.

Seterusnya Dewan Pemuda mengambil kesempatan mencuba dan melihat sendiri proses suntingan video serta mengekses ke internet bagi mendapat gambaran terkini tentang program dan promosi TVPAS.com.





aaz

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons