26 May – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Mosodaq Hj Ahmad berserta AJK Dewan, telah menyertai lawatan ADUN Kedah ke Parlimen selama 2 hari bermula hari ini. Antara Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Negeri yang turut serta terdiri daripada Ust Rosli Bin Azmi, Setiausaha DPPNK, YB Ust Ahmad Izat Bin Shauqi, Ust Mohammad Bin Ismail dan Sdr. Azman Bin Ahmad.
Antara lain tujuan Dewan Pemuda menyertai rombongan ini adalah untuk mendapatkan gambaran bagaimana sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara dikendalikan serta mendapatkan pengalaman menyaksikan perbahasan yang berlangsung.
Antara lain Ust. Mussodaq menyatakan hasrat agar ahli jawatankuasa yang turut serta dapat menimba sedikit ilmu agar menjadikan Dewan Pemuda lebih perihatin tentang isu-isu yang perlu diberi perhatian serta memantapkan lagi Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merialisaskan objektif mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat.
Dewan Pemuda Negeri Kedah turut berbangga kerana Ketua Penerangan DPPNK juga terpilih didalam pilihanraya yang lepas sebagai ahli Parlimen iaitu YB Ust Firdaus Bin Jaafar, Ahli Parlimen Jerai.
Selain dari melawat sidang Dewan Rakyat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Negeri juga mengambil kesempatan melawat Tingkat 14 iaitu pejabat Pembangkang sambil bertemu dengan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berkumpul di situ semasa waktu rehat Sidang Dewan.
aaz
0 komentar:
Catat Ulasan