Rabu, 21 November 2007

ROADSHOW BERSIH DI KEDAH

Esok, 'roadshow' Bersih di Kedah!

Helmi Khalid
Tue | Nov 20, 07 | 6:20:56 am MYT

KUALA KEDAH, 20 Nov (Hrkh) - Selepas kejayaan Himpunan 100 ribu rakyat di Istana Negara 10 November lalu, kini Bersih memulakan 'roadshow' ke negeri-negeri bagi meneruskan hangat gelombang kebangkitan rakyat untuk menuntut pilihan raya dan demokrasi yang lebih adil.

Kedah, terpilih sebagai negeri pertama dan Bersih telah memilih Kuala Kedah sebagai lokasi bagi menyaksikan himpunan mega rakyat negeri ini.

Menurut koordinator Bersih Kedah, Mohd Nasir Mustafa, Dataran Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah akan menjadi saksi himpunan rakyat di Kedah yang akan berpakaian serba kuning, bagi mengulangi detik 10 November lalu.

Katanya, Bersih membariskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ronnie Liu (DAP), Cikgu Azmi Abdul Hamid (NGO) untuk menyampaikan ceramah pada himpunan tersebut.

Dengan semangat dan kesedaran rakyat mutakhir ini, beliau yakin majlis yang akan diadakan pada 21 November ini bermula jam 9.00 malam akan mendapat sambutan dari rakyat.

"Di Kedah kita akan pastikan semangat 'kuning' ini tidak akan pudar, Insya-Allah selain ceramah, kita juga sedang menyusun beberapa lagi program susulan untuk menaikkan semangat rakyat untuk terus bangun menentang ketidakadilan yang mencengkam rakyat," ujar beliau.

Dengan adanya himpunan ini, rakyat Kedah berpeluang sekali lagi memakai t-shirt kuning Bersih dan berhimpun beramai-ramai secara aman 21 November ini. - mks.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons