Rabu, 21 November 2007

KEM BINA SHAKHSIAH (KBS) 2007 BERMULA PADA 27 NOV-15 DIS 2007

KEM BINA SHAKHSIAH (KBS) 2007

BERSAMA BINA IMAN, MENTAL, EMOSI DAN JASMANI DIRI

(BERIKUT ADALAH GAMBAR KBS SIRI-3 2006)























KEM BINA SHAKHSIAH (KBS) 2007

BERSAMA BINA IMAN, MENTAL, EMOSI DAN JASMANI DIRI

Kem Bina Shakhsiah (KBS) siri ke-4 2007 yang dianjurkan sekali setahun akan bermula pada bulan 27 Nov-15 Dis 2007, bertempat di Muassasah Darul Ulum, KM 24, Jalan Kuala Nerang,06400, Pokok Sena, Kedah. Program tahun ini adalah kali yang keempat sejak dimulakan pada tahun 2004. Program ini merangkumi pelbagai aspek seperti:

1. OBJEKTIF
i. Membina Shakhsiah berlandaskan iman dan taqwa
ii. Menjana fikrah yang mampu merungkai dilema masyarakat
iii. Menampilkan generasi remaja yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat
iv. Menyediakan peluang pembelajarn secara intensif dalam jangka masa yang singkat
v. Melaksanakan pentarbiyyahan secara terus dan berkesan

2. FAEDAH KURSUS
i. Mengenali Diri - Bertanggong jawab kepada ibubapa, masyarakat dan agama atas kesedaran
diri sendiri untuk memenuhi kecemerlangan masa depan

ii. Kesempurnaan Ibadat - Dapat menjalankan amal ibadat yang wajib ke atas diri dengan lebih
baik
iii. Akhlak Dalam Islam - Bakal menjadi anak yang soleh/solehah dan seorang remaja yang
berkeperibadian mulia.

iv. Penglibatan Dalam Kumpulan - Bakal diajar pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam
perkhemahan yang mengajar rasa bertanggong jawab sesama rakan

v.Hubungan Dalam masyarakat - Akan menjadi anak yang bertanggong jawab kepada
masyarakat melalui aktiviti gotong royong dan bersama dalam program kemasyarakatan

vi. Muhasabah Diri - Dinilai untuk mengeluarkan para peserta sebagai seorang remaja yang
bersedia untuk berada dalam masyarakat sebagai contoh dan teladan kepada masyarakat

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA:

Pakaian harian, pakaian kuliah, pakaian riadhah, pakaian aktiviti perkhemahan, pakaian sembahyang, bantal selimut, barang-barang kemasan diri alatan tulis , buku nota dan lain-lain keperluan kebersihan diri.

Nota: Semua peserta diwajibkan menutup aurat didalam semua aktiviti.

PEMBAYARAN:
Pembayaran boleh dibuat semasa hari pendaftaran atau bank in terus ke akaun BIMB 2011010058929 ( sila hantar slip jika bank in sebagai bukti pembayaran)

PENDAFTARAN:

Pendaftaran peserta bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada 27 Nov 2007. Manakala Majlis Penutup dan Penyampaian sijil akan diadakan pada 15 Dis 2007 jam 2.30 petang. Semua waris diwajibkan hadir di Majlis Penutup.

BORANG PENDAFTARAN

Nama : .......................................................................

No KP : .......................................... Umur :.......................

Alamat : ...............................................................................

..................................................................... Poskod: ......................

No Tel/HP : .................................................


Pihak Sekretariat sedia membuka peluang untuk anda sama-sama menghulurkan sumbangan. Sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi pihak sekretariat :

Sekretariat Kem Bina Shakhsiah
Kompleks PAS Kedah
KM 13, Jalan Alor Star- Sg. Petani,
Simpang Empat, 06650 Alor Star, Kedah

No Tel : 04 7481120
HP : 019 4706247 ( Ust Rosli)
019 4806247 (Cik Aishah)

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons