Rabu, 5 Disember 2012

PAS tetap konsisten dengan dasar perjuangan

 
 

Sent to you by Faizal via Google Reader:

 
 


Selasa, 04 Disember 2012 09:17 LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Harakah

KUALA LUMPUR: Umno cuba memperdaya rakyat dengan mengulangi isu yang sama berkali-kali kononnya, PAS kini telah terkeluar dari dasar perjuangannya untuk menubuhkan Negara Islam, berbanding sekarang mengemukakan Negara Berkebajikan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata, dengan membuat dakwaan seperti itu, jelas menunjukkan pemimpin Umno tidak faham tentang Negara Berkebajikan, tetapi mereka hanyalah bermain dengan istilah semata.

"Pada hal Negara Berkebajikan itu mempunyai makna yang luas. Negara Berkebajikan itu sebenarnya samalah juga dengan negara Islam.

"Konsep Negara Berkebajikan adalah negara yang diperintah dengan sistem yang adil, pentadbiran yang telus, dalam semua aspek termasuk ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Itulah dasar perjuangan PAS sejak dulu hingga sekarang yang tak pernah berubah," jelasnya.

Dasar perjuangan PAS itu, menurut beliau, bertepatan dengan perintah Allah di dalam al-Quran yang mengkehendaki agar ada satu kumpulan dalam sesebuah masyarakat menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Katanya, manakala negara yang diperintah dengan konsep Negara Berkebajikan pula adalah seperti yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu negara yang makmur yang mempunyai keredaan Allah.

"Perkara itu sememangnya sudah cukup jelas, tetapi Umno sengaja menimbulkannya kembali sebab mereka dah tak ada modal lagi sekarang.

"Kenapa sekarang mereka kata PAS lari dari dasar Islam? Dulu kalau mereka sendiri dah sedar PAS berjuang atas dasar Islam, kenapa mereka tak sokong PAS?

Tegas Ustaz Harun, sekarang apabila PAS perkenalkan konsep Negara Berkebajikan, sebenarnya sengaja nak uji Umno sama ada akan mereka sokong PAS atau tidak, tetapi mereka tetap juga tak sokong.

"Jadi, sama sahajalah mereka itu. Mereka ternyata hanya berpura-pura hendak kepada Islam, tetapi sebaliknya," katanya ketika dihubungi 30 November lalu. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC 29 November lalu mendakwa PAS sekarang sudah tidak sama dengan PAS dahulu kerana PAS sekarang tidak lagi memperjuangkan Negara Islam, sebaliknya mahu menubuhkan Negara Berkebajikan pula.

Mengulas lanjut, Ustaz Harun berkata, sehingga kini, DAP tidak pernah menentang dasar perjuangan PAS, malah PAS dan DAP mempunyai matlamat yang sama untuk memerintah negara dengan sistem yang adil dan pentadbiran yang telus dalam segala aspek.


 
 

Things you can do from here:

 
 

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons