Isnin, 23 Ogos 2010

TAMRIN DPPNK DAN MUNAQASYAH UCAPTEMA KETUA PEMUDA PUSAT

Serdang, Kulim

Program Tamrin  Ramadhan DPPNK dan Munaqasyah UcapTema Ketua Pemuda PAS Pusat telah berjaya diadakan pada 20 Ogos 2010 yang lepas bertempat di Dewan Dato' Fadzil Mohd Nor, Markaz PAS Kaw Kulim/Bandar Baharu, Serdang. Kehadiran seramai 170 orang . Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan hadir. Program bermula dengan pendaftaran peserta, Tahlil dan Majlis berbuka puasa. Selepas solat Terawih yang diimamkan oleh Ust Salim Mahmud, Exco DPPNK diteruskan dengan Munaqasyah dengan pembentangan daripada Ust Nasruddin Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat dan Sdr Sabky Yusuf, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut bersama dalam program ini Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

1 komentar:

BILLYtheKID berkata...

Ada kesah terbaru MB (PAS) Kedah sedanga hangat dipasaran.

Khabar rombongan MB yang membuat lawatan kerja ke Mesir dan Arab Saudi baru2 ini. Apa yang hangat Wisma DarulAman dan ahli2 PAS sendiri ialah kerana MB depa turut mengerjakan umrah dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan negeri sedangkan kerja umrah tu bersifat peribadi.Ini keran mereka membandingkan dengan MB Kelantan yang mana sepanjang beliau menjadi MB, belum pernah beliau mengada lawatan kerja sambil mengerja umrah atau haji. Nik Aziz akan mengambil cuti apabila pergi mengerjakan umrah atau haji.

Yang dia orang takpuas hati ialah perbelanjaan (dibiayai oleh wang kerajaan) yang digunakan semasa mengerjakan umrah amat mengejut khabarnya untuk penginapan sahaja mencecah RM15,000/bilik sehari untuk MB dan RM3,000/bilik(2orang) sehari untuk anggota rombongan yang lain.Hotel bertaraf 7*++ itu terletak di Mecca Clock Tower yang baru siap dibina.

Boleh siasat sendiri kalau nak kan lebih kepastian.

Kalu macam ni...alamat dia semakin miskin la kerajaan Kedah selepas ni.

Nyesal aku pangkah PAS PRU12 yg lepaih. Tobat lahum la untuk PRU13 ni.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons