Isnin, 30 Ogos 2010

KHALIFAH SUNTIK DANA UNTUK HESA

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my



Hasil minyak di perairan negeri Kelantan melayakkan negeri itu untuk memperolehi royalti sebanyak 5 peratus daripada Petronas. Namun hingga kini rakyat negeri Kelantan dinafikan hak mereka oleh Barisan Nasional yang sengaja menyekat pembayaran tersebut.



Lain pula ceritanya di Kedah, hasil jualan minyak pelincir menjadi rezeki buat institusi pendidikan Islam yang bernaung di bawah Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.



Peranan itu dirintis Khalifa Lube Enterprise; syarikat kendalian Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok yang memperuntukkan bahagian khas dari hasil jualan minyak pelincir tersebut untuk disumbangkan kepada HESA.



Syarikat tersebut mengeluarkan minyak pelincir menggunakan jenama sendiri iaitu ‘Khalifa’ yang secara rasminya telah berada dipasaran sejak November tahun lalu.



Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya, sumbangan Khalifa itu amat bererti kepada sekolah agama di bawah HESA.



“Khalifah telah hilang dari atas muka bumi sejak tahun 1924 dahulu. Tetapi hari ini Dewan Pemuda PAS Merbok telah berjasa mengembalikan ‘Khalifa’ di atas muka bumi,” ungkap beliau penuh simbolik sebagai memuji usaha itu ketika Majlis Sumbangan Ramadan di Amanjaya pada 8 Ogos lalu.



Maklumnya, HESA juga giat membangunkan dana sendiri melalui penubuhan Koperasi HESA Kedah Berhad dengan menjalankan projek perniagaan dan perkhidmatan yang turut melibatkan kerjasama dari syarikat seperti Khalifa.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Khalifa, Mohd Fadli Abdullah berkata, industri minyak pelincir sebenarnya mendatangkan pendapatan yang amat lumayan.



Namun realiti yang berlaku ujarnya, hampir semua syarikat kecil Bumiputera-Muslim gulung tikar selepas tiga bulan beroperasi.



Oleh itu katanya, kemampuan Khalifa mengembangkan produk dan jualannya hingga kini sememangnya mengejutkan para pesaing.



Rahsianya jelas Fadli, adalah dari semangat amal jamaie dengan mengorbankan tenaga dan masa untuk terlibat melakukan sendiri kerja-kerja pemprosesan produk.



“Bahkan ada kawan kita bagi lori dia untuk ulang-alik dan pengangkutan. Semua ini keberkatan rezeki,” ujar beliau yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi Pemuda PAS Merbok.



Sempena majlis itu, Ustaz Ahmad yang juga Duta Produk Khalifa turut melancarkan dua produk terbaru Khalifa iaitu pelincir sintetik sepenuhnya (fully synthetic) dan bendalir transmisi manual.



Manakala Fadli telah menyampaikan cek dari bahagian hasil jualan yang diperuntukkan kepada HESA.



PAS Kawasan dari seluruh negara khususnya Dewan Pemuda dipelawa untuk terlibat memasarkan produk berkenaan dan meluaskan penggunaannya di kalangan ahli PAS. Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dari Mohd Fadli dengan menghubungi talian 013-432 8824.





Keterangan gambar:



MINTA MAAF, GAMBAR TAK BOLEH NAK UPLODE ADA MASALAH SIKIT
Khalifa 1: Ustaz Ahmad bersama Mohd Fadli dan Ketua Pemuda PAS Merbok, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menunjukkan produk terbaru Khalifa yang dilancarkan.

1 komentar:

BILLYtheKID berkata...

Salam.

Pohon link http://helangkedah.blogspot.com.

Jazkallah.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons