Isnin, 3 Mei 2010

Ketua Kelab Penyokong sokong soalan YB Nasir

Dipetik dari www.wartakedah.net

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Soalan 'panas' yang dikemukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa adalah wajar bagi menjelaskan kepada umum mengenai bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuangku Sultan yang mutakhir ini dilihat telah diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu sepertimana yang dipaparkan di akhbar.

ADUN Bandar Baharu, YB Ustaz Yaakub Hussin menjelaskan bahawa YB Mohd Nasir ada hak untuk mengajukan soalan yang dikatakan mempertikai kuasa KDYMM Tuanku Sultan oleh pembangkang (BN).

"Jika diteliti dan fahami betul-betul, soalan ini hanya memerlukan penjelasan serta maklumat agar ADUN lain tak campur tangan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan dan perlu dihormati oleh semua pihak di Kedah mahupun luar Kedah.

"Sekarang ini kita dapat lihat sudah ada tanda-tanda seperti yang tersiar dalam akhbar, kuasa KDYMM Tuanku Sultan telah dicampur tangan dan jika ianya dibiarkan, semakin bertambah, maka ia akan merosakkan hubungan baik antara kerajaan dengan istana," jelas beliau yang juga merupakan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kedah.

Tambah beliau, pembangkang (BN) sengaja mencetuskan kontroversi agar soalan ini tidak jawab bagi menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

"Saya tak fikir soalan yang mudah ini tak difahami oleh mereka (BN), jika soalan ini dibenarkan oleh YB Dato' Speaker mungkin mereka menerima tamparan daripada jawapan itu.

"Dari awal lagi mereka cuba cari jalan untuk pintas daripada soalan ini dijawab agar tidak dibangkitkan dalam dewan, sebab yang terlibat adalah daripada pihak mereka (BN) yang mana mereka membuat provokasi agar imam-imam tidak mengisi borang M4," ujar beliau.

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 36
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons