Rabu, 2 September 2009

SPR NAFIKAN KEKOSONGAN KERUSI DUN KOTA SIPUTEH

Mohd Sanusi Md Nor

Oleh IZWAN ABDUL HALIM (Wartawan Harakah Cetak)
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor percaya kuasa politik Barisan Nasional (BN) telah mempengaruhi SPR hingga meletakkan keputusan badan bebas itu lebih tinggi kedudukannya dari undang-undang termasuk Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Ini berikutan keputusan SPR bahawa tidak berlaku kekosongan di Dun Kota Siputeh sekaligus mengekalkan kerusi tersebut kepada BN walaupun sebelum ini Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan kekosongan tersebut berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah berikutan ketidakhadiran Adun tersebut pada sidang Dun.

Menurut Sanusi, berdasarkan situasi semasa BN berusaha menggagalkan kekosongan tersebut berdasarkan beberapa faktor.

"Antaranya, mereka ketandusan tokoh untuk menjadi calon selain Dato' Abu Hasan Sariff sehingga ada usaha memujuk seorang Pegawai Daerah yang sedang berkhidmat sekarang untuk menjadi calon BN.

"Selain itu, penyokong tegar Abu Hasan sudah menunjukkan protes terhadap BN yang dikatakan tidak cukup kuat membela Adun mereka manakala pengundi Cina sekitar 1,300 orang tidak menjamin jumlah undi yang diterima mereka dahulu berikutan ketegangan krisis dalam MCA," ujar beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah.

Katanya, BN juga tidak bersedia menerima kekalahan di kubu kuat mereka itu yang bersempadan dengan Kubang Pasu di mana sentimen kepada Tun Dr Mahathir Mohamad masih menebal hingga menjurangkan rekod kekalahan pilihan raya kecil kepada 8-1.

Selain itu jelasnya, Kedah bukan negeri yang selesa bagi BN kerana tiada isu untuk diulas selain pilihan raya kecil juga berpotensi menjadi medan Pakatan Rakyat memberi penangan keras kepada BN terhadap isu hukuman sebat terhadap Kartika.

Menurut Sanusi lagi, semua pihak yang memahami undang-undang dan peraturan sudah mengesahkan bahawa kekosongan itu sepatutnya berlaku.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons