Khamis, 12 Mac 2009

Ust Khairi Salleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu yang baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu telah memilih semula Ust Khairi Salleh sebagai Ketua Pemuda Kawasan yang baru. Pemilihan beliau telah dibuat dalam mesyuarat Agung Pemuda Kawasan itu pada 7 Mac lepas. Beliau menggantikan Dr Suffian Yusuf yang telah melepasi umur 4o tahun yang telah memegang jawatan tersebut selama 2 penggal. Ust. Khairi sebelum ini pernah menjadi ketua pemuda selama beberapa penggal sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Dr. Suffian. Sementara itu Sdr Azli Noh telah dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan menggantikan Sdr. Pahimi Ambullah yang turut melepasi umur pemuda.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengharapkan agar mereka yang dipilih untuk menerajui kepimpinan Dewan Pemuda kawasan kali ini akan menjalankan tugas yang baik dan memberikan khidmat yang cemerlang bagi membantu mempertahankan kerajaan Pakatan rakyat di Kedah.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons