Khamis, 2 Julai 2009

MANSUHKAN ISA



Himpunan Mansuhkan ISA dilancarkan
Muhammad Arif Ismail
Thu | Jul 02, 09 | 2:52:16 pm MYT

KELANA JAYA, 2 Julai (Hrkh) - Himpunan Mansuhkan Akta ISA telah dilancarkan kelmarin dalam satu majlis ringkas dan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini.

Majlis tersebut diadakan di Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium MBPJ di sini.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh yang bersyukur kerana diberi peluang oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk melancarkan himpunan besar-besaran ini.

"Ini telah saranan oleh kerajaan Pakatan Rakyat iaitu sekiranya mereka mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan sekarang dengan segera ISA akan dimansuhkan," katanya dalam ucapan pelancaran itu

Katanya, umur ISA akan genap 49 tahun pada 1 Ogos, umur ini hampir kepada umur pencen awal. Tetapi kita tidak mahu ianya pencen awal sahaja, bahkan kita mahu ianya pencen wajib serta patut dihapuskan untuk selama-lamanya.

Kerana menurutnya, akta ini telah mencemari keluhuran undang-undang dan menjadi undang-undang rimba, ia juga telah mencemari kedaulatan undang-undang, kemurnian agama dan telah mencemari hak kebebasan.

"ISA juga telah merencatkan daya fikir kita, merencatkan fitrah manusia yang bebas dan ISA bercanggah dengan semua agama.

"Ini adalah perkara-perkara asas, walaupun ada usaha untuk mengkaji semula ISA. Walaupun ada usaha-usaha untuk membebaskan tahanan ISA dan kini hanya tinggal 12 orang.

"Tetapi kita tidak boleh leka dan juga tidak boleh putus asa, sehingga kita lihat tidak ada seorang pun yang akan ditahan di bawah tahanan ISA kerana ia adalah satu kezaliman yang besar.

"Jadi pada malam saya menyeru dan mengajak semua pihak di seluruh negara dari Perlis sampai ke Sabah, daripada gurun hingga ke lembah, daripada desa hingga ke bandar raya kita turun pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur untuk menyampaikan satu mesej yang jelas dan lantang dengan tiga tuntutan," katanya.

Tuntutan tersebut ialah iaitu, mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan dan tutup Kem Kamunting dan mendapat sokongan salah sebuah parti di Sabah iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah telah pun menyatakan sokongan mereka supaya ISA dimansuhkan.

Majlis pelancaran itu dimulakan dengan pemakaian selendang merah hitam yang menjadi lambang perlancaran Himpunan Mansuhkan ISA kepada pemimpian tertinggi Pakatan Rakyat dan perlepasan dua ekor merpati putih sebagai tanda kebebasan. - mns_

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons