Selasa, 27 Disember 2011

IJTIMA' ULAMA' TURATH 2012

Assalamualaikum Wb

Muslimin muslimat yang dikasihi

MAJLIS MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 2012
Tarikh :  1 Januari 2012
Hari :  Ahad
Tempat : Surau Perwaja Gurun Kedah Daru Aman
Masa :  6.30 petang hingga 11.30 malam

PENGENALAN MAJLIS
Majlis ini khusus untuk memberi tempat kepada para ULAMA THURATH , Ulama yang benar-benar alim dan menguasai kitab muktabar terutamanya Tuan-tuan guru disekitar Kedah dan Fathani .
Ramai ulama Muktabar di Kedah , mereka sudah berusia emas , maka kita perlu utamakan mereka kerana mereka permata ummah yang banyak berjasa kepada Islam dan masyarakat .

Fokus pada ulama yang tua yang kita jemput diantaranya:

1. Tn Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai
4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri
6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang
7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang
8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang
9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand
10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura .
Insyallah akan dijemput bersama Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa

Insyallah lebih dari 15 ulama Tua akan hadir , samalah kita doa agar mereka sihat dan dapat hadir dalam majlis ini bersama- sama kita .

Semoga dengan program ini , masyarakat akan sedar peranan ulama Thurath , ulama yang sentiasa mengajar kitab muktabar pada masyarakat kita. Masyarakat hanya agungkan penceramah yang kurang mantap ilmu mereka , masyarakat agongkan ahli politik  dan pemerintah Sedangkan Ulama Pewaris Anbia dilupakan .

Harap masyarakat beri kerjasama dan sokongan pada usha ini .
Doa saudara diperlukan .

Maklumat Lanjut Hubungi
Tim Pengarah Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012
013 4044259

LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH


PENGENALAN
Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.

MAKLUMAT RINGKAS
 Tarikh : 30 dan 31 Disember 2011,
 Hari : Jumaat dan Sabtu
 Tempat : Stadium Sultan Abd Halim, Suka Menanti Alor Setar,
Masa :  8.30 Pagi - 12.00 Malam.

PENGISIAN OLEH ULAMA’ TERSOHOR DAN PEMIKIR ISLAM SERTA PENCINTA RASULULLAH :

1- Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah
2- Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor
3- Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia
4-Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis
5- Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil – Anak Dato Fadhil Noor
6- Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
7- Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
8- Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A
9- Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM
10- YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3
11- Nora - Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi

PESERTA
MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN... Anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...

CARA UNTUK MENYERTAINYA
 TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah

 Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.

Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.
( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)

ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?
PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu

 LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.

 HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.

 Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842

 SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.

 Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.

 HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;
CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842

SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012

Assalamualaikum. Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH Dengan Kerjasama PEJABAT DAERAH KULIM terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Padang Serai dan Kulim/ Bandar Baharu…

Tarikh : 31 Disember 2011
Masa : 8.00 malam – 12.00 malam
Tempat : Dataran Dewan Putra, Kulim, Kedah Darul Aman.

ANTARA ACARA MENARIK :

PETANG
5.00 Petang, di Stadium Keladi
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN, SKUAD PILIHAN KEDAH VS SKUAD PILIHAN  KULIM

MALAM
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Tarian Singa ( Cina)
Tarian Merak (India)
Persembahan Gendang Tiga kaum

PERSEMBAHAN NASYID
Dzil Afnan
Iwan Dangdut Syahman

PERTUNJUKAN ILUSI
Amar

PERSEMBAHAN PANCARAGAM
Sek. Men. Sultan Badlishah, Kulim.

Selasa, 11 Oktober 2011

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2011

Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011.
*Tertakluk kepada perubahan

Hari Pertama : 28 Oktober 2011
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din : Timbalan Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian

Oleh:
YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Ustaz Idris Bin Ahmad

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura)
Pengulas : Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS)
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa

Ahli Panel :
Dr. Zuhdi Marzuki : Pengarah Strategi DPP Malaysia
Dr. Abu Hassan,
Ustaz Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Maghrib:
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM)
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Nasharudin Mat Isa - Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 2: PAS dan Ijtihad Politik

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin at Takiri
Pengerusi: Dr. Raja Iskandar - Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss.

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd..

Sabtu, 3 September 2011

Siapa Mat Indera?



Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
 
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.


Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons