Jumaat, 19 Jun 2009

KETUA DAN SETIAUSAHA DPPNK HADIR KE MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA PAKATAN RAKYAT N41 DUN MANEK URAI DI LATA REK, KUALA KRAI

LATA REK, MANEK URAI, KUALAKRAI, KELANTAN












Khamis, 18 Jun 2009

SEKITAR LAWATAN KETUA DAN EXCO DPPNK KE DPP KAWASAN KULIM

Dewan Pemuda PAs Negeri Kedah di ketuai oleh Ust Ahmad Yahya telah mengadakan lawatan ke Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu bertempat di Pejabat DPP Kulim, Serdang.

Lawatan ke Kawasan Kulim/Bandar baharu adalah lawatan yang pertama oleh DPPNK ke kawasan bagi sesi 2009-2011 bagi mengeratkan lagi hubungan antara DPPNK dan DPP kawasan selain untuk mengenali lebih dekat saf kepimpinan DPP kawasan serta Exco DPPNK. Turut menyertai lawatan ke Kulim ialah Ust Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, Yusrin Zakri Adnan, Bendahari DPPNK, Fadzil Baharum, Helmi Khalid, Ust Zelani Nik Chik , Exco DPPNk dan Ust Rahimin Abd Rahim, Setiausaha Kerja DPPNK.

Rombongan DPPNk tiba pada pukul 7.30 malam disambut oleh Ust Khairi Salleh, Ketua Pemuda Kulim/Bandar Bharu dan Sdr Azlo Moh, Setiausaha Pemuda kawasan dan beberapa orang AJK DPP kawasan. Selepas solat maghrib rombongan DPPNK telah dihidangkan dengan jamuan makan malam selepas itu diadakan majlis ramah mesra dengan kepimpinan pemuda kawasan.

Majlis rasmi bermula jam 8.40 malam dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Pemuda kawasan kemudian taklimat lawatan oleh Setiusaha DPPNK, Ust Rosli Azmi selepas itu diikuti dengan ucapan aluan ketua Pemuda kawasan, Ust Khairi Salleh. Selepas itu ust Ahmad Yahya ketua pemuda Negeri telah berucap mewakili rombongan dan telah memberikan beberapa pandangan, hala tuju dan maklumat terkini perkembangan politik semasa.

Selepas itu diadakan sesi dialog dengan AJK Pemuda kawasan dan beberapa soalan tentang politik semasa, pentadbiran pemuda kawasan dan negeri serta beberapa soalan menyentuh tentang kerajaan negeri yang kemudian dijawab oleh Exco yang terlibat.

Kemudian rombongan telah melawat Pejabat Pentadbiran DPP Kawasan. Setiausaha DPPNK telah membuat pemeriksaan pejabat dan menyemak beberapa cek list keperluan pejabat dan kemudahan di pejabat DPP Kulim.
Majlis berjalan sehingga jam 11.15 malam sebelum rombongan berangkat pulang sekali lagi dihidang dengan jamuan larut malam di sebuah warung.

Pasa masa yang sama satu lagi rombongan DPPNK diketuai oleh Sdr Sanusi Md Nor, Timbalan Ketua DPPNK telah melawat Dewan Pemuda PAS kawasan padang Serai di Pejabat PAS kawasan Padang Serai, kelang Lama. Turut terlibat dalam rombongan itu YB ust izzat Shauki, Naib Ketua DPPNK, dan beberapa orang Exco DPPNK antaranya Ust Azam Samat,Afif Abdullah, Azman Abd Rahman, Ust Yusuf Awang,ust Mohamad Ismail.












JERNIHKAN KEKEROHAN ISU ANTARA PIMPINAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengharapkan kekerohan yang timbul antara pimpinan berhubung isu kerajaan perpaduan dapat dijernehkan supaya ahli dibawah tidak menjadi kelam kabut dan menimbulkan persepsi yang buruk kepada orang ramai. jelas sekali apa yang berlaku ini adalah peranan kotor media untuk melaga-lagakan pimpinan PAS dan kerjasama erat Pakatan Rakyat yang sudah kukuh terjalin. Marilah sama-sama kita fokuskan apa yang telah disepakati semasa Muktamar PAS ke 55 lepas untuk mencapai matlamat Islam memimpin perubahan.

Selasa, 16 Jun 2009

Ulama PAS Kedah kecam tragedi berdarah Thailand

Izwan Abdul Halim
Tue | Jun 16, 09 | 12:22:46 pm MYT

ALOR SETAR, 16 Jun (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Negeri Kedah (DUPNK) menyifatkan tragedi berdarah yang terus berlaku di wilayah bergolak di Selatan Thailand bertitik tolak dari isu ketidakadilan.

Setiausahanya, Ustaz Muhd Zainal Asri Romli berkata, wilayah tersebut yang merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu telah dipisahkan secara tidak adil melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909.

Mengikut rekod sejarah perjanjian tersebut, wilayah yang berada di bawah Kerajaan Melayu Pattani itu telah disahkan sebagai jajahan Siam tanpa Kerajaan Melayu Pattani diajak berunding. Manakala Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan kepada pihak British.

"Bila berlaku proses sedari awal lagi berbentuk kezaliman, maka berlakulah penentangan rakyat yang tidak berkesudahan. Isu ini mudah kita faham contohnya sepertimana di Perak, bila mana asasnya ketidakadilan, akan berlakulah proses penentangan rakyat kepada kerajaan," ujar beliau ketika diminta mengulas tragedi tersebut, 14 Jun lalu.

Katanya, jika Kerajaan Thailand menganggap dengan bertindak secara kekerasan dapat memadamkan kebangkitan rakyat di Selatan Thai, maka tanggapan itu silap sama sekali.

"Pada kita walaupun masih belum dikenalpasti dalang yang bertindak kejam ini, tetapi seolah-olah terdapat cubaan untuk menghapuskan etnik.

"Dengan bertindak sekejam begitu rupa, kita merasa syak kepada pihak berkuasa Thailand berdasarkan cara serangan dan senjata digunakan. Dalam isu yang berlaku ini juga, Kerajaan Thailand tidak boleh melepas tangan sebaliknya mengambil tanggung jawab untuk menangani isu tersebut dan meredakan kemarahan rakyat," tegasnya.

Menurut Zainal, DUPNK berpandangan, alasan untuk bertindak dengan kekerasan kerana menuduh umat Islam di Selatan Thai sebagai pengganas adalah satu keterlaluan.

Katanya lagi, wilayah Selatan Thai juga telah dianaktirikan berbanding wilayah-wilayah lain di Thailand. Oleh itu ujar beliau, sekiranya Kerajaan Thailand tidak kembali kepada prinsip keadilan, maka akan timbul simpati lebih besar dari umat Islam seluruh dunia.

Melanjutkan ulasan beliau menjelaskan, umat Islam di Selatan Thai juga pernah berjuang menghalau tentera Jepun ketika Jepun memasuki negara Siam satu ketika dahulu.

"Mereka (umat Islam Selatan Thai) mengharapkan British akan tolong mereka untuk menghalau Siam dari wilayah mereka. Ini tak mungkin berlaku! Kerana kita (dalam perjuangan Islam) tidak boleh bergantung kepada kuasa besar untuk menjamin keselamatan atau menyokong perjuangan kita," ujarnya mengungkap iktibar.

Tegasnya, di atas paksi perjuangan Islam, DUPNK mengambil sikap menyokong perjuangan rakyat serta mendoakan perjuangan ini akan mendapat kejayaan dan kemenangan suatu hari nanti.

DUPNK juga tegas beliau, mendesak Kerajaan Malaysia untuk menjadi pihak tengah bagi melepaskan umat Islam di Selatan Thai dalam isu tersebut.

Katanya, langkah yang boleh diambil Kerajaan Malaysia adalah dengan bertindak melonggarkan undang-undang kemasukan di sempadan Selatan Thailand dan juga memberikan suaka politik kepada umat Islam terbabit.

Kerajaan Malaysia tegasnya, tidak boleh terlalu bias kepada hubungan diplomatik antara kedua-dua kerajaan, tetapi mesti cenderung kepada keadilan dengan memberi kelonggaran tersebut.

Selain itu, DUPNK juga ujarnya, mahu Kerajaan Malaysia mendesak Pertubuhan Persidangan Islam Sedunia (OIC) agar lebih serius menangani isu keselamatan umat Islam misalnya dengan membentuk segera pasukan tentera pengaman OIC.

"Kesimpulannya, DUPNK ingin tegaskan, ini adalah isu ketidakadilan. Bila ketidakadilan menjadi asas kepada perjalanan satu-satu proses, yang berlaku adalah penentangan. Jadi ianya tidak akan berakhir selagi wilayah itu tidak dikembalikan kepada pribumi asal," ujarnya mengakhiri pendirian.

Dalam kejadian terbaru pada 8 Jun lalu, seramai 11 terbunuh dan 19 cedera dalam satu serangan ganas ke atas Masjid Al-Furqan, Kampung Air Payang, Narathiwat ketika para jamaah sedang solat Isyak. Manakala pada 13 Jun kelmarin, seramai 6 nyawa lagi terkorban setelah diserang pihak tidak dikenali. - azm _

Sdr Sanusi Md Nor dilantik EXCO Pemuda PAS Pusat


Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Sdr Muhammad Sanusi Md Nor telah dilantik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlantikan itu telah diputuskan oleh Mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS Pusat pada 15 Jun di Pejabat Agung PAS Pusat , Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad Yahya mengucap tahniah di atas perlantikan tersebut dan pilihan yang tepat dan yakin dengan kemampuan beliau (Sanusi) memainkan peranan diperingkat nasional dan ini adalah satu kejayaan Dewan Pemuda PAS Kedah melahirkan kepimpinan di peringkat pusat . Sebelum ini YB Firdaus Jaafar dan YB Ust Nasir Zakaria telah memenangi pemilihan dalam muktamar DPPP yang lalu.

Sementara itu Sdr Kamaruuzzaman Mohamad sebagai dilantik Setiausaha, Sdr Adram Musa telah dilantik sebagai Bendahari Pemuda Pusat dan Sdr. Suhaizan Kaiat dikekalkan sebagai Ketua Penerangan.

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons