Sabtu, 15 November 2008

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR

Malaysiakini

Tony Thien | Nov 15, 08 10:25pm
Kira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

gabriel adit and keadilan pkrBorang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.

anwar visit sibu 151108 crowdAdit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.

Kelab Penyokong Muda PAS dilancar hari ini

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Nov 15, 08 6:16pm
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang disempurnakan oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub di ibu pejabat PAS petang tadi.

Kelab ini diletakkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional DPP yang dipengerusikan oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua DPP, Nasrudin Hasan; Setiausaha DPP, Ahmad Sabki Yusuf dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja KPMP, Vincent Lee.

Kira-kira 50 orang termasuk ahli, orang ramai dan para wartawan menghadiri majlis perasmian tersebut yang turut diringi dengan tarian Singa dan paluan gendang India.

salahuddin ayub 01Dalam ucapan perasmian, Salahudin menjelaskan objektif utama penubuhan kelab itu ialah untuk menjadi pemangkin kepada anak muda berdepan dengan realiti masyarakat di Malaysia.

Tegasnya, penubuhan kelab tersebut bukan semata-mata untuk meraih sokongan, tetapi juga untuk membuktikan bahawa PAS serius untuk menyelesaikan masalah pelbagai kaum di Malaysia.

"Saya ingin mengatakan pada petang ini bahawa ajaran Islam memberikan peluang dan keadilan untuk semua kaum," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Salahudin mengkritik sikap kerajaan yang mengharamkan Hindraf tanpa memberi ruang dan peluang untuk mereka berdialog.

Jadi sayap parti

"Mereka ingin mengadakan dialog, menuntut diberi ruang untuk berbincang. Orang India merasakan diri mereka disisihkan.

"Apa salahnya kalau kerajaan berdialog? Apa yang menjadi tuntutan Hindraf harus didengar," tegas Salahudin.

Dalam ucapan itu juga, Salahudin menjelaskan bahawa antara agenda utama yang dibincangkan dalam permukiman ahli jawatankuasa pusat PAS usat dan Majlis Syura Ulama di Langkawi minggu lalu ialah untuk memperkasakan Kelab Penyokong PAS (KPP)

"Kemungkinan kita akan memberi ruang kepada Kelab Penyokong PAS berstatus sayap seperti sayap-sayap lain dalam parti," katanya.

Menurut Salahuddin, langkah tersebut sebagai usaha untuk memberi tempat kepada mereka serta memahami Islam dan dasar-dasar PAS.

"Kita konsisten. Kita tak bermain-main dengan orang bukan Islam. Kita serius untuk menghadapi realiti politik Malaysia hari ini," katanya.

Bagaimanapun, jelas Salahudin, perkara tersebut akan diperhalusi oleh pimpinan PAS dalam siri-siri pertemuan mereka sebelum ia dilaksanakan.

Manakala Khairul Faizi pula menjelaskan bahawa pihaknya akan meluaskan promosi penubuhan kelab itu ke negeri-negeri dan akan mengadakan himpunan besar-besar yang dijangka Mei depan.

Siri jelajah

Sementara itu, Pengerusi Penaja KPMP, Vincent Lee berkata beliau amat gembira dengan langkah PAS memperkenalkan kelab tersebut untuk menarik minat pemuda dan remaja mengenali dan menyokong parti itu termasuk memahami prinsip-prinsip utama dalam Islam.

Beliau berkata, sasaran kelab ini adalah untuk menarik remaja bukan Islam yang berumur 40 tahun ke bawah dan merancang pelbagai aktiviti yang sesuai yang berorientasikan kesedaran politik dan peka dengan perjuangan PAS.

Sehubungan itu, Lee yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong PAS, akan bersama-sama menyertai siri jelajah untuk menambah keahlian kelab tersebut.

"Kelab Penyokong Muda PAS akan turut membantu," katanya.

Mereka mensasarkan seramai 100,000 orang menjadi ahli kelab tersebut.

Dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Salahuddin menjelaskan bahawa cadangan kelab Penyokong PAS menjadi sebahagian daripada sayap parti itu masih di peringkat awal.

"Ada perbincangan panjang. Ada beberapa siri perbincangan serius selepas ini untuk membolehkan mereka menjadi sayap dalam PAS," katanya.

Beliau juga menjelaskan, sekiranya kelab itu telah menjadi sebahagian daripada sayap PAS, maka mereka boleh bersuara dan menyatakan pandangan seperti sayap-sayap PAS yang lain.

KENALI BUAH NAM-NAM

AKADEMI PEWARISAN PAS ANJURAN DPP PADANG SERAI

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Dr Nazil: 0139322542
Ridzuan: 0134664660
Shaharani:0134808366



“PROGRAM PEWARISAN PAS”
(Siri ke-3)


JABATAN PEMBANGUNAN PELAJAR (JPP)
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG SERAI
______________________________________________________________________________________________________

‘DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI’


1.0 PENGENALAN
’Akademi Pewarisan PAS’ merupakan cetusan idea daripada program Program pewarisan pas yang diadakan pada 7 & 8 Disember 2007 yang lalu. Akademi ini bermatlamatkan kepada pengkaderan yang menjadi pokok kepada penjanaan ahli yang seimbang didalam jemaah (PAS).


2.0 OBJEKTIF PROGRAM
Di antara objektif ‘Akademi Pewarisan PASi’ adalah:

2.1 Mengumpulkan kembali kesemua peserta yang hadir dalam ’Program Pewarisan PAS’ yang lalu.

2.2 Mengumpulkan seramai mungkin anak-anak pimpinan dan ahli PAS peringkat kawasan Padang Serai dan Kulim Bandar Baru.

2.3 Menjana ukhuwah kearah pengembelingan usaha bersepadu antara pimpinan PAS (Kawasan, Muslimat, Pemuda) dengan anak-anak pimpinan dan ahli PAS.

2.4 Menyediakan suatu mardasah bagi pembentukan fikrah, menggilap potensi dan penjanaan iltizam kepada perserta (anak-anak ahli)

2.5 Menyemai kesedaran, matlamat dan peranan terhadap diri sendiri, Islam dan perjuangan PAS

2.4 Memberikan pendedahan kepada anak-anak pimpinan dan ahli PAS mengenai perjuangan PAS dalam pentas dakwah dan politik Malaysia.

2.5 Sebagai titik mula proses pengkaderan amilin muda PAS.

3.0 ANJURAN

3.1 Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP) Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai
3.2 Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Serai
3.3 Dewan Muslimat PAS Kawasan Kulim Bandar Baru
3.4 Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baru.

4.0 PERLAKSANAAN
Di bawah adalah butir-butir program:

4.1 KUMPULAN SASARAN (PESERTA)
Anak-anak pimpinan, ahli PAS, penyokong dan juga terbuka kepada mana-mana remaja yang berminat mengenali perjuangan PAS dari Kawasan Padang Serai dan Kulim Bandar Baru (15-21 tahun).
Sasaran 50 orang/kawasan (Jumlah = 100 orang)

4.2 TARIKH
27 /11/ 2008 hingga 29 /11/2008

4.3 TEMPAT
Pasti Sungai Badak, DUN Merbau Pulas

4.4 YURAN PENYERTAAN
RM 40.00/Seorang

4.5 TENTATIF PROGRAM

27/11/2008 (Khamis)
5.00 ptg : Pendaftaran
6.00 ptg : Taklimat Program & “Ice breaking”
7.00 mlm : khidmat diri
7.30 mlm : Solat maghrib
8.00 mlm : Makan malam
8.30 mlm : Solat Isya’
9.00 mlm : Kuliah 1 “Tujuan Hidup Muslim”
Oleh : Ustaz Salim Bin Mahmud
10.30 mlm : Himpun daya

28/11/2008 (Jumaat)
4.30 pg : Hidupkan malam
6.00 pg : Solat Subuh
6.15 pg : Kuliah Subuh
- Oleh :Ustazah Siti Aishah Binti Ghazali
Exco Kerajaan Negeri Kedah

8:00 pg : ”Riadah Toward Ibadah”
9:00 pg : Sarapan pagi
9.15 pg : LDK 1 (Tujuan Hidup Muslim)
10.30 pg : Indoor bersama NISA’
12.30 ptg : Khidmat diri
- Solat Jumaat (muslimin)
- Slot Muslimat (muslimat)
2.00 ptg : Makan Tengahari
2.30 ptg : Outdoor bersama UNIT AMAL
4.30 ptg : Solat Asar berjemaah
5.00 ptg : ”Riadah Toward Ibadah”
7.30 mlm : Solat Maghrib
- kuliah Maghrib,Oleh : Mu’adz Md Nazan
8:00 mlm : Makan malam & Solat Isyak berjemaah
9:00 mlm : Ucapan Aluan Pengarah ‘Program Pewarisan PAS’
9:30 mlm : Pengisian 1 (“PAS”) – Rujuk Lampiran 1
Oleh: Cikgu Sukarno (Bekas Exco DPPNK)
11:00 mlm : Kudapan (Bersama Fasilitator)
12:00 mlm : Himpun daya


29/11/2008 (Sabtu)
5:00 pg : “KEMBARA SUBUH”
8:00 pg : Makan pagi
9:00 pg : Pengisian 2 (“Anda dan PAS”) – Rujuk Lampiran 2
Oleh: Ustaz Ahmad Yahya
10:30 pg : Minum pagi
11:00 pg : Latihan Dalam Kumpulan (LDK) – Rujuk Lampiran 3
12:30 tgh hari : Perasmian Penutup
Oleh: YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar
Ahli Parlimen Jerai
Exco DPPP (DACS)
Ketua Penerangan DPPN Kedah
1:30 tgh hari : Bersurai

Sidang Akhbar MB berkaitan isu DAP nak ugut keluar Pakatan Rakyat

Sidang Akhbar Oleh MB
Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 12 November: DAP mengugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat
(PR) sekiranya desakan supaya Kerajaan Negeri Kedah membatalkan dasar
baru yang dikeluarkan mengenai kuota bumiputra yang ditambah menjadi
50 peratus tidak diambil tindakan. Itu terserahlah kepada DAP sendiri.
Kerajaan Negeri Kedah tidak ada hak untuk menahan.

"Kuota bumiputera telah dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus bagi
membolehkan rakyat miskin dapat memilikki rumah sendiri," kata Menteri
Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak ketika mengulas
soalan wartawan mengenai bantahan Rehda terdapat dasar itu yang
mendapat reaksi daripada DAP tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan..

Menurutnya, ini hal dalaman dan tidak munasabah bagi DAP di Selangor
mengeluarkan kenyataan begitu. Sedangkan Kerajaan Pas yang memerintah
Kedah sekarang tidak pernah menyentuh dasar pemerintahan mana-mana
kerajaan PR lain sama ada Selangor, Pulau Pinang, Perak ataupun
Kelantan.

"Sedangkan sekarang ini antara Kerajaan Negeri dengan Persatuan Pemaju
Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak timbul apa-apa masalah
lagi. Kita tidak mahu surat khabar memberi laporan yang bercanggah
dengan kenyataan sebenar,

"Wakil Rehda datang berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri YB Taulan dan
YB Dato' Fakhrolrazi untuk berbincang. Sekarang tidak ada sebarang
masalah. Mereka setuju dengan dasar itu. Sekiranya kuota Bumiputra
tidak habis dijual kita ada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
yang akan membelinya kerana kita tidak mahu ada sesiapapun yang rugi,
katanya.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan berpejabat
di Wisma Darul Aman sebanyak 42,386 pemohon rumah kos rendah yang
mendaftarkan untuk memilikki rumah dari tahun 1996 hingga 15 Oktober
2008. Dari angka itu 18,789 sudah berjaya memilikki rumah dan bakinya
sebanyak 13,597 dalam senarai menunggu.

Kenyataan Media Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC)



KELAB PENYOKONG HIJAUKUNING (0163052)


HKC KECEWA SANDIWARA OTHMAN AZIZ

Merujuk kepada tindakan bekas Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz menarik kembali perletakkan jawatannya, pihak Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) menganggap ia sebagai satu sandiwara yang cukup memualkan.

HKC hairan dengan pengumuman Datuk Othman Aziz kerana HKC difahamkan kontrak Datuk Othman Aziz sudah pun tamat setelah tamat pertandingan yang melibatkan pasukan Kedah dan bukannya sehingga 2009 seperti yang didakwa.

Justeru bagaimana Datuk Othman Aziz boleh mendakwa dirinya meletak jawatan dari menjadi Pengurus pasukan Kedah dan kemudiannya menarik balik perletakkan jawatannya? Sudah pasti Datuk Othman Aziz mempunyai agenda yang tersirat.

HKC berharap pihak pihak yang berkaitan dapat memberi penjelasan tentang isu ini.

HKC juga meminta Datuk Othman Aziz supaya berhenti memporak perandakan ‘the winning team’ untuk kepentingan peribadi agar kejuaraan yang dikecapi dapat dikekalkan.

Berkenaan isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam KFA, HKC berharap satu siasatan yang telus dan adil dapat dilaksankan bagi menjamin kesinambungan kejayaan yang telah dicapai.

SOKONGAN KAMI BUKAN SEKADAR KETIKA MENANG, SOKONGAN KAMI SEPANJANG ZAMAN

Romzie Hasan Hussin
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC).

Kontroversi kuota rumah di Kedah selesai - Lim Kit Siang

Nov 14, 08 6:02pm - malaysiakini

Kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera di Kedah telah selesai, kata pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

"Saya telah membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen semalam dan saya difahamkan bahawa tiada perubahan dalam peratusan kuota perumahan di negeri itu.

"Diharapkan, perkara ini boleh diperjelas dan diselesaikan tanpa memanjangkan lagi kontroversi tersebut" tambahnya dalam satu kenyataan.

Lim juga berkata beliau bersedia untuk menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Alor Star berhubung perkara itu.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat di kedah telah meningkatkan kuota tersebut dari 30 peratus kepada 50 peratus, berkuatkuasa 1 September lalu bagi projek perumahan baru di negeri itu.

Azizan dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan meminta syarikat-syarikat kaitan kerajaan supaya membina rumah yang mampu dibeli rakyat Kedah, sekiranya pemaju swasta tidak bersedia berbuat demikian.

Kontroversi kuota rumah di Kedah selesai - Lim Kit Siang

Nov 14, 08 6:02pm - malaysiakini

Kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera di Kedah telah selesai, kata pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

"Saya telah membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen semalam dan saya difahamkan bahawa tiada perubahan dalam peratusan kuota perumahan di negeri itu.

"Diharapkan, perkara ini boleh diperjelas dan diselesaikan tanpa memanjangkan lagi kontroversi tersebut" tambahnya dalam satu kenyataan.

Lim juga berkata beliau bersedia untuk menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Alor Star berhubung perkara itu.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat di kedah telah meningkatkan kuota tersebut dari 30 peratus kepada 50 peratus, berkuatkuasa 1 September lalu bagi projek perumahan baru di negeri itu.

Azizan dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan meminta syarikat-syarikat kaitan kerajaan supaya membina rumah yang mampu dibeli rakyat Kedah, sekiranya pemaju swasta tidak bersedia berbuat demikian.

Biadabnya Jamaluddin Jarjis - Ala Samseng

Oleh Pahangdaily

KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.

Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.
Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.
Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.
[Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan resputasi JJ yang khabarnya sedang menginta untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-jati dengan kelibat dan gerakan "grass root" yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam "kegelapan" kerana ditadbir oleh kaki "raba punggung" dan "kaki skandal seks" seperti beliau itu].
BONGKAR !! JASA PILIHANRAYA, ADNAN YAAKOB HADIAH TANAH KEPADA TAN SRI RASHIT (PENGERUSI SPR). TUNGGU LAPORANNYA DI PAHANG DAILY MULAI ESOK !!

KAMI AKAN MENDEDAHKAN SATU BERITA YANG PASTI MENGEJUTKAN IAITU MENTERI BESAR PAHANG, ADNAN YAAKOB DIPERCAYAI TELAH MENGHADIAHKAN DUA BIDANG TANAH SELUAS 400 EKAR KEPADA PENGERUSI SPR, TAN SRI RASHIT ATAS JASA BELIAU MEMASTIKAN KEMENANGN BESAR BARISAN NASIONAL PAHANG DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-12 YANG LALU. MENGAPAKAH INI TERJADI? DAN APAKAH YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TAN SRI RASHIT SEHINGGA MB PAHANG ITU SANGGUP MEMBERI 400 EKAR TANAH TERSEBUT KEPADA BELIAU. SEGALA BUKTI-BUKTI KUKUH TELAH KAMI PEROLEHI, NAMUN KAMI SEDANG MENGUMPUL BEBERAPA BUKTI LAGI UNTUK PENDEDAHAN INI. TERBUKTI SEKARANG SPR MEMANG RASUAH DAN PATUTLAH BN PAHANG MENANG BESAR BIAR PUN TSUNAMI POLITIK MELANDA DI SELURUH NEGARA. ADA PAKATAN RUPANYA MB PAHANG DENGAN PIHAK SPR !!
http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/isu-pahang-gempar-jamaluddin-jarjis.html

Khamis, 13 November 2008

TAHNIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG UPSR

Alor Star

Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan hari ini. Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan dalam semua peperiksaan seterusnya. DPNK juga mengahrapkan agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi mesti juga cemerlang dalam dalam akhlak dan mempunyai keperibadian yang mulia.

IHTIFAL SRIDU KE 20 MERIAH

Alor Star, 13 Oktober

Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) kali ke 20 berlangsung dengan meriah. antara program yang diatur ialah Ceramah Perdana pada 12 Nov bertempat di Dataran SRIDU . Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Ust. Musoddak Hj Ahmad, Ketua Pemuda Pas Kedah dan Ust. Mohamad Fauze Husin, Pengerusi SRIDU.

Dato' Dr Harun Din dalam ceramah beliau menekankan tentang pentingnya pendidikan Islam kepada anak-anak . Pendidikan Islam yang sempurna akan membentuk satu generasi yang baik yang bakal memimpin masyarakat.

Sementara Majlis penyampaian anugerah cemerlang telah diadakan pada pagi tadi, 13 Nov di Dewan SRIDU. Majlis telah diserikan dengan kehadiran To' Puan Hajjah Faekah Sheikh Hamzah , pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat (PIKAT) yang juga Isteri Menteri Besar Kedah yang turut merasmikan majlis tersebut. dalam Ucapan beliau telah menyentuh tentang peranan yang telah dimainkan oleh SRIDU dalam mendidik pelajar-pelajar kearah pendidikan Islam yang sempurna.Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan SRIDU mengharungi mehnah dan tribulasi selama 20 tahun sejak penubuhan dan berjaya hingga ke hari ini. Beliau juga merupakan antara waris yang
pernah menhantar anak beliau di SRIDU.

Antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Ust Mohd Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK yang turut menyampaikan ucapan sebagai wakil DPPNK, Ust Ahmad Lazim, Pengerusi Jamaah Guru dan Waris SRIDU, Hajjah Zakiah Baharum ,Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri, wakil PKNK , penghulu mukim sekitar Kuala Kedah.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar terdiri dari kumpulan nasyid Al kauthar dan sajak.

hadiah-hadiah kepada pelajar cemerlang juga turut disampaikan oleh To' Puan Hajjah Faekah. Para jemputan , waris dan orang ramai yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan tengahari oleh pihak sekolah.

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN KUALA KEDAH 2008

DI KOMPLEKS PAS KEDAH,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah telah melangsungkan Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Kuala Kedah pada 13 Nov di Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah. Majlis yang bermula jam 3.00 petang telah dihadiri oleh ratus pelajar dan waris pelajar PASTI dari kawasan Kuala Kedah.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Ust Ahmad Izzat Shauki, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang juga ADUN Bukit Lada.

Selasa, 11 November 2008

Azizi Menulis - Plastik, Sampah dan Kerajaan Tempatan

Kedah memiliki keluasan 9,426 Km persegi dengan rakyatnya kini 1,778.188 juta (1.8 juta tahun 2003). Kepadatan penduduk dikatakan 188.7/Km persegi.

Majoriti dari 1.7 juta inilah yang membentuk kerajaan baru walaupun tidak semua Dewan Undangan Negeri dapat ditawan.

Apapun apabila kerajaan baru terbentuk, ia adalah hasil dari penentuan rakyat, dengan ertikata lain, rakyatlah yang mahukan perubahan. Yang demikian kerajaan baru mestilah bersedia menghadapi perubahan yang dikehendaki rakyat.

Alhamdulillah sejak 8 Mac yang lalu hingga kini, lebih dari 200 hari, Kedah nampaknya berjalan lancar di bawah Menteri Besarnya, Dato'' Seri Azizan Abdul Razak.

Di antara fotfolio sesebuah kerajaan yang menjadi tumpuan rakyat ialah fotfolio Kerajaan Tempatan, di bawah tanggungjawab Exco Kerajaan Tempatan. Ia sebagai satu padang terserlah dilihat oleh rakyat dan dianggap penting memainkan peranannya. Oleh kerana itu fotfolio ini sangat penting di samping fotfolio lain juga penting.

Tetapi bagi sekelian rakyat Kedah seramai 1,778.188 juta, Kerajaan Tempatan yang ada di hadapan merekalah, yang tertayang jelas di hadapan mata mereka, sehingga seorang siak masjid atau seorang penebas rumput atau seorang pengangkut sampah menganggap Kerajaan Tempatan rumah keluar masuk mereka.
Oleh yang demikian pihak Kerajaan Tempatan haruslah bersedia menerima pandangan dan teguran jika sekiranya di antara rakyat Kedah yang menegur atau melahirkan tidak puas hati. Ia bolehlah diumpama ribuan penonton bola sepak di Stadium Darul Aman melihat gelagat seorang pemain harapan di sayap kanan.

Memang semua tidak boleh memenuhi semua kehendak tetapi yang satu juga haruslah berusaha sedaya upaya.

Saya yang berkata begini ialah, salah satu imej sesebuah negeri yang diperhatikan oleh rakyat dan orang luar ialah alam sekitarnya. Ia diumpamakan seorang perempuan yang cantik, intelektual, yang menjadi rebutan ramai lelaki. Tetapi kecantikan dan intelektualnya tidak memberi makna juga imej yang dilakukannya tidak menarik ramai lelaki. Maka sangat tidak elok jika ia memakai bedak Siam harga RM3, atau memakai selipar atau menampakkan betisnya yang penuh dengan kuping kudis.

Rakyat Kedah di kampung-kampung, di hulu-hulu, di tepi bukit dan di kaki gunung kebanyakannya berpindah menduduki perkampungan yang dirancang, di taman-taman malah sampai di pinggir bandar. Manakala rakyat bandar yang bangun setiap hari akan melihat apa yang ada di sekitar mereka.

Bagaimana kalau setiap hari kawasan perumahan mereka, di tepi parit dan di tepi longkang, kedapatan sampah-sampah berselerak? Bagaimana kalau di tempat-tempat pembuangan sampai, berlungguk-lungguk sampah yang termuntah dari tong, yang tidak diangkut? Bagaimana dengan sungutan lalat dan ulat?

Saya sangat memahami ini. Ia bukan kehendak Kerajaan Tempatan dan siapa pun tidak mahu berlaku begitu. Saya juga memahami Kerajaan Tempatan telah berusaha dan menunaikan tanggungjawabnya. Bagaimanapun di atas sifat tidak sempurna dan jutaan mata rakyat menumpu ke satu fotfolio yang ada di hadapan mereka, yang kawasan-kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, maka kelemahan itu walaupun disebabkan oleh pihak lain, maka Kerajaan Tempatanlah yang menerima balun tibainya.

Inilah yang harus diatasi oleh Kerajaan tempatan. Tentulah ada caranya, setidak-tidak menyusun dan memperkemas mereka yang ada unsur-unsur sabotaj apabila bertukar pemerintahan baru. Berunding dengan pihak swasta yang berhemoi-hemoi menangkap kontrak atau menyuntik peruntukan yang cukup kepada kontraktor.

Saya amat serius melihat hal ini kerana benda busuk dan semak sampah adalah benda-benda yang ada di depan mata setiap rakyat. Ia lain sekali dengan hendak tebang sepuluh batang balak atau korek pasir sungai atau kumpulan bola sepak yang komplen tentang bonus.

Sampah yang kotor mudah membawa penyakit. Di dalam sampah-sampah itu di antaranya sampah bekas plastik dan beg-beg plastik. Ini juga mendatangkan bahaya kepada rakyat yang tinggal berdekatan. Bayangkan jika lima daerah bermasalah dengan lunggukan sampah, lima daerah jugalah yang mungkin dihinggap penyakit.

Memang sampah memberi masalah tetapi haruslah diingat masalah itu dicipta oleh manusia itu sendiri. Di Lembah Klang dianggap 50,000,000 beg plastik dibuang dalam tempuh sebulan. Sumbernya ialah dari pembelian di kedai runcit. Pengguna plastik mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan.

Bahan berbahaya ini sepatutnya difikir oleh semua pengguna dan Kerajaan Tempatan seharusnya membuat kempen berterusan tentang baha plastik ini

Untuk menyebut berbahayanya plastik secara menyeluruh, bukan tempatnya di sini. Tetapi mungkin orang ramai agak terkejut jika diberitahu kira-kira 90% plastik digunakan sebagai pembungkus yang dinamakan Polietilena Densiti Rendah. Manakala Polietilena Tinggi terdiri dari botol, crate, tudung dan penutup botol dan lain-lain mengikut istilah plastik itu sendiri.
Yang berlambak-lambak di tempat sampah, yang bertaburan di setengah-tengah taman, yang termuntah dari tong yang sering padat, yang dilangau lalat apabila tiga empat hari tidak diangkut, kebanyakannya terdiri dari plastik. Di situlah ada bekas majerin, bungkus makanan rangup, pembalut cokelat. Di situlah adanya bekas dadih, plastik mengisi telur, penutup makanan. Di situ juga ada dulang makanan pek untuk kek dan sandwic, botol minyak masak, botol air mineral dan lain-lain.

Berbahayanya sampah dan plastik-plastik yang dilontar ke sana nampaknya tidak ditunai tanggung jawab oleh mereka yang diupah, diamanah atau dikontrak. Yang sangat gembira apabila sampah tidak dipeduli, hanyalah anjing kurap yang datang waktu malam mencakar dan memunggah segala bungkusan.

Oleh yang demikian, dengan peringatan ini pihak Majlis Kerajaan Tempatan harus lebih berfungsi, prihatin dan bertanggung jawab, kerana sampah, baik dari plastik atau hampas buangan biasa adalah objek-objek utama yang dilihat oleh rakyat.

Jika kebersihan itu dikatakan separuh dari iman, maka apakah imej iman rakyat Kedah jika di setiap daerah dan tempat kelihatan berselekeh sampah-sampah, sama ada plastik atau sisa terbuang?

Wallahu aklam.

MASAYARAKAT SIAM AKAN TERUS DAPAT PEMBELAAN

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR


ALOR STAR, 10 November: Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak diminta menyelesaikan masalah masyarakat Siam di negeri ini yang menghadapi masalah dalam mendapatkan sijil Siam iaitu Sijil Pertanian.




Presiden Persatuan Siam Malaysia, YB. Senator Siw Chun a/p Eam berkata, masyarakat Siam menghadapi masalah untuk mendapatkan sijil berkenaan di mana mereka hendak memiliki tanah nenek moyang mereka.

“Kita tidak menghadapi masalah sekiranya tanah yang dimiliki orang Siam dijual kepada orang Melayu tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah apabila orang Melayu hendak jual tanah itu kembali kepada orang Siam,” jelasnya.


Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan khas antara Menteri Besar dengan pemimpin-pemimpin Siam dalam negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.


Menurutnya, beliau berharap Kerajaan Negeri Kedah dapat memperjuangkan nasib minoriti masyarakat Siam di negeri ini.


“Kita juga berharap agar Menteri Besar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Siam dan kerja sama yang diberikan itu diharap dapat menjalinkan hubungan yang erat antara Kerajaan Negeri Kedah dengan masyarakat Siam,” katanya.


Ujarnya, di Daerah Kubang Pasu, terdapat sebanyak lapan buah kampung didiami seramai 4,300 masyarakat Siam manakala Daerah Kuala Muda sebanyak lima buah kampung (1,650 masyarakat Siam), Daerah Padang Terap sebanyak 11 buah kampung (5,670 masyarakat Siam), Daerah Baling sebanyak tujuh buah kampung (2,625 masyarakat Siam), Daerah Pendang sebanyak 12 buah kampung (6,875 masyarakat Siam) dan Daerah Sik sebanyak 10 kampung (4,462 masyarakat Siam).


Tambahnya, terdapat sebanyak 11 Wat Siam di Daerah Pendang; tiga Wat Siam di Daerah Kota Star, enam Wat Siam di Daerah Kubang Pasu, empat Wat Siam di Daerah Kuala Muda, tujuh Wat Siam di Daerah Baling, enam Wat Siam di Daerah Padang Terap dan tujuh Wat Siam di Daerah Sik.


Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Siam di negeri ini.

“Berilah sedikit masa kepada saya untuk berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab agar masalah yang berbangkit itu dapat diselesaikan segera,” ujarnya

MInda Editor - Polisi Baru perumahan bukan isu perkauman

WARTADARULAMAN DAILY

Tuesday, November 11, 2008

TEMPAT BERTEDUH adalah merupakan keperluan asasi setiap manusia. Menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah untuk mempastikan setiap rakyat memiliki rumah sebagai tempat berteduh.

Malangnya, masih terdapat ramai rakyat negeri ini yang tidak dapat memiliki rumah sendiri, terutamanya kaum Bumiputera. Antaranya disebabkan oleh polisi kuota perumahan yang diwujudkan sebelum ini, memperuntukkan 30 peratus sebagai kuota yang wajib disediakan oleh pihak pemaju untuk Bumiputera. Alasannya Bumiputera tidak mampu memilikinya, walhal setiap kali iklan rumah dikeluarkan semua tempahan (sekalipun untuk kuota Bumiputera) sudah 'habis' ditempah jika rumah tersebut dari kategori sederhana.

Dalam satu situasi yang lain pihak pemaju terlalu ghairah membina rumah kos mewah atau rumah yang terlalu mahal harganya sehinggakan golongan terbesar yang amat memerlukan rumah tidak mampu membelinya.

Polisi kuota perumahan yang mewajibkan 50 peratus rumah untuk jualan kepada Bumiputera di atas tanah Rizab Melayu yang ditukar ganti/status (swapping) adalah merupakan suatu langkah rasional kerajaan supaya pihak pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial untuk turut membina rumah yang mampu dimiliki oleh golongan terbanyak yang memerlukan rumah. Lebih-lebih lagi di atas tanah yang asalnya adalah Tanah Rizab Melayu.

Untuk jangkamasa panjang, demografi penempatan yang meletakkan masyarakat Cina di taman perumahan atau di bandar sahaja dan Melayu terpinggir di luar bandar; akan dapat dihapuskan. Dalam ertikata lain, polarisasi kaum dapat diredakan.

Polisi kuota 50 peratus perumahan untuk Bumiputera bukan isu perkauman, tetapi sebagai suatu usaha melenyapkan isu perkauman untuk jangka masa panjang apabila masyarakat dari pelbagai kaum dapat bersama dalam satu lokasi dan komuniti yang sama.

Di sebalik apa-apa polisi pun yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kerajaan sentiasa memahami masalah lain yang timbul. Begitu juga dalam isu perumahan ini. Jika terdapat pihak yang membantahnya, maka tiada sebab bagi kerajaan untuk tidak mahu mendengar pandangan mereka.

YAB Menteri Besar memberi jaminan bahawa pelaksanaan polisi kerajaan sekali-kali tidak akan menganiayai mana-mana pihak. Kerajaan bersikap terbuka.

Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000

Roy Rasul
Tue | Nov 11, 08 | 3:55:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini.

Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.

Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.

Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.

Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000.

Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.

Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400.

"Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya. - mks. _

PJ Perlis angkat sumpah sebagai Adun Sanglang

Bashir Ishak
Tue | Nov 11, 08 | 3:21:07 pm MYT

KANGAR, 11 Nov (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) secara rasminya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepas majlis mengangkat sumpah pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Pertama Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis (DUN) Yang Kedua Belas pagi tadi.

Majlis tersebut diadakan di hadapan Speaker DUN Perlis, Dato' Yazid Mat selepas permahsyuran dewan oleh beliau kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ustaz Hashim sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang, bagaimanapun berlaku kesilapan di mana calon Barisan Nasional, Abdullah Hassan yang diisytiharkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun Ustaz Hashim telah mengemukakan petisyen dan pada 18 Jun Mahkamah Pilihanraya memutuskan kerusi Dun Sanglang dikosongkan.

Bagaimanapun, Ustaz Hashim tidak diisytiharkan sebagai pemenang.

Ustaz Hashim sekali lagi memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan diisytiharkan sebagai Adun Sanglang yang sah pada 16 September lalu.

Ini adalah penggal ketiga Ustaz Hashim menjadi Adun Sanglang sejak tahun 1999. PAS Perlis mempunyai seorang lagi wakil iaitu Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan. - mks.

Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong

Muhammad Yusri Amin
Tue | Nov 11, 08 | 9:03:30 pm MYT

TUMPAT, 11 Nov (Hrkh) - Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.


Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika bercakap kepada pemberita berharap hubungan antara Thailand dan Malaysia dapat dipertingkatkan lagi.Image

"Saya harap kami di sini mengambil tanggungjawab di pihak Kelantan, manakala Raja Thai melaksanakan tanggungjawabnya. Dua tanggungjawab itu menjadi bertambah baik," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat keturunan Siam yang tinggal di Kelantan sama seperti kaum lain yang perlu diberi perhatian kerajaan negeri.

"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.

"Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed yang sepatutnya hadir sebagai mewakili kerajaan Persekutuan hanya diwakili Setiausaha Politiknya, Dr Azmi Stapa.

Dr Azmi ketika ditemui berkata, kedatangan Menteri Besar menambah meriah lagi majlis tersebut bagi merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.

Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum. - mj _

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

Tazkirah Kiriman Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Samatelah lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah

Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.


Caranya:
-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.

-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA

-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA.


Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.



Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.


Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.


Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.




Firman Allah SWT
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)


Caranya:-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang


-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka.

-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.


-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat.

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.

-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah.


-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.


Penulis adalah AJK PAS Pusat

Isnin, 10 November 2008

Madrasah Yayasan Al Khariah, Kupang mohon bantuan orang ramai

Mohd Sabri Said
Mon | Nov 10, 08 | 4:18:40 pm MYT

KUPANG, KEDAH, 10 Nov (Hrkh) - Untuk meneruskan matlamat pengasas Madrasah Al-Khariah, Kampung Pisang, Kupang, Tuan Guru Haji Yahya Toha pada tahun 1938 bukan mudah seperti yang disangkakan.

Sebaliknya sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khariah terpaksa mengharungi onak duri atau ranjau sepanjang zaman sehinggalah kini terutamanya melalui zaman getir apabila Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengiystiharkan penarikan balik bantuan perkapita terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dianggap menjadi sarang ektrimis Islam.

Pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Haji Othman Haji Yahya Toha ketika ditemu bual Harakahdaily baru-baru ini tidak menafikan melalui zaman sukar di awal era melinium tetapi atas kesungguhan Lembaga Pengarah serta aktivis yang bersama-sama bertanggungjawab menegakan sistem perdidikan berteraskan Islam maka ia dapat di atasi dengan sempurna.

Untuk mengekang usaha memusnahkan haluan SAR, sekolah ini mampu melebarkan fungsi yang ada apabila berjaya mengorak langkah setapak lagi ekoran pembangunan sebuah bangunan yang dilengkapi masjid, dewan seminar, dewan terbuka, dewan makan, pusat Tahfiz dan 13 buah bilik untuk kemudahan musafir dengan kos RM2.5 juta.

"Insya Allah pada bulan Mei tahun depan (2009) bangunan baru yang menempatkan masjid, dewan seminar, dewan terbuka, pusat tahfiz dan bilik untuk kemudahan musafir akan siap sepenuhnya.

"Sekarang ini baru 60 peratus kerja-kerja dilaksanakan dengan perbelanjaan hampir RM1.2 juta, " ujarnya yang nyata berjaya membaiki kedudukan sekolah daripada dicengkam Bantuan Kementerian Pendidikan.

Sekolah yang diterokai dengan pengajian secara halaqah atau sistem pondok kini boleh dianggap berjaya menjadi satu-satunya SAR di negeri Kedah dapat membina komplek untuk pelbagai kegunaan.

Cuma pada tahun 1952 baru cara persekolahan diperkenalkan iaitu pelajar akan masuk seperti sekolah biasa cuma pengajianya dalam bahasa Arab manakala pelajar secara halaqah diteruskan selepas Zohor, Asar atau Magrib.

Pada tahun 1970 ditambah pula pelajaran akademik untuk memudahkan pelajar mengimbangkan dengan pelajar yang mengambil peperiksaan LCE ketika itu.

"Sekarang ini pelajar akademik terus diajar di sini di samping pelajaran Arab," katanya yang mengambil alih pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 1976 setelah beberapa tahun dikelolakan oleh menantu dan pelajar lama Tuan Guru Yahya Toha.

Fokus utama sekolah ini adalah Arab cuma tambahan akademik disebabkan keperluan masa kini untuk seseorang itu mendapatkan pekerjaan.

Memandangkan kewujudan sekolah ini bukan berdasarkan keuntungan sebaliknya bagi mengembangkan syariah Islam, maka pihak lembaga tidak sekali-kali menerima pendekatan menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan.

Bila tiada penyerahan pastinya anak cucu pengasas dapat meneruskan usaha murni penubuhan demi menyelamatkan Islam daripada ditindas atau dipergunakan untuk menyekat kebangkitan gerakan Islam.

"Walaupun kami tidak terlibat dengan penyerahan kepada Kementerian Pendidikan namun kami dapat bertahan dengan baik hasil sokongan orang ramai," jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai bekas pelajar di sini Ustaz Othman memberitahu, antaranya bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Profesor Zawawi Haji Ahmad, bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Marzuki Haji Mahmud, bekas penceramah Tabung Haji, Ustaz Daud Che Ngah dan sebagainya.

Melihatkan perkara ini, pihak lembaga tadbir cepat-cepat mencari jalan merancakkan kembali keyakinan masyarakat Islam terhadap pendidikan Islam dengan mengetengahkan ideal pembangunan demi keperluan semasa.

Ustaz Othman yakin adanya masjid, ruang mesyuarat, bilik seminar, pengajian Tahfiz serta bilik musafir memberi infak berguna pada masyarakat sekeliling atau sesiapa sahaja yang hendak menggunakan kelengkapan itu.

Bagi menjayakan pembangunan komplek milik Yayasan Khariah pihak lembaga tadbir memerlukan sumbangan orang ramai sama ada kewangan ataupun barangan pembinaan.

Untuk tujuan itu mereka boleh menghubungi di talian 04-4766934 atau teus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Baling 02048010003180. - mns_

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM, Gambar Oleh : ADI MADILAH



KULIM, 5 November: Kedah terus berjaya dalam usaha menarik pelabur luar untuk menanam modal di sini. Terkini perjanjian pajakan antara Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dengan Fuji Electric (M) Sdn Bhd (FEM), subsidiari syarikat yang berpengkalan di Jepun, telah ditandatangani.



Majlis menandatangani perjanjian tersebut diadakan di Pusat Perniagaan KHTP yang disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Pelaburan, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah. KHTP diwakili oleh presidennya, Tuan Haji Muhamad Sobri Osman, manakala FEM diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk K. Katarao.

Sebagai sebuah syarikat antarabangsa, FEM telah bersetuju untuk meluaskan pelaburannya di negeri Kedah dengan menambah tanah perindustrian dan pajakan di KHTP sebanyak 48.05 ekar daripada yang sedia ada, 52 ekar.

Menurut YB Tuan Haji Ir Amiruddun Hamzah, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pelabur luar untuk melabur dalam negeri Kedah. Untuk tujuan itu, kerajaan begitu prihatin dalam keselesaan dan kemudahan yang disediakan kepada para pelabur bagi memastikan mereka terus melabur walaupun dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda negara sekarang.

"Adalah sesuatu yang menggembirakan kepada kita kerana Fuji Electric Malaysia ingin menambah pelaburannya di negeri Kedah, ini menunjukkan perkembangan dan pembangunan yang memberansangkan.

"Untuk makluman semua, bermula Januari hingga Jun 2008, sebanyak RM1.96 bilion pelaburan semula yang diterima, dengan ini banyak peluang pekerjaan dapat disediakan kepada rakyat," jelas beliau.

Menurut Pengarah Urusan FEM, Datuk K. Katarao, tujuan utama FEM berminat untuk menambah pelaburan di negeri Kedah khususnya, Malaysia amnya adalah kerana kestabilan politik, peluang perniagaan yang kukuh serta kemudahan infrastruktur dan pembangunan yang berkesan.

"Disebabkan kestabilan politik dan ekonomi serta peluang perniagaan yang baik menyebabkan Fuji Electric menyambung untuk terus melabur di sini," ujar beliau.

PEMAIN MUDA DITURUN UNTUK SKUAD LIGA SUPER

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR, 6 November: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menurunkan barisan muda dalam skuad Liga Super bagi musim depan.

Setiausaha Kehormat KFA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Keseniaan, Warisan dan Kebudayaan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berkata, pemilihan barisan pemain muda bagi musim depan dilihat sebagai satu formula baru.
"Formula ini adalah gandingan daripada pasukan sedia ada dengan pemain baru yang muda dan pantas agar mereka dapat mempamerkan aksi yang lebih lincah ketika beraksi di padang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain bagi Skuad Liga Super Musim 2009 di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman, di sini.
Menurutnya, pemilihan pemain muda ini dilihat sebagai satu adunan baru dalam pasukan Kedah bagi memantapkan lagi prestasi serta mutu persembahan pasukan dalam mempertahankan kejuaraan Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia bagi dua tahun berturut-turut.
Jelasnya, pemilihan barisan pemain baru bagi musim depan adalah dibuat berdasarkan kepada nasihat daripada pihak pengurusan dan juga jurulatih pasukan Kedah sendiri.
"Walaupun pada musim depan terdapat format baru iaitu tiada lagi pemain import yang akan beraksi, namun kita cukup yakin bahawa gandingan pasukan muda yang diturunkan musim depan bakal mempamerkan aksi yang lebih berkualiti dan memastikan pasukan Kedah berjaya mengukir kecemerlangan berlipat kali ganda lagi," ujarnya.
Dalam pada itu, lapan pemain baru turut hadir bagi menandatangani kontrak bagi Skuad Liga Super musim depan yang membariskan empat pemain baru iaitu bekas pemain Perak, Shahrul Nizam Mustafa,27, bekas pemain pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM),Afif Amiruddin,25, dan dua orang bekas pemain Pulau Pinang iaitu Farizal Rozali,25, dan Azrul Ahmad, 23.
Manakala empat lagi pemain adalah dari Kedah sendiri iaitu, pemain Kedah yang menandatangani semula kontrak dengan Kedah,Rafiz Abu Bakar,27, dan tiga orang pemain baru dari Skuad Piala Presiden iaitu, Fadly Baharom,17, Faizal Abu Bakar, 17, dan Manopsak, 20, yang diserapkan ke dalam pasukan Skuad Liga Super.
"Bagi pemain baru, mereka akan diikat kontrak selama dua tahun, manakala bagi pemain muda dari skuad Piala Presiden mereka akan diikat selama tiga tahun dan bagi pemain lama yang telah tamat kontrak, kita akan adakan kontrak yang baru kepada mereka," jelasnya.
Beliau yakin dengan adanya gandingan pemain lama dan juga baru ini pasukan Kedah mampu mengekalkan aksi yang lebih cemerlang dan mampu mencapai sasaran jaringan yang banyak bagi musim depan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) masih lagi menjadi penaja utama bagi pasukan Kedah bagi musim depan.

MB tidak setuju caj bagasi

oleh SinarHarian

PANTAI TENGAH - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menyokong caj bagasi yang dikenakan oleh pengusaha feri ke atas penumpang.

Katanya, perkara itu tidak diketahui dan akan menunggu laporan penuh daripada Exco berkenaan untuk dibincangkan.

“Kenapa nak bebankan penumpang, kerajaan sudah bagi subsidi. Harga minyak turun, kenapa nak kenakan caj bagasi kalau ada cadangan biarlah beralasan.

“Saya tidak akan setuju dengan sebarang cadangan yang membebankan rakyat, tambang dari Langkawi ke Kuala Kedah RM23 dan Langkawi ke Kuala Perlis RM18, kalau caj bagasi dikenakan, macam mana orang nak datang ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata, caj itu akan membebankan terutama keluarga yang mempunyai ramai anggota dan penduduk Langkawi yang kerap berulang alik ke Kuala Kedah serta Kuala Perlis.

“Kita tidak mahu sebarang cadangan yang boleh menjejaskan pintu masuk Langkawi kerana ini adalah pulau tumpuan pelancong dan kehadiran pelancong berupaya menjana pendapatan negara dan Kedah khususnya,” katanya.

Pada 5 November lalu, akhbar ini melaporkan caj bagasi akan dikenakan sebanyak RM2.50 dan caj bagasi secara timbang bersistem mula diperkenalkan tidak lama lagi oleh syarikat Ferry Line Ventures Sdn. Bhd.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons