Sabtu, 24 April 2010

Kontijen PAS Kedah meneruskan bantuan di Hulu Selangor

Oleh Azman Ahmad

Kontijen PAS Kedah meneruskan sumbangan dalam bentuk gotong royong
memperbaiki rumah penduduk Felda Gedangsa.

Antara sumbangan yang dihulurkan oleh Kontijen PAS Kedah adalah dalam
bentuk bumbung rumah memandangkan rumah tersebut memerlukan bumbung
baru. Manakala kerja-kerja memasang dijalankan secara bergotong
royong.

Tuan rumah yang hanya dikenali sebagai Tiwok melahirkan rasa syukur
dan berterimakasih kepada PAS Kedah. Beliau merasakan kemesraan yang
ditunjukkan oleh petugas-petugas PAS Kedah amat mengagumkan.

YB Senator Yusuf Husin, YB Firdaus Jaafar dan YB Salehuddin Ayob turut
meluangkan masa bersama menjayakan gotong royong ini.

Selasa, 20 April 2010

LIGA BOLASEPAK PIALA MB BAKAL MENJADI ACARA TAHUNAN



ALOR SETAR, 18 April 2010 – Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah anjuran Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah bakal menjadi acara tahunan kerana ia dilihat mampu mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewarnai dunia bola sepak Negeri Kedah suatu hari nanti.
YAB Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan
Kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. ini juga mensasarkan penyertaan belia di setiap daerah dengan lingkungan usia 18 hingga 25 tahun. Pada majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon semalam telah menyaksikan kehadiran semua pemain dari setiap zon dan pada majlis tersebut juga, undian penentuan perlawanan dan penyerahan jersi telah berlangsung. Setiap pasukan dibekalkan dengan bola sepak untuk sesi latihan dan setiap pemain dibekalkan dengan jersi.
YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan YB Dr. Hamdan ketika sesi penyampaian jersi dan bola kepada pengurus pasukan
Kejohanan ini melibatkan 36 pasukan yang mana sebanyak 6 pasukan mewakili 6 zon yang berbeza. Perlawanan pertama akan menyaksikan Zon 1 yang terdiri daripada Dun Kuah, Air Hangat, Ayer Hitam, Kota Siputeh, Jitra dan Bukit Kayu Hitam akan berlangsung pada 24 April 2010 bertempat di Stadium Mini Jitra.
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Piala YAB Menteri Kedah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ini juga turut dihadiri oleh YB Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib Exco Belia Negeri Kedah serta tetamu jemputan iaitu YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan semalam, beliau mengharapkan setiap pasukan akan bersukan dengan penuh semangat muhibbah, setiakawan dan berjaya memupuk semangat silaturrahim sesama pemain. Menurut beliau lagi, kejohanan ini juga memberi dan membuka peluang kepada pemuda luar bandar untuk menunjukkan bakat dan mengetengahkan potensi mereka dalam sukan bola sepak.
“Melihat kepada penganjuran kejohanan ini dan kesungguhan semua pihak termasuk pengurus pasukan, jurulatih dan pemain itu sendiri membuktikan bahawa Negeri Kedah tidak kurang pemain dan kejohanan ini akan menjadi kejohanan yang terbaik.” Ujar YB. Dr. Hamdan dalam ucapan beliau.

Isnin, 19 April 2010

DPP Kulim/ Bandar Baharu dan DPP Padang Serai Bergabung Adakan Demostrasi Bantah APCO- Tahniah

Demontrasi bantahan penglibatan APCO dalam urusan komunikasi Kerajaan Malaysia dan juga penglibatan syarikat Asiasoft dalam urusan sistem komputer dalam PDRM.

1 laporan polis juga telah dibuat di IPPD Kulim dan diketuai oleh Ustaz Mohd. Khairi Mohd. Salleh (bukan Khairy Jamaluddin), Ketua Pemuda PAS Kulim Bandar Bharu dan saudara Abu Tolib Yahaya, Ketua Pemuda PAS Padang Serai.

MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA MB KEDAH

Majlis Pelancaran Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Kedah telah berjaya diadakan semalam di Dewan Seri Mentaloon dengan penuh gemilang. Pelancaran di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak. Kejohanan bolaspeqak ini dianjurkan oleh urusetia Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaab dan warisan Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Ust Musoddak Hj Ahmad sebagai Pengarah dan Ust Mohd Rosli Azmi sebagai Timbalan Pengarah.



Seramai 1000 orang jemputan hadir ke majlis tersebut. Antara yang hadir ialah YB Dr Hamdan Mohamed Khalib,selaku Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah , YB Firdaus Jaafar, YB Dato' Phahrol Razi Hj Zawawi, YB Dato' Taulan Rasul,YB Dr Ismail Salleh, YB Ust Abd Ghani Ahmad, YB Tan Chow Kang, YB JOhari Abdullah,YB Nasir Mustaffa, YB Hj Zuki Yusuf, YB Nasir Zakaria, YB Hj Yahya Abdullah,YB Ust Izzat Shauki, ADUN dan Ahli Parlimen , KFA, Perbadanan Stadium Kedah Darul Aman, serta pemain pasukan bolasepak  dari 36 DUN di negeri Kedah, yang mana setiap DUN hadir bersama 20 orang pemain dan 5 orang pegawai pasukan.

Majlis Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu dari Kelantan yang terdiri daripada YB Hj Abdul Fattah Mahmood, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Insan dan NGO Negeri Kelantan bersama YB Baihaki Atiqullah, YB Abd Latiff Abd Rahman, Pengarah dan  Pegawai Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta peserta dari Akademi Kejurulatihan Kerajaan Negeri Kelantan.

Semua pemain yang mewakili pasukan DUN diraikan dengan majlis makan malam dan majlis cabutan undi serta penyerahan bola dan jersi kepada pasukan DUN.Pada malam itu buat pertama kalinya secara rasmi di pamerkan Piala YAB Menteri Besar Kedah.

Perlawanan pertama akan diadakan di Zon 1 pada 24 April 2010, Sabtu di Stadium Mini Jitra yang melibatkan pasukan dari DUN Kuah, Ayer Hangat, Air HItam, Kota Siputih, Bukit Kayu Hitam dan Jitra.

Ahad, 18 April 2010

KELAB PENYOKONG PAS SABAH LAWAT NEGERI KEDAH

Seramai 13 orang terdiri daripada Kelab Penyokong PAS Sabah telah mengadakan lawatan muhibbah ke negeri Kedah selama 2 hari bermula 16 hingga 18 April 2010. Rombongan di Ketuai oleh Cikgu Hamid Bakar , YDP PAS Kawasan Putatan turut di sertai oleh Ust Zulhazmi Osman, Naib YDP PAS Kawasan Putatan, En. Antakin Andan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sabah, En. Mulitin, Pengerusi PASTI untuk bukan Islam dari Kg. Pasuwang Papar serta 9 lagi anggota rombongan lelaki dan wanita.

Kedatangan mereka ke Kedah telah disambut oleh Ust. Mohd Rosli Azmi, Setiausaha DPPPNK dan Ust Rahimin, Penolong Setiausaha DPPNK. Mereka ditempat rumah tetamu PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kedah telah menyediakan kemudahan yang dan kenderaan sepanjang mereka berada di Kedah.


Antara program yang disusun ialah jamuan makan malam bersama Yb Setiausaha Perhubungan PAS Kedah bersama Dewan Harian DPPNK, Taklimat oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Lawatan ke Muzium Padi dan juga melawat beberapa projek pertanian dan penternakan di Yan. Mereka juga sempat menikmati keenakkan RFC di Shahab Perdana Alor setar.


Mereka yang tiba dengan Air Asia dari Kota Kinabalu  ke Kuala Lumpur kemudian menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.
Rombongan tersebut telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur seterusnya ke Kota Kinabalu pagi tadi dari lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons