Isnin, 12 April 2010

TERIMA KASIH DARI MANGSA RIBUT

gotong royong Dun Kuala Ketil

Ahad, 11 April 2010

KETUA PEMUDA PAS KEDAH BUAT LAPORAN POLIS CAMPUR TANGAN DATO' BASHAH DALAM PENTADBIRAN MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH


Alor Setar,11 April :

Kelmarin  satu lapuran polis telah dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Ahmad Yahya di IPD Alor setar terhadap Dato' Bashah , Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah dengan menghasut imam supaya tidak mengisi borang M4 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah.


Dalam laporan akhbar Sinar Harian, dalam muka surat U5, bertarikh 06 April 2010, Dato' Paduka Ahmad Bashah dengan jelas meminta para imam agar tidak mengisi borang M4 yang telah diedarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi tujuan mengemaskinikan data institusi imam di negeri ini.

Pengedaran borang M4 adalah mengikut arahan yang termaktub dalam Seksyen 63, Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah yang telah mendapat limpah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri Kedah.

Oleh yang demikian, amat jelas bahawa, Dato' Ahmad Bashah dengan sengaja cuba menghasut para imam yang menerima borang M4 untuk mengingkari titah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana beliau mengarahkan agar para imam tidak mengisi borang tersebut.


Secara tidak langsung, Dato' Ahmad Bashah juga telah campur tangan dalam urusan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kedah yang dinaungi oleh KeBawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan.


Sebagai seorang ADUN dan Mantan EXCO untuk beberapa penggal beliau tentu arif bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan yang menaungi MAIK.

Oleh kerana beliau terlalu ingin untuk mengeluarkan diri beliau dari persepsi masyarakat yang menggangap beliau "tidak berapa cerdik" maka beliau mempolitikan banyak isu.

Dalam perhimpunan pagi pada Khamis lepas,Yab Dato' Seri Menteri Besar Kedah menjelaskan dengan panjang lebar "Separation of Powers" dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi Malaysia yang terdiri dari 3 cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif),Perundangan(Legislatif) dan Kehakiman.

Kita ada satu lagi sistem iaitu Sistem Raja Berpelembagaan.

Keempat-empat cabang ini mempunyai bidang kuasa yang berbeza yang mesti ditaati dan dihormati antara satu sama lain.

Samaada diperingakat Negara atau Negeri, Ugama Islam diletak dibawah bidang kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong atau DYMM Tuaku Sultan atau TYT dinegeri-negeri rang tiada Sultan.

Mempertikaikan bidang tugas serta fungsi-fungsinya membawa maksud mempertikaikan DYMM Tuanku Sultan atau dengan bahasa yang lebih senang derhaka kepada Raja.

Ahli Parlimen Padang Terap buat Laporan Polis Pembabitan APCO dengan Kerajaan Malaysia

Tidak cukup dengan dua laporan polis yang dibuat sebelum ini, seorang lagi ahli parlimen pembangkang Nasir Zakaria membuat aduan yang sama terhadap firma perunding APCO dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu Malaysiakini, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.

Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Sebelum ini, dua laporan polis berhubung isu yang sama telah dibuat di Kuala Lumpur oleh ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali dan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin di Kuala Lumpur.

Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam laporannya hari ini, Nasir yang juga ketua penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.

Beliau ditemani beberapa pemimpim parti itu di peringkat PAS kawasan dan PKR cabang di kawasan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas membuat laporan tersebut, Nasir juga memberitahu, mereka telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons