Selasa, 2 Februari 2010

UCAPAN MB KEDAH DI HIMPUNAN WISMA DARUL AMAN BULAN FEB 2010

BAHAGIAN SATU



BAHAGIAN DUA



BAHAGIAN TIGA

Isnin, 1 Februari 2010

XPLORASI AMAL 2010

 


29/01/2010 – Gunung Jerai - Amal Explorasi 2010 adalah merupakan program yang julung-julung kali nya diadakan dan akan dijadikan agenda tahunan Jabatan Amal Negeri Kedah. Program yang berbentuk santai dan ukhwah buat kali pertama ini dihadiri seramai 50 anggota termasuk ALP dan Amal Kawasan sekitar negeri Kedah.
Peserta dilepaskan oleh Ust Rosli Setiausaha DPPN Kedah tepat jam 4 ptg bagi memulakan pendakian ke Peranginan Gunung Jerai. Perjalanan pendakian kali ini tidak sepenuhnya melalui jalan raya tetapi lebih kepada keradah hutan dan sampai di kawasan perkhemahan jam 9 malam.Semua peserta dibekalkan sebotol air bagi digunakan untuk wuduk. Solat asar dan magrib dalam hutan.
Acara pertama pada malam itu ialah Ceramah Motivasi oleh Ust Ahmad Yahya Ketua DPPN Kedah.Beliau yang sampai seawal 6 ptg ditemani oleh isteri dan turut hadir bersama beliau adalah Ust Najhi Hayazi Pengerusi JPP DPPN Kedah.Ust Najhi juga ada menyampaikan ucapan semangat pada malam itu. Setelah selesai ucapan, dan sebelum melabuhkan tirai untuk malam itu, semua peserta berkumpul dan bertaaruf sambil dihidangkan dengan lagu-lagu nasyid dan ayam bakar.
Turut bersama dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat Sdr Johari Osman dan bersama rombongan iaitu Sdr Sufian Ibrahim TKP 1, Sdr Kasim Sabu TKP 4, Sdr Mad Zad Abdullah dan Sdr Abdul Jalil Mustafa.
Acara pagi nya dimulakan dengan Kem Salahudin pada jam 5 pagi dan kemudian berqiamullail seterusnya solat subuh.Selesai solat subuh Ust Khairi Salleh Ketua DPPK Kulim Bdr Baharu menyampaikan Tazkirah Subuh.Amal Cergas pagi itu dipimpin oleh Ust Basri Ketua Jurulatih Jabatan Amal Kedah bersama dibantu oleh Sdr Ibrahim.Sambil menunggu sarapan pagi semua peserta mencuba permainan rakyat.Permainan yang sudah lama tidak dipermainkan (nama nya pun dah tak ingat..).Setelah sarapan semua peserta berintraksi dengan ALP Pusat ,pelbagai persolan dapat diselesaikan.
Acara terakhir hari itu adalah sukan air, bermain sambil berseronok dan tidak ada hadiah yang disediakan. Antara sukan tersebut seperti Water Ball, tarik tali dalam Air dan Speed Boat.
Selepas solat zohor, Ketua Pengarah melepaskan semua peserta berjalan kaki turun ke kaki gunung dan menandakan program sudah tamat,.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons