Rabu, 9 Januari 2008

Pelancaran ARC di Kedah

Posted on Tuesday, January 08 @ 19:31:07 MYT

Menjelang akhir tahun 2007, satu lagi peristiwa penting berlaku di Kedah, iaitu pelancaran Kelab ARC pada 30 Disember 2007 lepas. ARC adalah salah satu kelab untuk golongan remaja yang meminati motosikal dan ingin menabur bakti dengan berbagai program kebajikan . Kelab yang diterajui oleh Presidennya Sdr Mohd Yasier Said, bekas Juara Cub Prix Asia yang bernaung dibawah DACS, selamat dilancarkan di Pendang oleh Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Mohd Hayati Othman.



Lajnah Sukan dan Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Ust Yusuf Awang sebagai penganjur kepada pelancaran Kelab Motor tersebut telah berjaya menarik penyertaan golongan muda.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ust. Musoddak bin Hj Ahmad, Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah. Turut hadir juga wakil Ketua Trafik IPD Pendang, Tuan Hj Fadhil Hj Zahari.

Wakil dari IPD Pendang juga didalam ucapan beliau menasihatkan remaja yang hadir akan pentingnya mengikut peraturan jalanraya agar kita selamat semasa menunggang motosikal. Lesen, menunggang dengan memakai dan mengikat topi kleder serta sentiasa becermat semasa menunggang akan menjamin keselamatan diri dan orang lain. Itu antara nasihat beliau semasa memberi nasihat kepada peserta yang hadhir.


Sementara didalam ucapan perasmian pula, YB Dr Mohd Hayati menasihatkan para remaja agar menjadikan kelab ini sebagai satu cara untuk menghindarkan diri dari gejala sosial yang amat membimbangkan sekarang ini iaitu Mat Rempit.Juga dengan menyertai kelab ini, banyak aktiviti kebajikan dapat disertai oleh ahli-ahli saperti bantuan kepada mangsa banjir di Pahang dan Johor baru-baru ini. Kelab ini juga akan terus bersama DACS dibawah kendalian Sdr Firdaus Jaafar dalam mengendalikan berbagai program keremajaan saperti konsert nasyid, futsal, acara sukan dan kesenian serta lain-lain di peringkat negeri dan kebangsaan.


Majlis juga turut disertai oleh konvoi peserta ARC dari Sungai Petani dan Sungai Lalang serta Kelab motosikal berkuasa tinggi dari Sungai Petani.


Kedah merupakan Negeri yang ke 8 kelab ARC ini dilancarkan. Negeri pertama adalah Trengganu.

Perutusan Hijratul Rasul Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Rizal Tahir
Wed | Jan 09, 08 | 12:38:09 pm MYT

Hijrah biasanya difahami sebagai berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabat r.a dari Mekah Mukarramah ke Madinatul Munawwarah, meninggalkan segala harta benda yang sangat disayangi.

Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.

Antaranya rumah tangga, kebun halaman, kedai-kedai perniagaan, binatang-binatang ternakan dan segala aset hidup, dengan bergadai nyawa melintasi padang pasir pergi ke destinasi baru 'Madinatul Munawwarah' tanpa sebarang cagaran hidup, selain daripada keyakinan untuk menyebarkan Islam serta mendaulatkan sistem hidup berkerajaan.

Kota Madinah pada ketika itu merupakan tempat yang paling sesuai bagi mendaulatkan Islam kerana penduduknya lebih memahami selok belok agama wahyu, sebab mereka biasa menerima maklumat daripada kaum Yahudi tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. melalui Kitab Suci Taurat.

Kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinatul Munawwarah telah menjadi asas dan teras yang paling kukuh dalam mendaulatkan sistem hidup Islam yang syumul (menyeluruh) meliputi perlembagaan, pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu.

Semangat ini tetap menjadi agenda ajaran Islam sehingga ke hari kiamat kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah".

Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip 'ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan.

Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.

Di antaranya ialah mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan sendiri dengan tujuan untuk mencetuskan pengertian bahawa Al-Quranul Karim dan sains perlu bahu membahu.

Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

Dengan ketetapan inilah kita pegang kemas-kemas tali Allah ini walaupun terpaksa mendaki gunung dan menurun lurah dengan berbekalkan doa, semoga anugerah Ilahi ini dikekalkan berterusan, dengan ingatan syarat-syarat makbul doa iaitu:

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)". - (Surah Yunus: 89).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kita melaksanakan kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi munkar. Tanggungjawab tersebut tidak dapat disempurnakan kecuali dengan wujudnya kekuatan, kuasa pemerintahan dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Lantaran inilah telah diriwayatkan bahawa: "Sesungguhnya as-Sultan atau pihak pemerintah itu merupakan bayangan Allah di muka bumi ini".

Lantaran inilah juga terdapat ulama Salafus Soleh seperti al-Fudhail bin 'Iyadh, Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang mengatakan:

"Sekiranya kami memiliki suatu peluang keramat, apabila berdoa terus diperkenankan oleh Allah, pastilah kami akan pergunakan peluang doa keramat tersebut kepada pihak pemerintah dan Sultan sesebuah negeri, supaya Allah menganugerahkan hidayah dan taufiq-Nya".

Ini kerana dengan taufiq dan hidayah kepada raja dan pihak pemerintah, banyak pihak dan pelbagai institusi yang wujud dalam sesebuah negara berkenaan akan menjadi baik dan dipantau dengan rahmat Allah S.W.T.

Aamiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Selasa, 8 Januari 2008

SEMUANYA TERJADI KERANA UMNO

Saturday, January 5, 2008
Ekspidisi Dakwah Pemuda Merbok Harungi Perhimpunan HARAM BODOH!

Perhimpunan haram yang bodoh! Bodoh sungguh orang kita ni, tak dak kerja nak buat. Walaupun tiada sambutan tahun baru yang dianjurkan sama ada oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, sambutan malam tahun baru 2008 tetap berjaya menarik sekitar lapan hingga sepuluh ribu rakyat pelbagai kaum membanjiri Bandar Sungai Petani malam tadi.



Bila tiada sambutan maka tiadalah penganjur, bila tiada penganjur siapa yang nak memohon permit, bila tak ada permit, himpunan itu apa? HARAM!!, tapi polis tak kata JANGAN! maka ramailah yang sanggup bersusah payah datang. Kena dikatakan bodoh, sebab takda apa-apa pertunjukan nyanyian ataupun bunga api. Habis tu mai juga, memang bodoh.
Inilah tarikan dua peristiwa di Malaysia, satu malam merdeka dan dua, malam tahun baru. Tak perlu diumum atau dipanggil orang ramai akan keluar sendiri kerana dah biasa ada keramaian tidak kira bodoh ke tidak.
Dataran yang baru siap dibina sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan itu padat dengan kehadiran dari berbagai lapisan usia dan bangsa.



Kesempatan ini diambil oleh pemuda PAS Merbok untuk mengadakan 'Ekspedisi Dakwah' bagi mengedar risalah sempena tahun baru ini. Walaupun program dirancang secara tergesa-gesa, hampir 20 orang pemuda berjaya merentasi lautan manusia mengedar risalah sebagai salah satu kerja dakwah yang ramai yang ‘malu’ nak lakukannya. Alhamdulillah kehadiran pemuda-pemuda dari beberapa cawangan menyemarakkan semangat semua untuk merebut pahala percuma dikala kebanyakan yang lain termanggu-manggu menanti detik 12 tengah malam. Walau pun dengan kuantiti risalah yang terhad, namun seluruh ruang diteroka untuk menyampaikan mesej parti yang selalu disebut sebut yang tidak mendapat perhatian wajar dari pemerintah iaitu masalah sosial.
Apa yang paling melucukan dan menambah kebodohan mereka yang hadir semalam ialah tiada langsung sambutan dan jam besar yang menjadi tumpuan ‘count down’ menunjukkan waktu yang salah iaitu 15 minit cepat dari waktu sebenar. Menara jam itu pun agaknya melugai dan lemas tengok keburuk orang yang dating ke situ yang akhirnya akan meninggalkan sampah yang bertimbun.
Jam 12.30 malam sebahagian beransur-ansur bergerak ke haluan lain agaknya, hampa dan kecewa kerana terpaksa berjalan kaki jauh dari tempat parking tiba-tiba apa pun tarak! Kesian makcik-makcik yang turut sama diseret ke medan maksiat ini tidak kurang yang sanggup mengusung anak-anak kecil semata-mata nak tengok bunga api!
Namun bagi sekumpulan anak muda yang muka tak malu dengan penuh tanggungjawab mendekati orang ramai untuk mengedar bahan bacaan alternatif yang ada setengahnya menzahirkan reaksi spontan yang sungguh melucukan.

"alamak, gejala sosial, kena atas batang hidung saya abang ni..” ujar seorang ramaja mat rempit.
Bagi yang berpasangan secara haram, nampakla muka rimas mereka dan ada yang tersipu-sipu. Pandai pula pemuda-pemuda kita pilih orang yang nak diberi risalah itu.



Semasa taklimat ringkas sebelum bergerak menghampiri ribuan manusia, semua peserta diingatkan agar tidak merasah marah jika risalah yang dihulurkan tidak mahu diterima. Alhamdulillah masih ada segelintir remaja yang berani menyahut cabaran yang sesetengah orang malu nak lakukannya hingga ada yang begitu teruja hingga turut memberi risalah tersebut kepada anggota polis yang terlibat menjaga keamanan himpunan HARAM itu.
Posted by pmerbok

Macam-macam boleh jadi selagi BN Memerintah

Ajaran Sesat Terkini : Laga Lutut vs Pegang Bahu
Posted on Tuesday, January 08 @ 13:48:50 MYT by greenboc

Artikel Oleh pemudawilayah

"
Kumpulan ajaran sesat Zikir Laga Lutut bakal diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tak lama lagi. kumpulan Zikir ini turut dianggotai tokoh korporat dan orang kenamaan. Kumpulan berkenaan dilabelkan ajaran sesat kerana satu aktiviti ahlinya ialah berzikir yang bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan bersentuhan antara satu sama lain, termasuk lutut.

Mereka berwirid secara berpasangan. Pengikut lelaki dikehendaki duduk secara berlaga lutut dengan pengikut wanita.“Kemudian, tok guru datang dan duduk di tengah-tengah antara mereka sebelum memilih pasangan bagi setiap pengikut lelaki dan wanita. Ketika berwirid, pengikut turut dibenarkan meraba pengikut wanita tanpa halangan bagi membangkitkan keghairahan sebelum tok guru memberikan mereka peluang melakukan hubungan seks bebas. Mereka kemudian dibenarkan melakukan hubungan seks sejurus selesai berwirid.

Tok guru sesat itu akan mengulangi perbuatan sama kepada semua pengikutnya sebelum dia sendiri memilih wanita sesuai untuknya bersetubuh, termasuk isteri pengikut kumpulan terbabit. Bagaimanapun, wanita yang bakal bersama tok guru dimestikan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti berwajah menawan dan memiliki bentuk badan menggiurkan.

Begitulah kisah mereka yang sungguh menghairah mereka-mereka yang bernafsu besar.

Kisah kedua pula tentang satu ajaran baru yang digelarkan sebagai ‘Ajaran kepala lutut’. Pengikut-pengikut ajaran ini dibenarkan melakukan sentuhan sesama lelaki dan perempuan tanpa mengira mahram atau tidak. Walaubagaimana pun, pihak JAKIM ataupun mana-mana Mufti dan Jabatan Agama belum lagi menjatuhkan hukum sesat kepada kumpulan ini kerana belum ada laporan rasmi ahli-ahlinya melakukan seks bebas sebagaimana kumpulan Zikir Laga Lutut.

Walaubagaimana pun terdapat desas desus yang menyatakan bahawa skandal seks turut berlaku, walaubagaimana pun tragedi pengeboman seorang model dari Mongolia telah menakutkan pelapor-pelapor yang enggan tampil kehadapan membuat penyaksian.

Jadi kita tungguhlah tindakan pihak yang berkuasa yang kononnya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah!


Pegang bukan mahram kita apakah budaya kita?



Intim dengan bini orang beginipun bukan budaya kita



Budaya kitakah begini?


Hanya suami yang tiada maruah sahaja membenarkan bininya begini.. Budaya kitakah?




Skandal suami orang bini orang(MP dengan Senator) macam biasa saja dalam umno. Budaya kita atau budaya umno?



"

Isnin, 7 Januari 2008

MEMANG MULUT DIA CELUPAR

Ekoran mulut celupar Pengerusi SPR - Salahuddin cabar Rashid berdebat
Nyza Ayob
Mon | Jan 07, 08 | 3:06:51 pm MYT

PUTRAJAYA, 7 Jan (Hrkh) - "Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Rashid untuk memberi jawapan bagi menyahut cabaran saya ini. Jika dalam tempoh tersebut beliau tidak memberi sebarang respons, saya anggap beliau seorang pengecut. Dan beliau sangat layak menjadi pengerusi parti komunis daripada menjadi Pengerusi SPR kerana meminta parti politik memulaukan pilihan raya!"

Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.

Demikian cabaran yang diutarakan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman sebaik sahaja menyerahkan surat cabaran debat terbuka satu lawan satu kepada Rashid. Surat tersebut diserahkan pada pagi ini dan diterima oleh pembantu khas Rashid, Jamilah Mohamed bertempat di lobi Pejabat SPR, di sini.


Salahuddin diiringi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Setiausahanya, Ahmad Sabki Yusof.

Salahuddin dalam sidang medianya selepas penyerahan surat tersebut, menegaskan cabaran tersebut dibuat ekoran tuduhan yang dilemparkan supaya parti politik memulaukan pilhan raya sekiranya tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya.

"Saya rasakan cabaran tersebut amat berbahaya kepada keselamatan negara di mana tidak sepatutnya sebagai Pengerusi SPR beliau mengeluarkan kenyataan yang sangat berbaur politik yang mana beliau di lihat begitu berpihak kepada Barisan Nasional

"Telah banyak kali beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak menunjukkan integriti beliau sebagai seorang Pengerusi SPR yang sepatutnya bebas dan tidak berpihak," tegasnya.

Salahuddin mempersoalkan apa yang akan berlaku jika semua parti politik khususnya pembangkang jika memulau pilihan raya. Katanya jika parti politik disarankan memulau pilihan raya, di manakah rakyat akan menyalurkan sikap tidak puas hati yang mana harus disalurkan melalui peti undi.

Jelasnya lagi, jika beliau mencabar parti pembangkang tidak menggunakan peti undi, rakyat akan menggunakan jalan yang lain.

Tambahnya lagi, Rashid dalam satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan beliau selesa dengan regim BN yang memerintah negara.

Rashid juga katanya, pernah menyatakan segala peraturan yang ditetapkan SPR hari ini untuk memberi kemenangan kepada parti pemerintah.

Jelas Salahuddin, kenyataan ini juga menggambarkan Rashid bercakap sebagai orang politik dan bukan sebagai pengerusi sebuah badan yang dikatakan bebas.

Sementara itu cabaran yang dibuat Salahuddin hari ini merupakan cabaran ke dua Salahuddin terhadap Rashid selepas mencabar Rashid sebaik sahaja Pilihan raya Dun Batu Talam.

Jelas Salahuddin lagi, tiga syarat yang ditentukan olehnya bagi cabaran debat tersebut. Jelasnya sekiranya Rashid takut untuk berdebat satu lawan satu dengannya di tempat yang terbuka, Rashid boleh datang bersama dua atau tiga orang daripada pasukannya. Begitu juga di pihak Salahuddin yang akan datang bersama pasukannya bagi debat tersebut.

Tambahnya, melalui perdebatan tersebut, rakyat dapat melihat satu perdebatan ilmiah dan membuat penghakiman bahawa pengerusi SPR telah hilang integriti bahawa beliau telah mengeluarkan ucapan yang berat sebelah.

Melalui perdebatan tersebut, Salahuddin juga akan membuktikan segala ucapan yang telah dinyatakan Rashid serta ketidak telusan SPR.

"Jika dengan berpasukan beliau tetap tidak mahu berdebat dengan saya, saya mencabar beliau untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak tahu menahu dan tidak pernah melakukakan sebarang penyelewengan dan ketidak adilan terhadap SPR selama ini

"Jika tidak mahu perdebatan ini hanya satu retorik politik, kita boleh merancang satu perbincangan intelektual" tegas Salahuddin dan mengharapkan Rashid dapat menerima cabaran beliau itu dalam mewujudkan padang permainan yang sama rata. - mr

APA NAK JADI ? ORANG RTM SENDIRI TAK SUKA TONTON SIARAN RTM

93.7 peratus kakitangan Kementerian Penerangan tonton TV3
Posted on Saturday, January 05 @ 21:14:42 EST by reformis

Berita KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) perlu lebih kreatif menerbitkan program menarik memandangkan kakitangan Kementerian Penerangan lebih cenderung beralih ke stesen televisyen dan radio swasta.


Menurut satu kajian Bahagian Penyelidikan kementerian itu mengenai sambutan penontonan televisyen dan pendengar radio di kalangan kakitangan kementerian itu bermula September tahun lepas, TV3 menjadi saluran yang disukai warga kementerian itu.




Sehubungan itu, kajian itu mengesyorkan supaya RTM mengetengahkan pengacara yang berpengetahuan luas dalam sesuatu topik selain berusaha menangani masalah kualiti audio visual dan penerimaan siaran supaya setanding dengan siaran televisyen swasta.

Kajian itu dibuat berdasarkan permintaan pengurusan tertinggi kementerian untuk mengenalpasti sama ada kakitangan kementerian menonton dan mendengar siaran RTM.

Antara lain, kajian itu juga menyarankan supaya RTM meningkatkan promosi rancangannya serta mengkaji semula susunan dan masa rancangan untuk menarik lebih ramai penonton dan pendengar.

Kajian itu berdasarkan 1,101 responden daripada 1,650 borang soal selidik yang diedarkan kepada kakitangan di kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya di Lembah Klang melalui ketua jabatan atau bahagian masing-masing, yang lengkap diproses untuk kajian ini.

Kajian itu menunjukkan Hot FM saluran radio yang paling disukai untuk didengar oleh warga kementerian itu.

Hasil kajian itu mendapati sebanyak 93.7 peratus kakitangan kementerian menonton TV3, diikuti RTM 1 (79.5 peratus), RTM 2 (68.3), TV9 (56.9), NTV7 (47.1), 8TV (40.1) dan Astro (37.2).

Jumlah penonton TV3 membabitkan 1,032 orang, RTM 1 (875), RTM 2 (752),TV9 (627), NTV7 (519), 8TV (442) dan Astro (410).

Bagi TV swasta pula, 43.2 peratus warga kementerian paling gemar menonton drama, dokumentari (42.1 peratus), berita (40.5 peratus) dan hiburan (24.3 peratus).

Bagaimanapun sebanyak 115 orang atau 10.4 peratus daripada 1,101 orang tidak menonton televisyen RTM kerana alasan rancangannya kurang menarik (47.8 peratus), audio visual yang malap dan hambar (27 peratus), pendekatan tidak menarik (12 peratus), pengacara tiada tarikan (11.3 peratus).

Sebanyak 7.8 peratus mengatakan pengacara kurang menarik, tidak ada banyak pilihan siaran (4.3 peratus), siaran tidak jelas (4.3 peratus) dan maklumat tidak lengkap (2.6 peratus).

Sementara itu dalam siaran radio pula, sebanyak 56.9 peratus mendengar ERA FM, Hot FM (49.3 peratus), Klasik Nasional (45.1), KLfm (39.8), Sinar FM (36.8), dan Muzik FM (32.2), manakala jumlah pendengar radio lain adalah kurang daripada 30 peratus.

Jumlah pendengar ERA FM ialah sebanyak 627 orang, Hot FM (548), Klasik Nasional (497), KLfm (438), Sinar FM (404), Muzik FM (354).

Responden juga mencadangkan kandungan program ditambah nilai selain meningkatkan kualiti pembaca berita dan penampilan pengacara, bijak berinteraksi dengan pendengar, memasang set TV dan radio di setiap jabatan serta mempastikan siaran RTM sahaja ditonton.

Kajian itu diedarkan kepada kakitangan kementerian, RTM, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Filem Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

WAWANCARA KETUA PEMUDA PUAT DENGAN MINGGUAN MALAYSIA

WAWANCARA KETUA PEMUDA PUSAT DENGAN MINGGUAN MALAYSIA

Pengerusi SPR sangat berbahaya kepada keselamatan negara
Posted on Sunday, January 06 @ 10:32:49 EST by reformis



MINGGUAN MALAYSIA: Apakah reaksi saudara sebagai Ketua Pemuda Pas terhadap cabaran Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Rashid supaya pembangkang jangan menyertai pilihan raya kalau tidak yakin ia telus?


SALAHUDDIN AYUB: Saya merasakan cabaran yang dilemparkan oleh Pengerusi SPR sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Sebagai Pengerusi SPR, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Kalau boleh biarlah saya mengibaratkan pilihan raya seperti satu pertandingan bola sepak di mana pasukan tuan rumah berlawan dengan pasukan dari luar.

Pengerusi SPR peranannya sebagai pengadil yang mesti kelihatan adil dan bijaksana. Apa akan jadi kalau dengan tiba-tiba pengadil ini mengatakan kepada pihak yang menentang tuan rumah supaya jangan berlawan? Saya ingin bertanya, bijaksanakah seorang Pengerusi SPR memberikan cabaran tersebut?





Apakah yang Pas mahukan daripada pilihan raya di negara ini?


SALAHUDDIN: Apa yang Pas mahu ialah permainan bola sepak yang adil di padang yang sama rata. Inilah yang Pas harapkan. Mewujudkan pilihan raya yang adil dalam negara kita adalah menjadi tuntutan kita semua.

Jadi saya sangat kesal dengan kenyataan SPR itu dan bagi saya SPR tidak memerlukan pengerusi seperti itu yang banyak kali mengeluarkan kenyataan yang menampakkan beliau berat sebelah dan menyokong Barisan Nasional. Itu kerja orang politik dan bukan kerja Pengerusi SPR.

Jadi, Pas tidak akan memulaukan atau terfikir untuk memulaukan pilihan raya kali ini?


SALAHUDDIN: Setakat hari ini Pas masih mempunyai komitmen menyertai pilihan raya walaupun Pas faham padang permainan itu masih tidak sama rata. Tetapi kita tidak ada pilihan lain untuk menjunjung demokrasi. Saya mengambil contoh kalaulah ada SPR swasta atau pilihan raya swasta, Pas pilih swasta. Seperti rakyat boleh memilih hospital swasta. Tetapi dalam negara kita inilah satu-satunya sistem yang ada.

Sebab itu Pas begitu komited untuk bersama-sama dengan sistem ini. Pas telah membuktikan komitmen mereka menyertai pilihan raya sejak mula lagi. Sudah sebelas kali pilihan raya dan ini membuktikan bahawa Pas sangat menghormati sistem yang ada ini sekali gus menghormati konsep demokrasi berparlimen di negara ini.


Apakah yang menjadi kerisauan saudara tentang sistem yang didakwa tidak telus ini?


SALAHUDDIN: Saya mempunyai satu tanggungjawab besar sebagai Ketua Pemuda Pas. Jumlah ahli Pas setakat ini hampir 1 juta orang sementara bilangan pemuda pula hampir setengah juta orang. Apabila saya sebagai Ketua Pemuda mahu parti saya menyertai pilihan raya maknanya saya mahu semangat orang muda ini, kritikan dan ketidakpuasan mereka diterjemahkan menerusi peti undi.

Ini peranan yang saya mainkan. Tetapi bayangkanlah kalau tidak ada pilihan raya, bagaimanakah cara anak- anak muda ini menterjemahkan kritikan atau ketidakpuasan mereka? Kerana itu saya fikir tidak menyertai pilihan raya sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Kerana itu

Pas tetap komited untuk menjadikan sistem ini satu sistem yang adil di mana setiap rakyat boleh menyalurkan kritikan, bangkangan mereka menerusi sistem pilihan raya, bukannya menerusi cara-cara yang lain yang diamalkan di negara-negara yang tidak ada demokrasi.


Tetapi sistem pilihan raya kita telah ada perubahan, misalnya akan menggunakan cop jari dan peti undi yang telus. Apa lagi yang tidak cukup?


SALAHUDDIN: Kita semua mahukan negara Malaysia ini benar-benar menikmati pilihan raya yang adil dan sistem yang telus. Maknanya ketelusan kepada sistem dan bukan peti undi. Pas mahu ketelusan dalam menguruskan pilihan raya. Badan yang diamanahkan menguruskan pilihan raya tidak nampak berpihak. Ini yang Pas mahu. Kalau benarlah cop jari itu digunakan dalam pilihan raya akan datang, ini bermakna satu daripada empat yang Pas minta sudah dilaksanakan. Saya sangat bersyukur.


Adakah ini bermakna Pas mengalami kekalahan disebabkan sistem?


SALAHUDDIN: Kami bersedia untuk menang dan untuk kalah dalam sistem pilihan raya yang adil. Ini keyakinan kami. Pas rela kalah walaupun seribu tahun lagi. Mungkin pengundi tidak setuju dengan Pas atau tidak yakin lagi dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas. Kalau kalah disebabkan faktor itu, kami terima. Kalau kami kalah, tidak jadi masalah. Tetapi kami tidak mahu kalah dalam satu sistem yang kami rasakan tidak adil dalam negara kita.


Kalau benar ada ketidaktelusan, kenapa pembangkang tidak membuktikan penipuan itu?


SALAHUDDIN: Sebenarnya ini selalu diungkapkan oleh Pengerusi SPR bahawa Pas tidak boleh membuktikan ketidakadilan itu. Kalau kita masih ingat, dalam pilihan raya Likas, perkara ini telah menjadi kes mahkamah.

Pas mengadakan petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak selepas 2004 dan petisyen pilihan raya Pengkalan Pasir di Kelantan. Selain itu kami telah membuktikan dalam dialog, pertemuan, perbincangan hatta sampai ke mahkamah. Jadi, bagi saya kepincangan ini perlu diperbaiki masa akan datang.


Apakah harapan saudara terhadap perubahan sistem pilihan raya akan datang?


SALAHUDDIN: Saya mengharapkan satu penambahbaikan yang total supaya rakyat dapat memilih dan menyertai pilihan raya dengan seadil-adilnya. Ini adalah harapan Pas. Kalau ditelitikan, apa yang Pas tuntut ini tidak terkeluar daripada batas peraturan dan undang-undang.

Semua yang Pas lakukan ini ada dalam kerangka perlembagaan kita. Kami tidak menuntut satu peraturan yang tidak munasabah di luar kerangka perlembagaan. Pas minta celup jari kerana ini adalah amalan di semua negara dan telah terbukti dapat meminimumkan pengundi hantu.

Ini memberikan kepuasan kepada rakyat. Begitu juga apabila Pas meminta dimansuhkan undi pos. Rasionalnya setelah negara kita aman selepas 50 tahun merdeka, adakah sistem undi pos ini masih lagi relevan?


Apa yang saudara maksudkan dengan akses media yang adil?


SALAHUDDIN: Kalau tidak boleh memberikan liputan kepada kami di luar musim pilihan raya, bagilah dalam tempoh berkempen selama 10 hari. Maknanya kepimpinan parti UMNO, MCA, Pas dan lain-lain lagi boleh muncul dalam media elektronik untuk mengemukakan manifesto mereka untuk menerangkan apa yang parti-parti itu boleh tawarkan kepada rakyat.

Saya yakin permintaan ini tidak pernah terbabas atau tersasar daripada peraturan atau undang undang.

AZALINA NAK LAWAN RAFIDAH REBUT KETUA WANITA UMNO




GempaQ: Azlina Guna Teknik Rebonding Untuk Rebut Ketua Wanita Umno
Posted on Monday, January 07 @ 11:36:43 MYT by greenboc

Artikel Oleh pemudawilayah

"Oleh HermanSamsudeen



Hangat..memang hangat. Berita tentang Azlina Othman berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dan menyingkirkan Rafidah Aziz telah lama bertiup dan angin yang mengoyangkan organisasi wanita Umno ini kian kuat bertiup lagi awal tahun ini.

Azalina yang sebelum ini bermula dengan imej Tomboy merupakan proksi terkuat Pak Lah dan Khairi dalam wanita Umno. Dari imej Tomboy beliau dipaksa untuk berubah (saksikan gambar perubahan imej beliau dibawah) menjadi wanita melalui perlantikannya sebagai Ketua Penaja Puteri Umno.

Tetapi usaha tersebut aggal kerana ‘jiwa lelaki’ beliau masih kuat. Selepas disingkirkan oleh wanita Umno yang tertekan dengan imej beliau yang sukar diubah beliau akhirnya menyendiri sementara di Kementerian Belia dan Sukan.

Kali ini Pak Lah nak bagi peluang kedua untuk beliau kembali menjadi wanita Umno yang sebenar dan sekaligus menjadi ketua wanita Umno yang pertama berjiwa ‘jantan’.

Ingatkan, berita itu sekadar berita angin tetapi rupa-rupanya Azlina menyambut saranan geng-geng Pak Lah itu. Nak jadi apa pun jadilah…dan terjadilah pelbagai tragedi yang benar-benar mengejutkan seluruh wanita Umno.

Berita bahawa Azalina kini hampir kembali menjadi Wanita Umno yang sebenar semakin menjadi nyata dan pelbagai teknik dan gaya dilakukan bagi memastikan Azalina ‘kembali’ menjadi wanita.

saksikanlah gambar-gambar berikut…ini bukan teknik super Impose tapi hasil dari teknik rebonding…

Ni gambar tahun 2004, masa baru jadi Menteri Belia

Ni Gambar 2005



Nie Gambar 2006


Nie Gambar 2007


Dan Ini gambar terkini…2008



Fuh…kali ini ada harapan Rafidah Jatuh!!!
"

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons