Isnin, 24 Disember 2007

RIBUAN MANUSIA HADIR CERAMAH PERDANA DIKOMPLEKS PAS KEDAH

BN bacul tak benar Anwar tanding pilihan raya

Helmi Khalid
Mon | Dec 24, 07 | 6:11:18 am MYT

ALOR STAR, 24 Dis (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mencabar Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadi pihak yang pengecut sekiranya mengadakan Pilihan raya Umum ke-12 sebelum tarikh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak dicalonkan semula sebagai calon.

Katanya, BN jadi pengecut, biar Anwar boleh bertanding, kita lawan sama-sama, (BN) jangan jadi pengecut.

"Dulu saya lawan, tapi Dato' Seri Anwar tak lawan, dia kena rehat (PRU-11, akibat dipenjara), sekarang Anwar dah bebas, dia dah mula turun padang, biar dia boleh lawan, kita lawan sama-sama," tegas Ustaz Hadi.


Beliau berucap demikian ketika bersama Anwar dalam Ceramah Perdana 'Bersatu Menolak BN'di Kompleks PAS Kedah di hadapan sekitar 100 ribu hadirin.

Dalam ceramahnya, Ustaz Hadi banyak mengenengahkan prinsip keadilan yang telah dijanjikan oleh Islam sebagai pemerintah terhadap golongan bukan Islam.

Beliau berkali mengulangi ketegasan bahawa disebabkan Umno tidak membawa Islam yang sebenar seperti yang dituntut oleh Allah maka sekarang ini berlaku pelbagai penindasan oleh Umno terhadap rakyat yang bukan beragama Islam.

Sementara, Anwar pula turut menyentuh isu yang sama dengan memberi contoh semakin kerap dan banyak perkataan Islam Hadhari diuangkapkan pemimpin Umno, semakin banyak penindasan dan ketidakadilan dilakukan terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Bibit-bibit kebangkitan rakyat Kedah telah mula dijelmakan sejak beberapa bulan lalu, jika dilihat dari beberapa program melibatkan semua kaum, jumlah kehadirannya adalah di luar jangkaan.

ImagePetang kelmarin, ketika Anwar berkunjung di Paya Besar, Lunas sekitar 7,000 rakyat di kalangan kaum India menghadiri program tersebut.

Sebelum ini juga, PAS Kedah yang bekerjasama dengan Dewan Himpunan Cina Kedah berjaya mengumpul 120 ribu tandatangan rakyat sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kadar cukai yang melampau di negeri Jelapang Padi ini.

Ceramah pada malam tadi juga menyebabkan jalan raya di Alor Star-Sungai Petani sesak teruk sekitar lima kilometer berdekatan Kompleks PAS Kedah di Kota sarang Semut.

Cuaca yang baik membolehkan rakyat membanjiri dataran kompleks sejak jam 7.00 malam dan mengikuti ceramah yang dimulakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan ABdul Razak diikuti Ustaz Hadi seterusnya Anwar. - mks.

Pengagihan kerusi antara PAS, KeADILan di Kedah selesai

Sun | Dec 23, 07 | 3:29:25 pm MYT

ALOR STAR, 23 Dis (Hrkh) - Satu keputusan yang penuh kemesraan antara PAS dan Parti KeADILan di Kedah telah dicapai dari segi pengagihan kerusi bagi menolak BN, hanya menanti majlis menandatangani perjanjian sebelum ia diumumkan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak berkata, pakatan ini perlu untuk merealisasikan impian menolak BN di negeri ini dan berharap semua petugas PAS menerima dengan hati yang terbuka dan terus bekerja untuk kemenangan.

Secara berseloroh ceritanya, ibarat sebatang skru, walaupun harganya mungkin tak sampai seringgit, tetapi kalau kita tak guna, boleh terkeluar roda dan kereta boleh terbabas dan terpelanting semua penumpang termasuk pemandu.

Dalam pada itu Ustaz Azizan juga berkata gelombang kuning yang dicetuskan Bersih baru-baru ini sebenarnya pernah berlaku di Filipina dan berbetulan ketika itu Ustaz Azizan bertugas di sana.

Katanya, rakyat Filipina juga ketika itu memakai baju kuning berkempen untuk menjatuhkan rejim zalim Marcos dan rakyat berjaya sebelum takhta kerajaan Filipina diterajui oleh Aquino sebelum ini.

"Sebab itulah BN takut sangat dengan kuning, dulu dengan hijau, hijau boleh tahan lagi, saya ada di sana dan itulah suasana yang akan berlaku di tempat kita," ujarnya.

Dalam ucapannya sempena Ijtimak PAS Kedah hari juga beliau menyentuh mengenai banyak lagi tanah rakyat yang akan dirampas untuk dimajukan dengan projek yang memajukan pihak tertentu sahaja.

Antaranya NCER dan Zon Industri Petroleum di Yan, yang lain belum jadi jelas Ustaz Azizan tetapi yang sudah dimulakan hanya tanaman jagung oleh Sime Darby seluas 2000 hektar di Bukit Tangga, Changloon.

"Nak tanam jagung tak perlu panggil Sime Darby, orang kampung pun boleh buat, inilah contoh kerajaan yang tidak pedulikan nasib rakyat, hasil perjuangan Umno, inilah nasib Melayu.

"Umno dulu (zaman memperjuangkan kemerdekaan) betul berjuang untuk bangsa, apa yang Umno buat untuk orang Melayu hari ini?, rakyat merempat, tanah diambil beri pada orang lain," katanya. - mns

Selasa, 18 Disember 2007

klipvideo menarik

http://www.youtube.com/watch?v=EY-ZfuYSJx8

Bersih akan adakan himpunan jika khidmat Rashid dilanjutkan

Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Dec 18, 07 | 1:07:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tidak menolak kemungkinan akan mengadakan himpunan aman jika kerajaan melanjutkan khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

ImageMenurut Jurucakap Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad, Berish memandang serius dan kecewa dengan kelulusan Pindaan Rang Undang-undang bersabitan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi melanjutkan usia pemegang jawatan ahli SPR dari 65 ke 66 tahun.

"Bersih sayugia mengingatkan Perdana Menteri, seandainya perkhidmatan Pengerusi SPR ini dilanjutkan juga, maka tidak ada jaminan bahawa rakyat tidak akan bangkit untuk membantah perlanjutan perjawatan beliau demi menjaga keutuhan demokrasi dan kestabilan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menyerahkan nota bantahan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Wan Farid Wan Hisham di Putrajaya hari ini.

Turut serta dalam penyerahan memorandum itu ialah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Sivarasa Rasiah dan Jawatankuasa Bersih, Liu Chin Tong.

Mengulas lanjut isu tersebut Dr Dzulkifli berkata, nota bantahan yang dikemukakan kepada Speaker Parlimen pada 11 Disember lalu yang sekaligus telah mencetuskan pesta penangkapan 24 orang ahli dan aktivis Bersih.

Kerajaan pinda lebih 40 'multiple amendments'

Sikap kerajaan yang dilihat tergesa-gesa dalam membuat pindaan tersebut dengan 'bulldozed’ langsung tidak memberi apa-apa kesan malah ia 'precedent' buruk yang mencemar amalan proses 'legislatif' di Negara ini, katanya.

Bersih ingin mengingatkan bahawa negara ini telah mengalami 40 kali pindaan perlembagaan berbentuk 'multiple amendments' dan tak kurang dari 650 'single amendment', katanya.

Begitupun Singapura yang kurang lebih mempunyai latar belakang sejarah yang kurang dari Malaysia hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak empat kali, ujar Dr Dzulkifli.

Negara seperti Amerika Syarikat yang memiliki sejarah negara bangsa selama 231 tahun pun, hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak 27 kali, katanya.

"Jelas kerajaan Umno-BN yang telah memerintah selama lima dekad ini, kurang memahami dalam pemuliharaan 'Kemurniaan Undang-Undang' sekaligus bagi mempertahankan 'Keluhuran Undang-undang' lantas telah melakukan pindaan dengan memaparkan keangkuhan dan ketidakpeduliaan yang mengaibkan negara di kacamata masyarakat antarabangsa," tegasnya.

ImageBegitupun Bersih mengakui keperluan menyelaraskan usia penjawat tertinggi kedudukan awam, katanya memetik nota bantahan yang diserah kepada Perdana Menteri.

Namun Bersih melihat segala pindaan dibuat hanyalah bagi melayakkan penjawat jawatan Pengerusi SPR hari ini, yang akan bersara pada 31 Disember akan datang, untuk terus dilanjutkan perkhidmatan beliau, ujarnya.

Buka lembaran baru

Mengulas mengenai nota bantahan kepada Parlimen 11 Disember yang lalu secara tegas menggariskan mengapa peribadi Rashid Abdul sama sekali tidak layak untuk meneruskan tugasannya selaku Pengerusi SPR.

"Negara yang berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-12 pada bila-bila masa ini, wajar mengambil peluang ini bagi membuka lembaran baru yang seharusnya menjanjikan satu suasana sihat dan segar, dalam amalan pengurusan proses pilihan raya.yang lebih bebas, adil dan bersih," katanya.

Bagi Bersih, peribadi Rashid akan terus mencemarkan proses pilihan raya sekaligus tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat dan pengundi kepada proses pilihan raya di Negara ini, katanya.

Wajar bagi Bersih Perdana Menteri, bahawa Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan menegaskan tentang 'kepentingan mendapat keyakinan awam terhadap SPR'.

Justeru kata Dr Dzulkifli dalam nota bantahannya, Perdana Menteri perlu melihat kepada hujah betapa khidmat Rashid amatlah tidak diperlukan lagi.

Antara hujah Bersiah ialah :

a) Daftar Pemilih masih lagi tercemar dengan nama-nama pengundi yang telah mati, bukan-warganegara, pendaftaran lebih dari sekali, tidak cukup umur lantas menjadi keputusan pilihan raya ditentukan oleh mereka yang tidak berkelayaan atau 'pengundi hantu'.

Likas satu contoh yang jelas dan bagaimana Hakim Dato' Muhamad Kamil Awang telah menolak keputusan pilihan raya tersebut. Amat malang sekali, kerajaan BN telah mengambil peluang meminda Akta Pilihan Raya 1958 Seksyen 9A yang menjadikan Daftar Pemilih setelah diwartakan 'tidak lagi tertakluk atau boleh dicabar, dinilai semula di mana-mana mahkamah'. Tegasnya pindaan ini telah memerangkap kita dengan Daftar Pemilih yang tidak boleh dibersihkan kecuali oleh SPR sendiri.

Awal tahun ini setelah sekian lama bantahan pihak pembangkang khususnya tentang kekotoran Daftar Pemilih, SPR mengakui bahawa telah digugurkan seramai 180,000 pengundi kerana dikesani telah mati.

Seramai 22, 433 pengundi dikesani bukan dari warganegara ini kerana nama mereka tidak pernah wujud dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Persoalannya berapa ramaikah mereka ini yang mengundi pada PRU ke-11 lalu dan berapa ramai yang masih berada dalam Daftar Pemilih (DP) yang ada kini? Pengundi jenis ini timbul lagi dalam pilihanraya kecil Ijok pada April 2007.

Isu Daftar Pemilih terbit lagi dengan pengakuan yang dibuat oleh beberapa pengundi yang nama mereka tersenarai sementara mereka tahu mereka tidak pernah berdaftar dan tidak pernah mengundi (contoh Ahirudin Atan iaitu blogger Rocky Bru dan lain-lain). Dakwaan Pengerusi SPR bahawa Daftar Pemilih adalah bersih langsung tidak berwibawa!

b) Kenyataan-kenyataan bercanggah yang sesekali menyokong usaha-usaha reformasi pilihan raya dan sesekali mengatakan pilihanraya adalah bebas dan adil, hanya pembangkang yang kalah yang membuat komplain, samasekali meletakkan peribadi ini mempunyai personaliti yang sukar untuk dipegang komitmen dan dipertikai kewibawaannya.

Bernama 8 Januari 2007 telah melaporkan bahawa beliau menuntut supaya kerajaan memberi ruang kepada SPR bahawa beliau menegaskan 'undang-undang dan peraturan pilihanraya yang telah berusia 50 tahun ini tidak lagi sesuai digunakan dan tidak lagi memjamin keadilan terus wujud bagi semua'.

Beliau juga pada sesi itu menuntut antara lainnya 'kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktibiti membeli undi dalam musim pilihan raya, kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua pihak yang bertanding dalam media cetak dan elektronik, kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk berkempen'.

Jelasnya seperti dakwaan beberapa pihak pembangkang dan awam bahawa peribadi ini mempunyai 'lidah bercabang'. Paling mutakhir beliau menyebutkan hanya 'regim yang ada kini yang mampu mentadbir negara ini'.

Beliau juga memberitahu rakyat yang beliau tahu tarikh pilihan raya sementara Perdana Menteri sendiri belum tahu dan tidak memberi tahu kepada kabinet.

Peribadi ini jelas sudah tidak koheren dan konsisten untuk menjawat tugasan seorang Pengerusi yang sewajar menunjukan sikap 'independen atau tidak memihaknya'. Kenyataan beliau tentang penghakiman Hakim Dato' Muhammad Kamil tentang Likas sebagai ’bias dan prajudis’ jelas menunjukkan kecenderungan beliau, sekaligus menghina Mahkamah.

c) Rakyat dan pengundi masih segar dalam ingatan tentang Pilihanraya Umum ke-11 sebagai yang dikatakan oleh pelbagai pihak termasuk ahli akademik dan penganalisis politik sebagai paling kotor dalam sejarah demokrasi tanah air. Pilihan Raya Umum ke-11 adalah di bawah kelolaan dan tanggungjawab Rashid.

Beliau berpeluang untuk memperbaikki prestasi dalam 3 pilihanraya kecil yang menyusul. Amat mendukacitakn bukan sahaja beliau terus menunjukkan keangkuhannya bahkan keadaan semakin lebih buruk seperti yang diketahui umum dalam pilihan raya kecil di Batu Talam, Machap dan Ijok.

Segala ucapan baik beliau dalam beberapa seminar tentang kebersihan pilihan raya, kini dilihat sebagai omong-omong kosong yang tidak terbukti dengan satu 'political will' untuk menjalankan penambahbaikan pilihanraya.

'Padang yang sama-rata' masih jauh dari realiti dan cita-cita untuk menyaksikan pilihan raya bebas, bersih dan adil akan menjadi lebih sulit dan sukar dengan peribadi yang kini cukup dipertikaikan dan disangsikan kewibawaannya untuk terus memimpin SPR.

Jangan sambung khidmat Rashid

Justeru kata Dr Dzulkifli, atas penghujahan ringkas yang Bersih kemukakan pihaknya memohon budi bicara dan kewajaran Perdana Menteri supaya tidak menyambung perkhidmatan Rashid.

"Meskipun laluan untuk beliau (Rashid) telah terbuka dengan kelulusan pindaan kontroversi yang dibuat Parlimen pada 11 Disember yang lalu.

"Apakah Perdana Menteri mahu mengisyratakan atau mengesahkan bahawa negara ini sudah tidak punya peribadi peribadai yang memilikki kewibawaan dan personaliti yang tidak dipertikaikan atau 'of impeccable integrity', dengan izin?," tegasnya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Sivarasa juga mengulangi pendirian bahawa Berish tidak menolak kemungkinan mengadakan himpunan aman untuk membantah sekiranya khidmat Rashid dilanjutkan.

Beliau turut menyelar keangkuhan kerajaan menggunakan ISA dalam menyelesaikan isu berhubung tuntutan rakyat dan katanya tindakan itu hanyalah menunjukkan keterdesakan kerajaan.

Bersih sama sekali menolak penggunaan ISA sebaliknya mahu kerajaan mengadili mana-mana rakyat dengan menggunakan undang-undang yang sedia ada, katanya.

Mustafa Ali lawat tahanan kes Batu Burok di Penjara Pulau Kerengga

Awang Harun
Tue | Dec 18, 07 | 10:15:21 am MYT

MARANG, 18 Dis (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa melawat mangsa tembakan peluru hidup dalam Tregedi Berdarah Batu Burok 8 September lalu, Muhammad Azman Aziz di Penjara Terbuka Marang, Pulau Kerengga, semalam.

Beliau yang datang bersama isteri, To' Puan Aminah Mohamad dan keluarga berkesempatan berbual dengan Azman sambil bertanya khabar keadaan kesihatan dan suasana kehidupan di situ.

Azman kelihatan ceria berbual dengan Mustafa pada pertemuan kira-kira 40 minit itu yang turut disertai ayah, ibu serta empat orang adik beradiknya.

Turut hadir pada perjumpaan kira-kira jam 3 petang itu ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ahmad Kamal dan Setiausaha Urusan Ulamak PAS Kawasan Marang, Ustaz Suhairi Daud.

Pada sebelah pagi, kepimpinan PAS turut serta dalam lawatan keluarga Suwandi Ab Ghani.

Antara yang hadir ialah Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS negeri, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Hassan Mohd Salleh.

Suwandi dan Azman ditahan di penjara tersebut kerana tidak dibenarkan diikat jamin oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Hassan Abdul Ghani pada 9 Disember lalu.

Mereka menghadapi empat tuduhan, antaranya membabitkan mereka bersama-sama 18 orang yang lain pada 8 September lalu, lebih kurang jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Mereka didakwa menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, seorang atau lebih daripada anggota perhimpunan telah dengan sengaja cuba menyebabkan cedera parah kepada Wan Aziz Wan Omar (RF143706), seorang penjawat awam.

Kesalahan itu di bawah seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 333 dan seksyen 511 kanun yang sama di mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri mengetuai pendakwaan terhadap mereka yang akan dibicarakan pada 30 dan 31 Disember ini. - mr

Khamis, 13 Disember 2007

Paling bangsat Melayu tapi India pula yang mengamuk!

Posted on Thursday, December 13 @ 03:47:18 EST by reformis

Pendapat Oleh Iskandar Abdul Samad

Pada 3 Disember lepas, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa pendapatan kaum Bumiputera adalah yang terendah di antara bangsa-bangsa utama di negara kita.

Menurutnya pendapatan isi rumah kasar bulanan kaum kaum bumiputera ialah RM2,711 sementara kaum India sebanyak RM3,456 dan yang paling tinggi adalah kaum Cina sebanyak RM4,437.

Katanya lagi, peratus kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar bagi tahun 2004 ialah bumiputera sebanyak 8.3 peratus, kaum India 2.9 peratus, manakala kaum Cina 0.6 peratus.

Tujuan statistik ini didedahkan adalah untuk mematahkan dakwaan Hindraf bahawa kaum India adalah yang paling miskin. Tetapi dengan sekali-gus ia menunjukkan sikap sebenar UMNO-BN terhadap orang Melayu-Bumiputera.



Kerajaan di dalam mendedahkan angka-angka tersebut langsung tidak gentar akan tindakbalas (backlash) orang Melayu terhadap fakta-fakta yang diumumkan.

Sepatutnya di dalam keadaan masyarakat India “mengamuk” apabila mendakwa merekalah yang paling miskin, orang Melayu pula mungkin akan “mengamuk” apabila mendapat tahu mereka sebenarnya yang paling merempat.

Walau bagaimanapun UMNO-BN dapat membaca sikap orang Melayu. Majoriti dari mereka tidak akan berbuat apa-apa walaupun diberitahu merekalah yang paling bangsat. Mereka tetap akan menyokong UMNO-BN. Mereka hanya perlu dipandang dengan “sebelah mata” sahaja. Tidak ada Israf, Musraf atau Malraf akan ditubuhkan sepertimana Hindraf.

Inilah orang Melayu yang boleh ditunjal, didera dan diterajang tetapi tidak akan melawan. Ingatkah lagi kita kisah anak Sultan Mansur Shah yang telah membunuh anak Tun Perak, Tun Besar?

Ceritanya, anak Sultan tersebut, Raja Mohammad telah membunuh Tun Besar kerana bola sepak raga Tun Besar telah terkena Raja Mohammad sehingga jatuh tengkoloknya ke tanah.

Tetapi adakah Tun Besar dijatuhkan hukuman yang sepatutnya? Tidak, beliau hanya telah diarahkan keluar dari Melaka dan telah menjadi Raja di Pahang. Tidak berlaku sebarang pemberontakan di Melaka. Tidak ada berlaku rampasan kuasa.

Inilah orang Melayu, ditarik telinga menurut, dicucuk hidung mengikut.

Yang duduk di rumah pangsa 600 kaki persegi bersama 5 orang anak pun sanggup mencium tangan YB walhal bilik tidur YB lebih besar dari seluruh rumahnya. Yang dilantik menjadi AJK UMNO Cawangan pun sudah cukup bangga walhal hanya berkereta Kancil seperti orang PAS. Yang bergaji 800 sebulan pun tetap bertungkus lumus untuk UMNO di masa-masa pilihanraya walhal orang-orang PAS yang melanyak UMNO setiap hari bergaji 10 kali ganda dari itu.

ORANG MELAYU KAYA RAYA?

Mungkin kenapa orang Melayu merasakan tahap ekonomi mereka lebih baik daripada orang India kerana begitu ramai orang-orang Melayu yang kaya. Ramai yang boleh membeli Mercedez mata kacang. Ramai yang boleh becuti diluar negara bersama keluarga. Ramai yang boleh berkahwin dengan artis. Tetapi pada hakikatnya hanya segelintir sahaja yang begitu. Yang merempat lebih ramai.

Mungkin juga orang Melayu yang kaya raya lebih menunjuk-nunjuk daripada yang kaya raya kaum-kaum lain. Mungkin itu sebabnya orang Melayu kelihatan lebih kaya dari orang India. Yang tidak kaya pun perasan kaya. Biar bergaya walaupun tiada.

DEB telah diwujudkan untuk membantu orang Melayu tetapi malang sekali setelah pemergian Tun Razak ia merupakan alat untuk mengkaya segelintir orang Melayu.

Tidak dinafikan yang ramai mendapat manfaat dari DEB. Ada yang mendapat biasiswa keluar negara dan menjadi para professional yang berjaya. Ada yang mendapat bantuan dan pinjaman kewangan sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Tetapi ramai lagi yang menjadi kaya, menjadi “filthy rich” kerana mengenali Pak Menteri dan YB-YB atau merupakan suku sakat mereka. Ramai lagi yang menjadi kaya kerana menjual projek kepada Ah Chong dan Ramasamy.

Yang paling sedih sekali ramai yang hidup merempat akibat polisi UMNOputra dan BNputra, satu “political cleansing” yang menyahkan mereka yang tidak menyokong kerajaan.

Ada Sifat Babi Yg Sangat Diharamkan Untuk Umat Islam

Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yg bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yg sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yg akan terjadi pada masing2 di kandang tersebut?bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang.Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Yg terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrah manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yg menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk memperebutkan babi betina tersebut malahan menyetubuhi secara beramai2 babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homo- seksual antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si betina.Hal inilah yg jelas2 bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islam ikut2 kan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat & karakteristik seperti babi ini.

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,yang dipukul, yang jatuh,yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengajaberbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Al-Maidah (5): 3).


http://husinb. multiply. com/journal

Tahanan dibebaskan, kereta terbakar, barangan mereka masih ‘ditahan’

Oleh HermanSamsudeen

Kuala Lumpur : Kesemua 15 orang pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan semalam telah dibebaskan pada pukul 10 malam tadi dengan jaminan mulut. Mereka yang dibebaskan adalah;

1. Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS)
2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS)
3. Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
4. Ustaz Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
5. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
6. Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
7. Dr Nasir Hashim (Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
8. S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM)
9. A. Sivarajan (Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
10. Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
11. Azira Ariffin (Aktivis)
12. Hashim Awang (Aktivis)
13. Mohd Sabri Shafie (Aktivis)
14. Mohd Badilah Muda (Aktivis)
15. Norazimah Mohd Nor (Aktivis)

Kesemua mereka diminta untuk menghadirkan diri pada pukul 9 pagi, 18 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan aman.

Sebelum itu, seramai 9 orang telah dibebaskan terlebih dahulu tanpa sebarang pendakwaan iaitu;

1. Dato’ Mustafa Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
2. Dr Dzulkifli Ahmad (Ketua Pusat Penyelidikan PAS)
3. Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung PKR)
4. Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif Suaram )
5. Wong Chin Huat (WAMI)
6. Mokhtar Rozaidi (Pengurus Iklan Harakah)
7. Mien Lor (KOMAS)
8. V. Gayathry (CIJ)
9. Abdul Muhaimin Roslan (Remaja 13 Tahun)

Semasa penahanan, mereka turut diminta menandatangani surat penafian hak peguam untuk membela mereka tanpa kebenaran Polis. Ust Nasarudin berkata;

“Pihak polis telah menerangkan hak-hak mereka termasuklah untuk berdiam diri atau mendapatkan khidmat peguam. Walaubagaimana pun pihak polis mendakwa bahawa mereka mempunyai ‘kuasa tersendiri’ untuk mengabaikan hak tersebut termasuklah tidak membenarkan khidmat peguam digunakan semasa keterangan mereka diambil”.

Ust. Nuridah pula menyatakan bahawa pada pukul 6 petang semalam, tahanan wanita telah dibawa ke Lokap Jalan Travers manakala tahanan lelaki dibawa ke Lokap Jalan Pudu. Walaubagaimana pun, tiba-tiba sahaja pegawai pengiring mereka menerima arahan untuk membawa mereka kembali ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Nampaknya pihak Polis pun keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Sebelum itu, pada kira-kira pukul 2 petang Tian Chua telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah lanjutan penahanan. Walaubagaimana pun, disebabkan kegagalan pihak Polis mengemukakan dokumen pertuduhan yang lengkap, Tian Chua dibawa pulang ke IPK Jalan Hang Tuah. Pihak polis mengakui bahawa mereka memang tergesa-gesa pada ketika itu kerana menerima desakan yang hebat dari ‘atas’.

Selepas dibebaskan, Tian Chua telah membuat satu aduan berhubung kenderaan milik Saudara Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre) yang terbakar ketika ditunda oleh Polis dari tempat penangkapan di hadapan Parlimen. Pihak polis mendakwa bahawa kereta tersebut telah terbakar dengan sendirinya dan tidak ada kena mengena dengan mereka.




Walaubagaimana pun, Tian Chua mendakwa bahawa kereta tersebut sengaja dibakar oleh pihak Polis. Tiada sebab kereta itu boleh terbakar dengan sendirinya, sedangkan tiada siapa yang menghidupkan enjin kenderaan itu selepas beliau dan razak ditahan.



Selain itu, Norazimah Mohd Nor pula mendakwa bahawa pihak polis telah ‘menahan’ handphone beliau untuk siasatan lanjut. Walaupun telah diminta untuk dipulangkan, namun pihak polis enggan bekerjasama. Mereka meminta Nora menyediakan penjamin jika mahu ’membebaskan’ handphone tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sebuah kamera digital dan notebook turut diambil dan enggan dipulangkan oleh pihak polis. Pihak polis hanya berjanji akan memulangkan ke semua barang yang ‘diambil’ itu selepas siasatan selesai.

Dalam perkembangan terakhir, pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan ini mengutuk sikap bacul Perdana Menteri yang mempergunakan ratusan anggota Polis bagi menghadapi menghadapi mereka pada hari semalam. Kehadiran mereka di Parlimen adalah secara aman dan jumlah yang hadir tidak sampai 30 orang. Mereka disambut oleh ratusan anggota Polis yang berkubu dihadapan Parlimen.

Pada waktu ini, mereka juga meminta agar ahli dan penyokong gabungan BERSIH tidak gentar dengan segala apa yang telah terjadi dan meneruskan agenda perjuangan yang telah didokong secara bersama sebelum ini.


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp. wordpress. com

Umno dan Israel sama-sama menindas golongan marhaien

Umno dan Israel sama-sama menindas golongan marhaien
Oleh HermanSamsudeen

Sungguh melucukan bila mana membaca lawak jenaka Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Siva Murugan yang cuba membela Umno dan mendakwa bahawa Demonstrasi Pemuda UMNO dan Hindraf adalah tidak sama.



Dalam komentar beliau yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia pada 11 Disember, yang bertajuk “Demonstrasi Pemuda UMNO, Hindraf tidak sama“, beliau akhirnya secara spontan mengakui juga bahawa kedua-dua kelompok ini berbeza memang ideologi tetapi mempunyai persamaan dalam memperjuangkan isu penindasan kaum. Dalam erti kata lain, tajuk berita Utusan itu perlu ditukar kepada “Umno dan Hindraf punyai persamaan dalam perjuangan mereka”.

“Isu yang diperjuangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan Hindraf adalah jauh berbeza. Nyata sekali kepada orang ramai bahawa kedua-duanya membawa ideologi berbeza walaupun pada dasarnya melaungkan mengenai penindasan terhadap sesuatu kaum,” kata Dr. siva.

Hakikatnya, kedua-dua kelompok ini berjuang atas dasar perkauman dan itulah yang sebenarnya cuba diungkapkan oleh Dr. Siva.

Dari sisi pandangan yang ketiga kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan terhadap dakwaan Hindraf bahawa wujudnya penindasan Kaum India dinegara ini oleh Kerajaan Umno-BN.



Jika dikenangkan kembali, pada 28 Julai 2006 yang lalu Pemuda Umno telah berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice yang menghadiri Forum Serantau ASEAN (ARF) atas isu keganasan Israel di Palestine dan Jordan.

Dua hari Sebelum itu, iaitu pada 26 Julai Pergerakan Pemuda UMNO Perak telah bertindak ekstrim dengan membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat (AS) di perkarangan Dataran Bangunan UMNO Perak sebagai tanda bantahan terhadap penindasan ke atas rakyat Palestin dan Lebanon.
Dalam kedua-dua demontrasi ini tiada sebarang gas pemedih mata dan tiada seorang pun pemimpin pemuda Umno yang ditahan.



Jika dilihat pada perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007, mereka juga berhimpun untuk menyampaikan memorandum kepada Kerajaan Britain melalui pejabat kedutaannya di Jalan Ampang. Memorandum itu sebenarnya, khusus untuk melaporkan ketidakadilan Kerajaan Umno-BN dalam melayani kaum India dinegara ini. Mereka juga mendakwa kaum India di Malaysia tertindas dengan beberapa dasar Kerajaan yang tidak memihak kepada mereka termasuklah dalam soal pemberian kontrak-kontrak kerajaan dan soal pembelian hartanah.

Walaubagaimana pun sambutan yang diberikan oleh pihak Polis cukup berbeza. Mereka tidak diberi permit walaupun telah memohon lebih awal. Mereka juga ditembak dengan gas pemedih mata, cecair kimia dari water canon, dan ada juga yang dipukul. Ekoran dari itu, penyokong-penyokong Hindraf terpaksa bertindak balas dengan membaling batu ke arah polis. Jika dilihat pada rakaman video dan gambar yang tersiar di media mereka membaling batu ke arah Polis yang diperkuda oleh BN sama seperti kanak-kanak palestine membaling batu kepada tentera Israel.

Walaupun perjuangan mereka tidak sesuai dipadankan dengan perjuangan umat Palestine, namun dari segi soal layanan hak asasi dan kemanusian, di situ ada persamaannya.

Pemuda Umno yang bangga mendakwa perhimpunan mereka tahun lepas sebagai lambang kebersamaan dengan Palestine sebenar sedang memanipulasikan minda rakyat. Rakyat Malaysia tetap tidak akan lupa dengan peristiwa naiknya bendera haram Israel dihadapan Bangunan Umno di PWTC pada Disember 2005 sempena Forum keamanan sejagat yang mana wakil Israel dan Palestine turut dijemput sekali.



Tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia juga tidak lupa dengan tindakan Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar (Hamas) yang memboikot suatu program yang diatur kerajaan Malaysia sempena persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada Mei 2006, iaitu setelah Kerajaan Umno-BN mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farrouk Khadoumi. Farrouk bukanlah wakil Palestine yang sah, tetapi beliau diberikan ruang yang luas bagi mewakili Palestine dan berucap dalam persidangan itu. Walaupun pihak Kerajaan mengetahui bahawa Mahmoud adalah wakil sah Palestine, namun kehadiran beliau langsung tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.




Kedua-dua insiden in sudah cukup membuktikan bahawa Kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak ikhlas dalam memperjuangkan Palestine. Tindakan mereka membakar bendera Israel dan Amerika adalah satu lakonan semata kerana selepas itu, Pak Lah boleh pula bersalaman dan mendengar alunan muzik piano yang dimainkan oleh Condoleezza Rice sempena makan malam Forum Serantau ASEAN (ARF). Pak Lah juga menjalinkan hubungan yang akrab dengan penjenayah dunia iaitu, Presiden Bush.



Sehingga kini, Kerajaan juga masih cuba menafikan bahawa Malaysia langsung tidak menjalankan hubungan dagang dengan Israel. Hakikatnya, pelabur-pelabur dalam industri elektrik dan elektronik di Malaysia mengimport berjuta-juta komponen elektrik dari Israel. Hubungan dagang Israel Malaysia juga turut dibincangkan dalam FTA Amerika - Malaysia.

Sesungguhnya lawak Pemuda Umno tidaklah begitu kelakar. Mereka tidak layak untuk mengiktiraf mereka sebagai pendokong perjuangan Palestine. Malah mereka lebih buruk lagi dari apa yang Hindraf lakukan. Jika Hindraf didakwa cuba mencetuskan permusuhan dan masalah perkauman antara India dan Melayu, Umno pula sebenarnya telah lama membakar api permusuhan dengan Kaum India, Cina dan paling penting adalah Kaum Melayu sendiri.

Umno gagal memberikan kesamarataan dan keadilan kepada semua rakyat. Mereka turut menyapu bersih peruntukan Hak Istimewa Orang Melayu ke dalam Poket pemimpin mereka. Duit PPRT yang sepatutnya diberikan kepada orang-orang miskin juga ‘dicuri’ mereka. Maka terpaksalah rakyat-rakyat marhaien ini terus menerus tinggal dipondok-pondok buruk mereka walaupun telah 50 tahun memangkah BN.


Walaupun ramai lagi orang India yang miskin namun, pemimpin-pemimpin MIC hanya berdiam diri kerana mereka telah diberikan banyak habuan melalui projek-projek JKR termasuklah dalam pembinaan jalan-jalan raya diseluruh negara. Sothinathan, K. Devamany dan Kayveas pernah bersuara untuk menuntut keadilan bagi kaum India, namun akhirnya mereka dipanggil oleh Najib dan didesak untuk menarik semua kenyataan-kenyataan mereka yang kononnya kontradik dengan semangat BN.

Pemimpin Cina melalui MIC dan Gerakan pula enggan menentang Umno kerana mereka juga telah banyak terhutang budi dengan Umno yang memberikan banyak sokongan kepada pengusaha-pengusaha sektor perindustrian yang dikuasai oleh kaum cina yang menaja mereka di musim pilihanraya.

Yang tinggal kini hanyalah rakyat marhaien yang tertindas angkara ketamakan mereka semua. Kebangkitan Hindraf adalah suatu malapetaka bagi Umno. Dan sinonimnya perjuangan mereka tetap tidak akan membawa apa-apa makna selagi mana Umno-BN masih memerintah negara ini.

Jadi terpulanglah pada rakyat untuk menentukan cara mana undi mereka akan dibawa pada Pilihanraya akan datang. Sesungguhnya pelanduk yang berotak kecil itu pun tidak akan masuk perangkap untuk kali kedua. Maka, orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak selayaknya disamakan dengan binatang walaupun ianya sekadar sang kancil kerana kita lebih baik dari itu dalam menilai mana yang benar dan salah.

Detik Hitam untuk Parlimen setelah 50 tahun Merdeka

Posted on Thursday, December 13 @ 01:07:23 MYT by greenboc

Analisis Isu Oleh Lim Kit Siang
Terjemahan Bebas oleh TKO

aIni adalah detik paling hitam untuk Parlimen dalam tempoh 50 tahun. Dengan penghinaan kepada kemuliaan Parlimen dan kehormatan para Ahli Parlimen, polis telah menangkap lebih 20 orang di kawasan parlimen.

Diantara yang ditahan adalah pemimpin-pemimpin PAS, Mustapha Ali dan Dr. Hatta Ramli, Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Pengerusi Penaja Parti Sosialis Malaysia Nasir Hashim dan beberapa orang aktivis BERSIH termasuklah Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng, Pengarah Eksekutif Pusat Jurnalism Bebas V Gayathry, Pengarah Program Pusat Komas Mien Lor, Pengerusi Ikatan Penlis Untuk Kebebasan Media Wong Chin Huat, PAS Pengarah Pusat penyelidikan PAS Research Centre director Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengurus Pengiklanan Harakah Mokhtar Rosaidi.


Saya menyaksikan sendiri penahanan Mustapha, Yap Swee Seng, Wong Chin Huat dan Gayathry di dalam kawasan parlimen. Malah, saya yang mengiringi Yap, Wong dan Gayathry keluar dari parlimen tatkala polis menyalahgunakan kuasanya untuk melakukan penangkapan di dalam kawasan parlimen sewaktu rehat tengahari.

bSaya menentang sekeras-kerasnya terhadap episod yang paling memalukan di dalam sejarah 50 tahun Malaysia ini apabila Dewan Rakyat kembali bersidang selepas waktu makan tengahari, mencadangkan satu usul tergempar untuk mengarahkan polis membebaskan kesemua yang ditangkap di dalam kawasan parlimen - kerana polis sepatutnya melakukannya di luar kawasan parlimen. Namun tiada sebarang sokongan diterima daripada ahli Parlimen Barisan Nasional atau Menteri. Sembilan Ahli Parlimen DAP dan seorang Ahli Parlimen PAS juga menemui Speaker, Tan Sri Ramli Ngah untuk mengadukan bantahan sekeras-kerasnya dan bliau menyatakan bahawa beliau akan meminta penjelasan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


dari Multidimid

Kit Siang pohon cabar perintah mahkamah
Oleh Beh Lih Yi


Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini memfailkan permohonan untuk mencabar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berhimpun di Parlimen semalam.

Para pengkritik menyifatkan arahan tersebut sebagai "tidak sah dan melanggar perlembagaan".

cDalam writ samannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, Lim berkata, arahan tersebut melanggar arahan Parlimen dan satu peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

“Kami meminta mahkamah mengisytiharkan perintah itu batal dan tidak sah," kata Lim yang diiringi oleh sebelas ahli Parlimen DAP, kepada pemberita.

Kali terakhir pergi ke mahkamah berhubung isu-isu kepentingan awam pada tahun 1988 apabila beliau mencabar pemberian konsensi Lebuhraya Utara-Selatan kepada syarikat yang berkaitan dengan Umno - United Engineers Malaysia pada 1988.

Perintah mahkamah itu diperolehi oleh polis Sentul - yang kedua selepas perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu.

Semalam, polis menangkap 26 orang apabila anggota Bersih pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum membantah pindaan perlembagaan bagi melanjut tempoh perkhidmatan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), termasuk pengerusinya, sehingga umur 66 tahun.

Tujuh orang daripada mereka ditahan ketika meninggalkan bangunan Parlimen selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil rakyat pembangkang.

Dalam permohonan itu, Lim menamakan ketua polis Sentul (yang memohon perintah mahkamah itu), Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defenden.

dari Malaysiakini

Rabu, 12 Disember 2007

SIRI TAK NAK- Pilihlah Yang Mana Anda Suka


Versi Nasional / Asal





Versi Pulau Pinang / Kedah




Versi Perlis






<


Versi Perak Tengah / Kuala Kangsar



Versi Kelantan




Versi Terengganu



Versi Sarawak



Sesuai digunakan dalam majlis-majlis Pelancaran Kempen BN BAHAYA di seluruh negara.

KOLEKSI VIDEO SEKITAR PERBICARAAN MAT SABU DAN AKTIVIS BERSIH

VIDEO 1

www.youtube.com/watch?v=Ej8f83eXazk

8 orang anggota Unit Amal dari Pahang, Kedah dan W.Persekutuan yang baru tiba di mahkamah pada pkl 9.00 pagi

VIDEO 2

www.youtube.com/watch?v=u4w6l0sPA84


Keadaan di lobi mahkamah yang dipenuhi pimpinan PAS dan KEADILAN, penyokong yang hadir serta peguam yang akan membela mereka yang terlibat

VIDEO 3

Dr Zulkifli Ahmad, TanSri Khalid Ibrahim dan Dr Syed Azman Syed Nawawi berbual-bual dengan anggota Unit Amal dari Kedah yang kena tahan.

www.youtube.com/watch?v=t7sARc9OdMc

VIDEO 4

Ketua Pemuda PAS Pusat YB Salahudin Ayub berbual-bual dgn petugas Unit Amal yang kena tahan.

www.youtube.com/watch?v=YGyR6zd6jZE

VIDEO 5
Perbicaraan yang diadakan terlalu lewat kerana Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam telah berakhir sekitar pkl 7.15mlm.

www.youtube.com/watch?v=f1bLMp0Ar9c

VIDEO 6

Berlaku sedikit kekecohan serta tidak puas hati apabila hakim memaklumkan bahawa boleh menjamin OKT dengan wang tunai kerana bank sudah tutup tetapi bahagian daftar penjamin tidak mahu menerima wang jaminan secara tunai. Akhirnya setelah lama merayu, jaminan boleh dibuat pada keesokan hari dengan syarat perlu ada individu yang mencagar harta seperti geran tanah dll. Akhirnya seorang peguam cina dari Majlis Guaman telah berjasa kerana beliau sanggup menggunakan bon syarikatnya utk menjamin OKT agar mereka dapat dibebaskan malam itu juga.

www.youtube.com/watch?v=LCLm8gLaJdQ

VIDEO 7

Dr Hatta Ramli memberi taklimat kepada para penyokong yang sudi menjadi penjamin kepada tahanan.

www.youtube.com/watch?v=q4jr1m6NDJ8

VIDEO 8

Hj Mohamad Sabu & OKT yang lain dibawa ke kaunter daftar penjamin mengambil butir-butir diri.


http://www.youtube.com/watch?v=1zt37uh9Px4

VIDEO 9

Kelihatan Gobalakrishnan dan Tian Chua sdg minum air manakala Hj Mohamad Sabu sedang menjamu nasi bungkus di dalam tempat daftar penjamin disebabkan kelaparan setelah menunggu dengan agak lama perbicaraan.

youtube.com/watch?v=WO6LlfObaME

VIDEO 10

Ucapan terakhir dari 3 orang pimpinan parti BA kepada para penyokong dan media sebelum pulang meninggalkan mahkamah pada pkl 9.30mlm

www.youtube.com/watch?v=bQxGdCTl0uk


oleh :

M.S Abu Sahid

Setiausaha

Jabatan Amal Malaysia DPPP

Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Arif Dalam Kenangan

Posted on Wednesday, December 12 @ 09:38:59 MYT by SongkokPutih

Teladan Oleh cina-islam

"
"Bercakap semasa makan jarang sekali, lagak makannya kelihatan dia sangat bersyukur dengan nikmat rezeki yang dicecapi nya....."

Perginya pejuang Islam yang gigih di Perak , Tuan Guru Haji Mohd Arif setahun yang lepas meninggalkan kesan yang mendalam. Dialah seorang guru , dialah bapa dan dialah seorang teman karib penulis sehingga ke akhir hayatnya.

Riwayat hidupnya

Setahu saya ada beberapa perkara mengenai riwayat hidupnya untuk kita ketahui. Beliau banyak menghabiskan masanya belajar di pondok Tuan Hussin Al Banjari di Pokok Sena Kepala Batas. Pernah di tahan dibawah ISA pada tahun 1985. Anak-anaknya semua berjaya. Ada yang menjadi doktor di Kuala Lumpur dan Guru.

Rumahnya di Gerik cukup sederhana dan letaknya di kampung. Kegemaran nya sejak lama ialah menternak lembu. Rumahnya menjadi tempat persinggahan pimpinan PAS tertinggi seperti TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj. Abdul Hadi Awang.

Dalam Arena politik pernah memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Perak, meneruskan sisa-sisa usianya sebagai AJK Dewan Ulama Pas Negeri. Dia juga pernah bertanding di salah satu DUN di Gerik.

Menepati Waktu

Setiap program yang diadakan di negeri Perak yang melibatkan kehadiran beliau hampir 100 pratus beliaulah orang yang paling awal sampai. Kadang-kadang beberapa jam lebih awal. Contohnya kalau diadakan program Liqa' Fiqri pada setiap malam jumaat minggu pertama setiap bulan di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning, beliaulah orang yang pertama datang. Rasa kehilangan apabila diakhir-akhir hayatnya sekitar setahun lebih kurang beliau sudah tidak dapat lagi menghadiri program tersebut. Kerana keadaannya yang semakin uzur beliau banyak berihat dirumahnya di Grik.

Yang peliknya dia jarang datang bersama peserta dari grik tetapi kelazimannya dia cuma menaiki bas berhenti-berhenti. Mungkin kerana ingin mengelak dari sampai lambat dia lebih awal keluar rumah. Begitulah dalam progam yang lain, kalau dia hadir tentulah paling awal dari orang lain.

Bercakap apa yang penting

Sosok badan yang kecil dan kelihatan banyak pendiam. Beliau bercakap apa yang penting apalagi yang menaikan semangat perjuangan . Jawapan kepada setiap persoalan yang diajukan kepada beliau sentiasa dijawab secara berhimah.

Gigih berdakwah hingga akhir hayat

Setelah memenuhi kegiatan dakwah di sekitar gerik pada awal bulan, beliau akan keluar dari rumah setiap penghujung bulan sebagai memenuhi program yang telah disusun oleh jemaah di luar Gerik sekitar Perak. Seingat saya bermula di Markaz Lenggong, dia akan bergerak sehinggalah sampai ke Parit Buntar dan kembali kebeberapa tempat lain pada setiap bulan. Antara tempat kulih tetapnya yang saya ketahui ialah di Gunung Semanggol, Mesjid Lama Taiping, Kuala Sepetang, dan Bagan Serai. Kalau berkebetulan pada hari Jumaat beliau akan diberi peluang berkhutbah.

Yang hebatnya beliau banyak bergerak untuk berdakwah dengan bas berhenti-henti. Kenderaannya cuma motsikal honda 70 yang agak uzur yang digunakan di sekitar gerik sahaja. Dia akan sampai di Parit Buntar dari taiping dengan bas merah sekitar jam 10 pagi pada akhir bulan. Kami cuma menjemputnya di stesen bas Parit Buntar. Saya banyak menghantarnya ke taiping untuk keprogramnya di Kuala Sepetang pada pagi Ahad. Disitulah saya banyak waktu bersama beliau.

Setiap kali turun di Parit Buntar kami akan menyusun Progran sepadat mungkin. Bermula dari Kuliah jam 3 petang untuk muslimat, sesudah itu Kuliah Maghrib dan Usrah bersama pimpinan sesudah Isya. Waktu Subuh kami isi dengan tazkirah subuh. Tempatnya tidak tetap dan berubah pada setiap bulan.

Diakhir-akhir hayatnya sesudah tidak mampu lagi keluar berdakwah, semasa mengunjungi beliau setiap kali balik ke Kelantan beliau merungut tidak dapat keluar lagi macam biasa. Iras wajahnya masih bersemagat tetapi apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.

Itupun sejak saya mengenali beliau sememangnya dilihat pada susuk tubuhnya memang dia sentiasa uzur. Tidak salah sekitar 80 tahun tetapi dia masih gigih keluar berdakwah.

Metode dakwahnya agak bersahaja dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Suaranya yang agak perlahan memerlukan pembesar suara yang bagus. Namun bagi yang sentiasa menghayati setiap patah yang terbit dari mulut almarhum pasti menyentuh jiwa. Terkadang kupasannya mirip kepada kupasa TG Nik Abdul Aziz, ringkas dan mudah fahami.

Makan cara sunnah

Bila makan sehingga hari ini saya teringat kepada Almarhum yang makan cara sunnah. Makannya saya rasa tidak sampai kenyang, buktinya dia makan jarang untuk menabah . Sentiasa dia makan hanya sedikit sahaja. Makannya agak lambat dan teliti sekali. Menikmati makanan bersamanya saya tidak akan mula makan sebelum dia makan dan menjamah makanan. Bermula dengan doa bersama rasa berkatnya makan bersama Tuan Guru. Bercakap semasa makan jarang sekali, lagak makannya kelihatan dia sangat bersyukur dengan nikmat rezeki yang dicecapi nya.....sampai kepada point ini penulis menitiskan air mata , sebak rasanya teringat makan bersama seorang guru yang banyak memberi jasa kepada PAS Perak.

Kalau diajak makan dikedai kopi dia agak berat dan biasanya kami beli makanan dan makan dipejabat PAS Jalan Keli.

Sesudah makan dia akan menjilat jari seperti yang lazim dapat kita lakukan. Yang tidak lazim dilakukan orang lain sesudah makan ialah dia membasuh tanganya dengan sidikit air di dalam pinggannya lalu dia akan mengacau air yang sedikit dalam pinggan itu bagi membersih kan bekas-bekas makanan yang ada. Selepas itu dia akan meminum air bekas itu .

Kuat ibadahnya

Beliau menjadi contoh kepada sahabat yang mengenalinya dalam soal ibadah. Mengikut Mak Cik (panggilan kepada isteri almarhum) semasa mengunjungi ketika dia dah mula tidak keluar rumah ,dia akan menalifon anaknya yang menjadi guru di sekolah yang berdekatan di Gerik supaya balik untuk sembahyang berjemaah bersamanya. Nampaknya dia tidak boleh sembahyang kalau tidak berjemaah.

Diwaktu malam tidur dengan Tuan Guru kita dapat saksikan dia banyak melakukan ibadah diwaktu malam. Doanya agak perlahan dan sentiasa diselangseli dengan doa dalam bahasa Melayu seperti kelaziman yang dilakukan oleh TG Nik Abdul Aziz. Sangat menyentuh jiwa yang menghayatinya.

Patah tumbuh hilang berganti

Perginya seorang pejuang yang begitu gigih itulah suatu realiti yang mesti di lalui oleh umat dari zaman berzaman. RasulNya juga telah diwafatkan oleh Allah Sang Pencipta. Namun yang tinggal adalah generasi-generasi penerus sebagai pewaris dengan memeperjuangan Al Quran dan As Sunnah sehingga kiamat tiba.

Semuga rohnya di cucuri dan di Rahmati Allah serta ditempatkan ditempat yang terpuji.....Al Fatihah....

http://idhamlim.blogspot.com
"

Jurugambar tvPAS didesak akui jual rakaman pada al-Jazeera

Posted on Wednesday, December 12 @ 11:05:03 MYT by greenboc

Berita Oleh Helmi Khalid

aALOR STAR, 12 Dis (Hrkh) - Jurugambar tvPAS.com Kedah, Mohd Fakhri Ahmad mendakwa polis cuba membuat provokasi terhadapnya untuk mengakui kononnya rakaman yang diambil oleh beliau ketika polis dengan ganas menahan Haji Mohamad Sabu di Tol Bukit Tambun Sabtu lalu adalah untuk dijual kepada media asing.





Beliau yang gagal dikaitkan dengan mana-mana kesalahan oleh Mahkamah Majistret Jawi kelmarin memberitahu, dia ditahan ketika sedang bertugas merakamkan detik polis mengepung serta memecahkan cermin kereta milik Mohamad Sabu.

Ketika disoal siasat oleh empat hingga lima polis berpangkat tinggi jelasnya, mereka cuba untuk mendapatkan pengakuan kononnya rakaman itu adalah untuk dijual kepada Al-Jazeera serta media luar negara yang lain untuk memberi gambaran bahawa polis di Malaysia adalah ganas.

"Saya ditahan atas tuduhan mengganggu tugas polis, bila saya minta buktikan apa kesalahan saya, polis hanya jawab, kita jumpa di mahkamah." sambung beliau.

Katanya, mana mungkin dia boleh menghalang tugas polis sedangkan kedua-dua tangannya memegang kamera video.

"Bila polis tak boleh beri bukti saya menghalang tugas polis terus saya kata, nampak sangat polis tidak profesional dalam tugas, tangkap orang ikut suka saja," tegasnya.

Sekalipun dibebaskan, polis masih belum menyerahkan kembali kamera video tersebut termasuk kad kuasa petugas media milik Fakhri walaupun setelah beberapa kali membuat rayuan.

Fakhri adalah salah seorang daripada sepuluh yang ditahan polis dalam tangkapan Mohamad Sabu, sabtu lalu.

Sembilan yang lain disabitkan kesalahan di bawah 186 Seksyen 34 mengganggu penjawat awam menjalankan tugas dibebaskan dengan jaminan RM2,500 seorang dengan seorang penjamin. - mks

GAMBAR KEMBARA BERSIH 2007





















Selasa, 11 Disember 2007

Mohamad Sabu dan 16 yang lain bebas dengan ikat jamin


Mon | Dec 10, 07 | 11:00:43 pm MYT
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Setelah menunggu hampir 12 jam di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, akhirnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama 16 yang lain telah dibebaskan dengan ikat jamin pada jam 9.30 malam tadi.



Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, masing-masing telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Gobalakrishnan dikenakan ikat jamin sejumlah RM3,000.

Selain itu dua orang yang didakwa telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 memandang mereka masih di bawah umur, masing-masing berumur di antara 16 dan 17 tahun manakala bakinya dikenakan ikat jamin sejumlah RM2,000 seorang.

Kesemua ikat jamin berjumlah RM39,000 telah dibayar secara tunai di kaunter ikat jamin di pejabat pendaftar mahkamah B1 jam 8.00 malam.

Turut hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Anuar Tahir,Ronnie Liu (DAP) dan para penyokong sekitar 50 orang beserta puluhan wartawan.



Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah memohon supaya mahkamah menolak permohonan ikat jamin daripada para peguam Orang Kena Tuduh (OKT) dengan alasan kesalahan yang mereka lakukan adalah serius.

Namun setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk Peguam PAS, Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad Sabu dan 10 yang lain, Peguam DK Ganesan (Gobalakrishnan) dan Ranjeet Singh (Tian Chua), Hakim Rozana Ali Yusoff menolak permohonan Ghani tersebut dan telah memberi keputusan kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua 17 yang dibebaskan dengan ikat jamin akan dibicarakan pada 11 hingga 13 Februari tahun hadapan.

Kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen 2 itu bermula agak lewat kira-kira jam 4.31 petang memandangkan Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam. - mks.

Isnin, 10 Disember 2007

Iringi Mohamad Sabu di mahkamah Jalan Duta pagi ini

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Dec 10, 07 | 3:51:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS menyeru semua ahli dan penyokong PAS mengiringi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua serta rakan-rakan lain yang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak supaya menghantar sebanyak-banyak mesej pesanan ringkas (SMS) kepada saudara-mara dan rakan-rakan bagi memastikan kehadiran masing-masing untuk mengiringi mereka yang akan didakwa itu.

"Kita penuhi sekitar mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi mengiringi sahabat dan rakan kita yang akan didakwa," katanya.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula menyeru semua ahli dan penyokong berkumpul seawal mungkin di mahkamah Jalan Duta dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning.

"Mohamad Sabu, Tia Chua dan lain-lain ditahan semata-mata kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Hari ini, kita buktikan solidariti kita dengan mereka. Pastikan kehadiran kita untuk mengiringi mereka dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning," tegas beliau.

Mohamad Sabu ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Sebelum itu, beliau dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis berdekatan Sunway City di Ipoh ketika dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.

Setelah peguam Asmuni Awi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berunding dengan polis yang mengepungnya, Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu itu telah dibenarkan pulang ke Butterworth dengan diiringi konvoi polis dan diminta menyerah diri di balai polis di sana.

Sebaik tiba di Plaza Tol Bukit Tambun, keluarga dan rakan-rakan yang mengiringi Mohamad Sabu berusaha menyekat polis dari menangkap beliau.

Bagaimanapun, dengan menggunakan kekerasan, polis pencegah rusuhan (FRU) berjaya memecahkan sekatan keluarga dan rakan-rakan Mohamad Sabu.

Oleh kerana beliau enggan turun dari keretanya, polis memecahkan cermin kereta Mohamad Sabu, merentap beliau bersama tiga yang lain di dalam kereta itu, digari seperti penjenayah lalu dipaksa ke IPD Seberang Perai Selatan.

Setelah mengetahui penangkapan itu, lebih seribu penyokong berhimpun di sekitar ibu pejabat polis daerah itu. Kira-kira separuh dari mereka ialah penyokong-penyokong berbangsa India.

Tidak lama selepas itu, Mohamad Sabu dipercayai dibawa ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan pagi ini.

Tian Chua pula telah ditangkap oleh Ketua Inspektor Koh Fei Chew dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di Pejabat Suaram di Johor Bahru, jam 5:15 petang semalam.

Kedua-dua mereka dipercayai ditangkap di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis.

Kronologi penangkapan Mohamad Sabu di sini. Sila klik perkataan di sini.

Gambar-Gambar Penangkapan Mat Sabu di Ipoh











SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons